Saturday, 14 March 2015

Makbulnya Doa Seorang Ibu

Assaalamualaikum

Ibu-ibu..

Adakalanya kita tak sedar bila mulut kita berbicara negatif tentang anak..

'Anak aku buas'...
'Anak aku lembab sikit belajar'
'Buatla macamtu, tak besar2 badan tu nanti'
'Degilnye!!'
'Menyusahkan la!'

Dan macam-macam lagi




Gambar Hiasan


Ingat, betapa makbul doa dan kata-kata seorang ibu. Mungkin dikebanyakan masa, kecelakaan, keburukan, kebodohan, kepincangan akhlak anak-anak kita bermula dari mulut kita sendiri.



Sebuah kisah menarik untuk dikongsi tentang salah seorang imam MasjidilHaram. Mempunyai seorang ibu yang hebat. Waktu kecilnya sangatla buas dan nakal tidak terhingga. Suatu hari, ada majlis keraian dirumah. Seperti biasa, ada kambing golek seekor untuk santapan tetamu. Imam kita ni, ambil pasir dan tabur dan baling pada kambing yang tengah di golek sejurus sebelum tetamu sampai. Maka sangat marahla si ibu yang dah berpenat lelah menyediakannya..lalu berkata (lebih kurang ayatnya).."MasyaAllah....kamu ini....bertuah! Satu hari kamu mesti jadi Imam MasjidilHaram...jadi orang baik-baik!"

Dan..sekarang dialah Imam...MasjidilHaram...

Gambar Hiasa


Sejujurnya....adakalanya kita pasti terlepas kata. Kita terlalu jauh dari idealnya seorang ibu. Didiklah diri dengan sabar, basahkanlah lidah dengan zikir dan istighfar, pohonlah petunjuk Allah dalam mendidik anak-anak.

Si kecil- si kecil ini menanti ibu ayah untuk mencorak mereka.....pandanglah wajah dan kedalam mata mereka..sesungguhnya mereka sendiri tidak tahu bahawa tingkah mereka menyakitkan hati kita kerana mereka masih belum cukup dewasa untuk mengerti.



Nasihat untuk diri yang sentiasa mahu menjadi ibu terbaik untuk anak-anak

 
 
 

Friday, 13 March 2015

Memahami PSORIASIS dan Cadangan Suplemen Yang Bersesuaian

Assalamualaikum

Hari itu, ada seorang pesakit datang untuk rawatan sakit badannya. Pesakit ini seorang cikgu. Selesai preskripsi ubat, saya tanyakan padanya tentang keadaan kulitnya yang kelihatan agak kasar dan menebal.

Gambar Hiasan


"Psoriasis ye cikgu? Berapa lama dah ni?". Kasihan sebenarnya kerana cikgu nampak sangat tidak selesa dengan masalah kulitnya itu.

"Iye doktor, sekarang pun dalam rawatan Pakar Kulit, tapi sama aje. Sekejap dia naik teruk, sekejap dia ok sikit. Tapi stress jugakla doktor. Bila kesekolah, kawan-kawan dan anak murid pandang kita semacam. Ada yang taknak dekat langsung, takut berjangkit". Mengeluh cikgu ni.

Saya janji padanya untuk mengkaji lanjut tentang PSORIASIS dan mencadangkan suplemen tertentu untuk melegakan sedikit keadaannya sekarang setelah dia bertanya pada saya cadangan suplemen yang perlu.

Apa itu PSORIASIS?


Perbezaan Kulit Sihat dan Psoriasis


PSORIASIS adalah penyakit autoimmune yang menyebabkan kadar proliferasi kulit lebih pada biasa dan menyebabkan kulit menebal, mengering dan bersisik dan menjadi plak. PSORIASIS adalah penyakit yang tidak boleh berjangkit. Sesiapa sahaja boleh terkena penyakit ini. Anda perlu tahu bahawa penyakit PSORIASIS adalah penyakit sepanjang hidup (life long), tidak boleh diubati, hanya boleh dikawal. PSORIASIS boleh menjadi lega sedikit dan kemudian kembali menjadi teruk (flares).

PSORIASIS biasa berlaku pada kawasan badan seperti lutut, siku, kulit kepala tetapi ada juga psoriasis yang lebih teruk, terjadi kepada seluruh badan. Kajian menunjukkan, pada musim sejuk, psoriasis menjadi semakin teruk. Psoriasis juga boleh menjangkiti hanya kuku sahaja, tiada ditempat lain.






