Friday 24 November 2017

Unit Kualiti - Allah Ada

Unit Kualiti

Lebih 2 tahun sudah, saya dipanggil oleh Timbalan Pengarah Hospital. Memenuhi tuntutan surat KKM yang mahu Unit Kualiti hospital diselia oleh seorang pegawai perubatan, saya ditawarkan untuk berkhidmat di unit itu.

Asing sekali. Saya tidak pernah tahu skop kerja Kualiti, saya memohon tempoh supaya jawapan saya hasil istikharah dan pemahaman yang jelas. Bertanya pada encik suami, Jurutera Kualiti disebuah syarikat, pastinya memberikan jawapan positif. Kata suami dia sedia membantu kerana kena dengan bidangnya. Begitu juga mak dan bapak, merestui apa jua pilihan saya. Lalu istikharah saya mendorong saya kesini. Unit Kualiti.

Saat itu, terngiang juga kata-kata sesetengah kenalan doktor waktu saya membuat keputusan untuk bertukar ke Jabatan Pesakit Luar dari Jabatan Anestesiologi setelah hampir 4 tahun disana.

"You will lost your skills there."

No. Its actually I was gaining more skills there. Skills as a doctor is not just about doing procedures. More than that, a doctor must know and able to counsel patients, advice them for better health and lifestyle, giving them a meaningful doctor-patient relationship. Not a touch-n-go thingy.

Alhamdulillah. 4 tahun di OPD taught me a lot to be a good doctor, a kind and humble one. InsyaAllah.

4 tahun, ada dan pasti ada yang menyatakan sayang. Kerana di Unit Kualiti saya tidak lagi punya peluang merawat pesakit secara direct. Tidak lagi mendengar masalah pesakit secara direct. Tidak lagi memeriksa pesakit. Walau sebenarnya saya cinta sekali dengan pekerjaan di OPD.

Namun saya memandang luasnya ilmu Allah. Kualiti adalah sesuatu yang baru diizin Allah untuk saya faham. Diizin Allah untuk saya developed more skills. Management skills. And its not as easy as you think. Yes, I am not attending patients directly but, it is my job to make sure all medical staffs are doing their job properly, giving the best services, for the most important thing, patient safety.

Walaupun kedengarannya kami di Kualiti hanya bermain dengan kertas, paperwork, but mind you, we are actually a 'policeman' in hospital.

Just to make sure all of us giving the best quality of services to all patients.
InsyaAllah. It is not an easy work. Tapi, hanya satu yang sentiasa tersemat dihati.
"Allah ada".

InsyaAllah

Jom Tutup Aurat


Syarat minimum nak daftar Master program sekian sekian

Syarat minimum nak masuk Uni ni sekian sekian.

Maka kita pun berusaha sesungguhnya nak mencapai syarat minimum tu, supaya kita diterima...

Sayang...

Syarat minimum pakai tudung baru dikatakan menutup aurat ialah tudung menutup dada. Bawah paras dada. Syarat minimum ni Allah bagi, bukan manusia.
Berusahala sungguh-sungguh untuk capai syarat minimum dari Allah ini ye.

Jom.

Anak Bukan Piala

Its nearly end of year. And we can see mothers especially, love to share their children's flying colours results.

Alhamdulillah. Ramai ibu-ibu sahabat Fb saya dikurniakan anak yang cerdik pandai. Menjadi kebanggaan ibu dan ayah. Dan saya tumpang bangga dan gembira. Jauh disudut hati saya tertanya-tanya apakah formulanya. Yang baik kita pasti nak ikutkan.
Saya teringat seorang sahabat. Bukan sekadar sahabat Fb. Juga sahabat dialam realiti. Jadi sudah pasti saya mengenalinya begitu rapat sekali. Keluarganya, anak-anaknya.

Sahabat saya juga seorang ibu yang bangga dengan kejayaan salah seorang anaknya. Sering dihighlight dalam Fb. Disebut sebut selalu anak kebanggan ibu ayah didalam Fb. Memang sungguh, hebat sungguh akademik anak yang satu itu. Seorang lagi anak, kenakalannya sering dirungutkan sahabat saya itu pada saya. Jarang sekali disebut dan dikongsi cerita tentang anak ini didalam Fb. Sedang saya mengenalinya, saya jadi kasihan pada anak yang seorang ini. Kerana keakraban kami, saya nyatakan pendapat saya pada sahabat saya ini.

Bahawa anak-anak ini perlu sentiasa dibanggakan. Perlu tidak dibeza beza perhatian. Perlu ada kebaikan dan kelebihan yang kita ibu ayah perlu selalu highlight kan untuk membangun self-esteem mereka.

Jangan ingat mereka tidak punya rasa apa apa. Bila jelas perbezaan respon ibu ayah terhadap keputusan peperiksaan anak-anak. Ya, mungkin yang kurang baiknya itu memang malas, suka main tetapi itu bukan lesen kita ibu ayah untuk menghentamnya dengan kata-kata yang kita tak sedar memberi kesan dan sungguh berkesan dihati mereka. Maka merudumlah self-esteem mereka, kerana bagi mereka, usaha mereka sudah setara mungkin namun, masih belum beroleh keputusan yang baik. Raikanlah usaha mereka itu.

Siapa kita untuk menilai hasil dan memberi kesimpulan bahawaa hasil yang tidak baik itu adalah kerana usaha yang sangat tidak bersungguh. Walaupun ada benarnya tetapi bagaimana kita menyampaikannya kepada anak-anak kita?
Sedang Allah juga melihat usaha kita. Kegigihan kita dan dari situ diberi pahala, belas dan ihsan dariNYA. Jika hasil yang dilihat, pasti yang berjaya sahaja disayangi Allah sedang Allah bukan begitu.

2 orang anak saya sudah bersekolah. Tahun 4 dan Tahun 1. Memang, ada perbezaan pada keduanya dari segi akademik. Seorang sangat cemerlang dan sangat komited tentang belajar, kerja rumah dan pesanan guru. Seorang lagi juga masih dikelas yang bagus tetapi agak kurang cemerlang keputusannya, selalu kurang fokus didalam kelas.
Kami raikan kedua-duanya. Tahniah kerana kekalkan kecemerlangan. Tahniah kerana tunjukkan kemajuan. Ibu ayah bangga dengan kedua-duanya. Asalkan usaha dengan bersungguh-sungguh, hasil akhir itu Allah yang nak bagi. Jika rasa kita kurang cemerlang, jom kita tengok dimana kurang usaha kita. Terjaga tak solat kita? Perangai dengan ibu ayah pula bagaimana? Kelakuan kita dikelas bagaimana? Jika semua tadi telah kita buat sehabis mungkin, ibu ayah sudah cukup bangga, hanya kerana Allah kata belum lagi, DIA nak kita lebih berusaha.

Bagi yang sangat cemerlang, pasti perlu kita tunjukkan rasa bangga dan gembira. Juga perlu muhasabah. Lihat, perangai kita macam-macam pun Allah bagi berjaya. Dan sebagai orang Islam, ibu ayah mahu anak ibu ayah bukan sahaja hebat dalam akademik, lebih lagi akhlak dan sahsiah.
Peluk kedua-duanya. Dan adik kecil juga ibu ayah tak lupa. Adik tak sekolah lagi tapi ibu ayah suka sebab perangai adik baik, adik suka mengaji, cepat faham kalau ibu ayah cakap. Pelukan satu untuk adik.
Jauh disudut hati saya juga ingin berkongsi kejayaan cemerlang anak-anak. Tapi saya bimbang, ada yang akan bertanyakan anak-anak lain, tanpa sedar merobohkan self-esteem mereka. Dan saya bimbang satu hari Fb akan keluarkan balik perkongsian saya, bilamana yang kurang berjaya walaupun ia kisah lama, pasti menimbulkan kecewa.

Well parents out there. Saya tumpang bangga dengan kejayaan anak anak anda. Dan saya memuji kehebatan anda ibu ayah yang melahirkan anak-anak yang berjaya, apalagi jika semuanya berjaya dengan cemerlang didalam akademik. Saya kagum dan dalam diam saya follow Fb anda, cuba belajar dan belajar untuk jadi ibu ayah hebat macam anda.