Seperti yang saya katakan di atas tadi, PSORIASIS tidak berjangkit tetapi boleh terjadi mengikut factor keturunan (genetic).

Adalah sangat penting untuk pesakit PSORIASIS mengelak daripada factor-factor yang mengakibatkan PSORIASIS semakin bertambah teruk (flares). Antaranya :

  1. Kecederaan kulit-kecederaan kulit akan mengakibatkan plak psoriasis tumbuh dan merebak dengan cepat
  2. Tekanan dan anxiety-kedua-duanya akan menyebabkan PSORIASIS tiba-tiba terjadi atau menyebabkan PSORIASIS yang sedia ada menjadi lebih teruk
  3. Jangkitan kuman-jangkitan kuman seperti bakteria boleh mengakibatkan timbul penyakit PSORIASIS secara tiba-tiba
  4. Ubat-ubatan-ubatan seperti ubat tahan sakit (NSAIDS) boleh menyebabkan PSORIASIS bertambah teruk. Jika anda memerlukan ubat jenis ini, sila dapatkan nasihat dari doktor anda.
  5. Pendedahan cahaya matahari yang berlebihan
  6. Merokok
Bagaimanapun, kajian menunjukkan kawalan pemakanan tidak membantu dalam mengurangkan apalagi memulihkan penyakit PSORIASIS dan juga tidak menyebabkan ianya menjadi semakin teruk.

Sehingga hari ini, tiada ubat untuk menyembuhkan PSORIASIS. Tujuan rawatan PSORIASIS adalah untuk mengurangkan keradangan dan mengurangkan kadar proliferasi sel kulit yang mengakibatkan kulit menjadi tebal, bersisik dan berplak. Namun begitu, anda jangan tertekan kerana kebanyakan psoriasis adalah jenis yang ringan dan hanya jika dirangsang oleh factor-factor diatas biasanya PSORIASIS  akan menjadi teruk.

7 TIPS UNTUK PENJAGAAN PSORIASIS ANDA

  1. KEKALKAN KELEMBAPAN KULIT
  2. MANDI DENGAN PENUH PENJAGAAN
  3. KEKAL MENGIKUT PERANCANGAN
  4. SEDIKIT CAHAYA MATAHARI
  5. BERHENTI MEROKOK
  6. AMBIL MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG
  7. MEMASTIKAN KESIHATAN MENTAL ANDA
Setelah memahami PSORIASIS, ada beberapa suplemen yang diyakini dapat membantu mengawal PSORIASIS anda, INSYA ALLAH. Kita ikhtiar dengan suplemen yang selamat dan halal dan diyakini bertahun-tahun...SHAKLEE.

1)OMEGA GUARD






Omega Guard mengandungi omega-3. Omega-3 mempunyai kesan antiradang yang bagus. Pengambilan Omega Guard yang berterusan dan konsisten akan membantu mengurangkan tahap severity penyakit PSORIASIS. Kajian juga mendapati bahawa pesakit PSORIASIS kekurangan omega-3 dalam tubuh. Omega Guard juga membantu meningkatkan tahap imun tubuh kita

2)VITAMIN B COMPLEX



Vitamin B Complex mempunyai kesan anti stress. Bukan sahaja stress pada tubuh badan, tetapi stress pada mental kita. Pengurusan stress sangat penting dalam memastikan PSORIASIS tidak menjadi semakin teruk

3)VITAMIN C



Vitamin C  sangat penting untuk kesihatan kulit. Vitamin C membantu membina kolagen dalam kulit, memastikan kulit dalam keadaan yang normal dan lembab.

4)VITAMIN E



Vitamin E mengandungi selenium. Kajian dan review dari pesakit PSORIASIS menunjukkan pengambilannya mengurangkan kejadian PSORIASIS yang teruk. Tambahan pula Vitamin E sangat bagus dalam merawat parut, memudarkan dan memulihkan parut lama, memberi kompleksi yang baik untuk kulit.

5)VIVIX



Vivix dihasilkan daripada antaranya anggur muscardine yang sangat kaya dengan antioksidan. Vivix membantu mengawal PSORIASIS di peringkat sel.