Anak-anak permata keluarga. Kilauannya pasti tak sama. Ada yang serlah sekali kilau akademiknya, ada yang bersinar kilau akhlaknya. Ada yang berkilau terang bakat selain akademiknya. Gilaplah permata ini mengikut kilauan mereka. Agar tak pudar kerana salah kita sendiri.
Saya mohon maaf jika ada luahan pendapat saya ini membawa rasa tidak bersetuju dan puas hati dikalangan sahabat. Namun, segala yang baik sentiasa saya raikan dan jadikan teladan, pasti.




p/s
Untuk anak ibu ayah, jika satu hari post ini melintas di wall anak-anak, ketahuilah, we always proud of all of you. Always. Anugerah terindah dari Allah untuk ibu dan ayah. Alhamdulillah.
Lots of luv.

Friendship

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Pagi ini auranya sedikit lain. Seawal pagi hujan renyai-renyai sudah mula membasahi bumi Manjung. Didalam keseorangan ini bagai terimbau segala kenangan lama. The Good Old Days.

Saya lantas membuka laptop. Memilih lagu-lagu nasyid In-team dan UNIC untuk halwa telinga sambil berehat. Untuk tempoh ini, saya tidak boleh terlalu aktif, mesti rehatkan diri.

Wangi bau rumput yang dibasahi hujan sangat menyamankan. Pagi ini tidak terdengar pula kicau burung. Mungkin jauh merai sejuk bumi.

The Good Old Days. Saya terkenang saat di universiti dahulu. Syukur, saya dikurnia sahabat sejati, yang sehingga kini apabila memandang dan berbicara dengan mereka akan buat saya mengingatiNYA. Akan menarik kembali diri yang makin jauh. Akan menyegarkan tubuh yang lesu, menaikkan semangat yang luntur.


Subuh...

Antara waktu yang sentiasa dinanti. Akan sentiasa ada sahabat setia yang mengejutkan untuk kami sama-sama bertahajud. Susur gajah kami lalui bersama didalam keheningan pagi yang mendamaikan. Laluan itu menjadi saksi bahawa kami selalu hadir, selalu ingin menghampiriMu, selalu ingin dekat denganMu.

Padang golf indah terbentang juga jadi saksi. Celoteh anak gadis merehat minda sambil memerhati. Saat dimana kami saling meluah rasa, adakala berlari anak, adakala menaiki basikal mengelilingi padang golf kecil itu. Bagai terdengar liuk lalang dan pepohon kecil disapa angin. Sesekali kicau burung mengiringi riadhah kami. Tiada lelah dirasa, hanya bahagia.

Di universiti, saya saksi banyak kisah cinta. Cinta terlarang, cinta dirancang, hati yang merahsiakan cinta, hati yang jatuh dan menjadi lemah akibat cinta. Kecewa, bahagia, derita. Mengenangkan itu buat saya tersenyum sendiri. Apabila melihat waktu sekarang dimana adik-adik saya baik lelaki atau perempuan yang pernah menangis dihadapan saya, yang pernah dibelenggu oleh soal hati, kini sangat bahagia sekali. Alhamdulillah.

Juga melihat adik-adik yang kecewa kerana cinta yang ditolak sedang sekarang telah begitu bahagia sekali dengan jodoh masing-masing yang telah lama menunggu mereka dahulu.
Hidup ini, tidak selamanya kita akan dibawah. Tidak selamanya juga kita akan selalu di atas. Sengaja ALLAH beri laluan yang tak mudah agar kita lebih berusaha. Agar kita lebih menghargai apa yang kita ada disekeliling kita.

Hiduplah dengan terbaik untuk waktu ini, jam ini, hari ini kerana kita tidak tahu samada masih ada ‘kemudian’, ‘nanti’ atau esok untuk kita. Percaya bahawa kita adalah yang terbaik kerana dalam banyak roh meminta untuk kedunia, Allah telah memilih kita. Bukan untuk menjadi penderhaka, untuk menjadi hamba yang setia.