6)HERBAL BLEND



Herbal Blend adalah krim yang dirumus khas dari pokok herba yang bertindak lembut pada kulit. Pengambilan herba blend yang berterusan membantu meningkatkan kelembapan kulit, mengurangkan plak dan penebalan kulit akibat PSORIASIS

Tidak salah kita berikhtiar untuk rasa lebih sihat, dan lebih terkawal penyakit kita. Sesungguhnya sangat tidak selesa sesiapa yang mengidap penyakit PSORIASIS yang teruk ini. Saya amat berharap dapat membantu pesakit saya ini, sekurang-kurangnya mengurangkan ketidakselesaan yang di alami.

Jika anda juga menghadapi masalah yang sama, ataupun sesiapa sahaja yang anda kenali, bolehla mencuba suplemen yang saya cadangkan tadi

Hubungi saya

Nurul 0187812078
Email : nurulhudaariza@yahoo.com
Fb : Nurul Huda Ariza

Saya Sedia Membantu
InsyaALLAH

"KITA MERANCANG, ALLAH MERANCANG, DAN PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK"

Projek Jutawan
Kaya Harta, Kaya Iman
Shaklee Effect

*credit to WebMD, National Psoriasis Foundation and medicine.net for information

Thursday, 12 March 2015

Dilemma Seorang Doktor di Jabatan Pesakit Luar

Assalamualaikum

Tetiba terpanggil untuk membicarakan tentang ini. Mungkin untuk melahirkan rasa hati diatas banyak perkara yang berlaku di hospital dan klinik kerajaan khasnya. Rata-rata, sana-sini ada sahaja aduan dari pesakit. Yang paling menyedihkan, ramai juga yang suka menyebarkan keburukan dan sangkaan salah melalui media social. Facebook, whatsapp, Twitter dan sebagainya. Pernahkah anda bertanya?

Teringat saya kisah viral staffnurse yang tidak menyalin lampin pakai buang seorang pesakit di mana gambar mereka diviralkan. Dengan izin Allah, fitnah dikembalikan pada tuannya. Silapnya kerana menuduh melulu dan tidak mahu bertanya. Alhamdulillah, telah selesai kini.

Saya di Jabatan Pesakit Luar. Bermula jam 8 pagi pesakit sudah mula memenuhi klinik. Yang tua, yang muda, yang bayi, India, Melayu, Cina, Caucasian, Brazillian. Masing-masing datang dengan 1001 masalah yang berbeza. Ada orang datang dengan sakit batuk, demam, selsema. Ada orang yang datang dengan tekanan perasaan. Ada orang yang semua anaknya tidak sihat. Ada yang datang dengan symptom yang direka-reka untuk mendapat sijil cuti sakit (MC). Ada orang merana sakit kepala bertahun-tahun. Ada juga dengan masalah alat sulit, masalah tidak lawas kencing, buang air besar dan macam-macam lagi.

Sekadar Gambar Hiasan


Melihat pesakit pada saya bukan hanya sekadar tanya dan tulis, kemudian pesakit boleh balik dengan pesanan, jika tidak baik, datang lagi. I always cracked my head with patients problems.Saya tidak sampai hati membiarkan pesakit yang datang dengan harapan yang tinggi untuk pulih begitu sahaja. Hanya dengan sekali lagi memberi ubat yang sama, sejak bertahun-tahun tetapi masalah kesihatan tetap tidak bertambah baik. Saya tidak suka memikirkan kesusahan pesakit yang kebanyakannya bukan dari mereka yang senang, perlu datang berulang-ulang hanya  kerana masalah sama yang tidak pernah diselesaikan. Adakalanya, saya mengambil masa hampir 1 jam dengan seorang pesakit yang bertanya begitu banyak soalan tentang masalah kesihatannya. Adakah saya perlu katakan tidak? Adakah patut jika saya meminta supaya dia tidak bertanya banyak kerana masih ramai yang menunggu diluar sana? Maafkan saya, saya tidak upaya. Tugas saya bukan sahaja memberi ubat, farmasi pun boleh jika begitu. Tetapi tugas saya memberi kefahaman tentang pesakit tentang apa yang mereka alami, memberi keyakinan pada mereka tentang keadaan yang akan pulih dengan izin Allah, memberi ruang dan peluang pesakit mendapat rawatan pakar, jika perlu.