Sahabat,

Apabila kau rasa dunia ini amat melelahkan, berhentilah seketika. Renunglah sedalamnya. Kemana tuju kita? Siapa atau apa matlamat kita? Apa janji kita dulu pada Dia?

Ingat, setelah kabus berlalu pasti cerah kembali. Yakinlah.

Haish ..... sudah terlalu panjang celoteh ini. Sedang saya sendiri jauh dari kesempurnaan. Masih tercari-cari makna dan tujuan. Masih tercari-cari kehendak dan halatuju. Masih mencari-cari apa yang saya mahu.


Semoga walau apa jalan cerita kita, pengakhiran kita BAHAGIA. Bahagia yang hakiki.

AAMIIN


Happiness On Your Own Definition

Perbualan dengan seorang sahabat hari ini.

Sahabat saya, ibu kepada 3 anak. Sulung berumur 7 tahun, si kecil beberapa bulan. Bekerja di syarikat swasta menguruskan pengurusan dan projek syarikat. Balik rumah paling awal biasanya jam 7. Suami pula kerja di negeri lain, 2 minggu sekali baru balik.

It was so tiring, physically and emotionally. Memikirkan kasihan pada anak-anak yang menuntut perhatian apabila ibu pulang dari tempat kerja and yet ibu ada baby kecik yang perlu perhatian lebih. Ada masa kata sahabat terambil anak lewat dari sekolah kerana kerja. Dan ada masa malam baru sempat ambil anak-anak dari rumah pengasuh.

Dan sahabat saya mula berfikir. This is not the life she wants. Benar, pendapatan bulanan seisi rumah yang selesa namun masa berkualiti dengan keluarga hampir tiada. They should stay together. Husband, wife and kids. Tak kira betapa sukar namun membahagiakan. Lebih-lebih lagi mengenangkan anak-anak yang masih diumur memerlukan perhatian. She cant waits anymore. Not until her kids grow up and have their own life.

And she resigned. Just resigned with 1 month notice. Memang sukar baginya kerana keperluan seisi rumah sebelum ini ditampung oleh pendapatan 2 orang.

Dan saya katakan padanya, "Percayalah yang Allah sentiasa aturkan yang terbaik untuk kita. Yes, walaupun kita dengar macam mencari susah bila kita elok elok bekerja ada gaji tetap dan berhenti begitu sahaja without any back up. Tapi bila kita keluar dari "zon selesa" itu, desakan keperluan hidup akan buat kita bangun. Akan buat kita cari jalan untuk berusaha walau apa cara. Pasti ada lubang-lubang rezeki yang lain. Yang pasti, hati lebih tenang kerana sekeluarga bersatu."

Itulah yang sahabat saya fikir. She once sacrificed her job to follow her husband dan dalam tempoh sekejap sahaja dia mendapat kerja baru yang lebih baik di tempat baru. Dan saya yakin, rezekinya sudah menanti ditemlat baru nanti. InsyaAllah.

Bercakap tentang pengorbanan, situasi memerlukan pengorbanan itu perlu dilakukan oleh sahabat saya memandangkan keadaan kerja suami yang lebih stabil dan kukuh. Bimbang pula saya jika ada yang menilai buruk si suami kerana setiap kali isteri yang berkorban. Jika saya ditempatnya, saya juga akan melakukan yang sama.

Sebenarnya, kisah ini bukan tentang sahabat saya ini. Ia lebih kepada ketukan untuk diri saya yang saya semakin yakin bahawa saya sekarang berada di zon selesa saya sendiri. Sehingga saya jadi malas untuk berusaha mengubah hidup. Sehingga saya pendam segala cita-cita dan impian saya. Sehingga saya biar terkubur segala perancangan masa depan saya.

And again, I asked myself, apa yang saya mahu sebenarnya dalam hidup ini? Dan bila saya muhasabah dengan lebih dalam, bahawa rasa kekosongan ini, rasa hidup yang mandom ini, rasa selesa dan mendatar ini adalah kerana saya lupa hala tuju sebenar hidup ini, iaitu menuju ALLAH.
Bila Allah tujuan hidup kita, tidak akan ada istilah selesa dalam hidup. Kerana dunia ini umpama penjara. Yang membataskan kita untuk melakukan banyak perkara kerana nikmat yang sementara dan tiada memberi makna.

At least, saya sepatutnya keluar dari zon ibadah saya yang 'selesa'. Merebut peluang hayat yang sedikit untuk memperbanyak amal. Dan saya yakin, bila Allah makin cinta, akhirat kita pasti bahagia, dan bonusnya adalah kejayaan kurniaan Allah untuk kita didunia fana ini.
Omelan ini dari hamba yang paling hina. Dikongsi kerana siapa tahu ada patah patah kata disini yang menjadi saksi amalan baik saya, jika ada sedikit nilai itu.

Maafkan saya


Dr Nurul
#faqirilallah

Define Your Success

Define Your Success

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Syukur, saya dikurniakan sahabat-sahabat Fb yang sangat bermotivasi tinggi. Most of them are successfull bussinesswomen and interpreneurs yang saban hari saya membaca kisah-kisah kejayaan mereka yang bertambah-tambah....

Lalu terselit juga rasa ketinggalannya saya dalam segala hal, tinggal didalam lingkungan ini sahaja, bersama-sama dengan yang tersayang, melalui hidup sehari-hari seperti jadual yang telah tersusun cantik. Maka saya jadi bertanya didalam diri. Berjayakah saya? Didalam hidup? Didalam segala-galanya?

Then I decided to re-define success of my own. Kejayaan kita tidak sekali-kali boleh diukur dengan menjadikan orang lain sebagai kayu ukur kerana akhirnya kita bisa rasa lelah dan mundur. Setiap orang punya cabaran hidup berbeza dalam mencapai apa yang diingini dan laluan kejayaan setiap kita pasti berbeza.

Bermulalah dengan memerhati dan mensyukuri sekecil-kecil kejayaan kita pada setiap hari.

Alhamdulillah, hari ini aku berjaya bersabar dari memarahi orang lain.
Alhamdulillah, hari ini aku berjaya untuk tidak memjerit pada anak-anak
Alhamdulillah, hari ini aku berjaya baca sehalaman Al Quran
Alhamdulillah hari ini aku dapat masa untuk mendengar ceramah
Alhamdulillah, Allah kurnia aku suami yang baik

And dont you think, perkara-perkara diatas bukan suatu kejayaan? It is a big success. Kerana kesannya yang bisa membawa kita ke syurga. Kerana dengannya kita lebih bersyukur dan sentiasa ingin memperbaiki diri.

Mahukah kita kaya dan berjaya? Kaya iman dan harta? Pasti dan pastilah itu kemuncak keinginan yang kita capai dalam hidup ini. Alangkah sejuk hati melihat mereka yang diizin Allah menjadi kaya harta dan imannya.

Define you success

Kemuncak jaya seorang mukmin ialah apabila bulat dan pusat ingatan pada Allah. Segalanya kepada Allah, kerana Allah, untuk Allah. Memelihara Allah melebihi segala-gala yang lain. Dan yakinlah, segala yang cuba kita tolak ketepi akan mula menghampiri. Kejayaan akan datang sepertimana yang kita impi tanpa kita duga dari mana dan bagaimana.
Lalu, adakah cukup sekadar beribadah dam mendekatkn diri dengan Allah? Tentu sekali tidak. Kerana seorang mukmin yang baik itu adalah mukmin yang hari ininya lebih baik dari semalam, esoknya lebih baik dari hari ini.

Lebih baik akhlaknya
Lebih baik aqidahnya
Lebih baik tuturnya
Lebih baik muamalatnya
Lebih baik amalannya
Lebih tulus cintanya
Lebih kasih, lebih sayang
Lebih disayangi

Berjayakah kita?

Malam ini, muhasabah diri sebelum tidur. Kutiplah apa jua yang bisa kita persembahkan pada ALLAH sebagai ganti nilai kejayaan pada pandangan mata kita.
InsyaAllah...
Kejayaan pasti milik kita.