Sekadar Gambar Hiasan
Tak kurang juga ramai anak-anak yang membawa ibu ayah yang lanjut usia berjumpa doktor. Ada yang mengambil peluang ini untuk bertanya sebanyak mungkin soalan untuk memahami keadaan kesihatan ibu ayah mereka. Sedaya mungkin saya akan cuba menjawab setiap persoalan kerana saya memahami, saya juga seorang anak. Bukan itu sahaja, saya mengagumi sikap anak-anak yang sebegini di mana disaat dunia kita sekarang yang semakin ramai anak-anak meminggirkan ibu dan ayah tetapi masih ada anak-anak yang sangat prihatin keadaan ibu ayah mereka. Tahniah.



Adakalanya, kami juga berhadapan dengan pesakit psikiatri yang datang tanpa tujuan (pandai pula daftar dan ambil nombor) duduk tidak mahu berganjak dihadapan kami, juga tidak mahu membuka mulut. Pun tetap saya cuba layan sebaiknya kerana mereka juga manusia, mungkin betul kali ini mereka memerlukan ubat. Tetapi sukar nak membayangkan pada anda, bercakap dengan orang yang mahu berjumpa kita doktor tetapi tidak mahu berbicara. Bila disuruh balik, berkeras tidak mahu balik.

Tetapi semenjak dua menjak ini tekanan semakin bertambah. Pesakit semakin demand dan kurang sabar. Adakalanya yang menemani (yang tidak sakit) yang berlebihan. Anda datang lewat tetapi anda mahu dilayan segera. Anda datang dengan sakit biasa-biasa tapi anda marah kami melayan lama pesakit yang perlu perhatian lebih. Anda datang dengan sakit yang perlu siasatan lanjut tapi anda memaki hamun kami kerana terpaksa menunggu lama di tempat x-ray, ambil darah, dan makmal darah. Anda menyoal kami bertubi-tubi seolah-olah kami duduk membungkam dikerusi kami. Semuanya mahu segera, semua mahu cepat. Maafkan saya, saya tak mampu. Kerana saya merawat manusia, bukan robot yang hanya sekadar boleh diganti bateri atau recharge semula. Ada masa saya tidak mampu hanya lihat pesakit, menulis ubat dan membiarkan pesakit berlalu. Tidak. I wont let them go until I see their smile of satisfaction. Biar berpuas hati datang berjumpa saya, biar terungkai sedikit keserabutan dengan sakit yang lama ditanggung. Saya suka begitu.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan


Bukan semua pesakit bersikap dengan sikap tak berterima kasih begini. Tapi hanya segelintir. Segelintir inilah yang menambahkan tekanan besar kepada kami. Walaupun agak sukar, setiap hari dilemma inilah yang sentiasa saya lalui. Saya mahu pesakit didalam bilik dihadapan saya berpuas hati, tetapi saya juga mahu pesakit yang masih menunggu diluar sana memahami. Kerana anda juga akan mendapat perhatian yang sama dari saya, cuma gilrian anda belum tiba. Cubalah memahami, yang dirawat ini manusia. Adakalanya masalah tidak semudah hanya dengan memberi ubat, ia lebih dari itu. Adakalanya saya perlu mengorek jauh cerita pesakit untuk mencari punca masalah mereka. Dan ini semua memakan masa. Dan saya minta maaf, rata-rata pesakit yang berjumpa saya pasti akan bercerita mengenai masalah kerja dan rumahtangga mereka pada saya. Perlukah saya katakan tidak, kerana mungkin saya satu-satunya tempat mereka meluahkan perasaan, dan sakit yang mereka alami sangat berkaitan dengan tekanan yang mereka hadapi. Ini juga satu jenis perawatan. Dengan hanya mendengar, mereka akhirnya tersenyum dihujung perjumpaan. Ini tugas saya dan saya tidak dapat mengelat, saya tidak mampu menolak dan menepisnya. Saya mohon kesabaran anda, toleransi anda, pemahaman anda.



Kita kembali kepada ajaran  agama. Sabar, toleransi, memaafkan. Walaupun adakalanya benar, anda mendapat layanan yang tidak sepatutnya dari doktor, jururawat yang tidak mengamalkan prinsip kerja dan tanggungjawab dengan baik, saya mohon maaf bagi pihak mereka dan betul, mereka perlu ditegur, tapi janganlah kerana seekor nyamuk, kelambu dibakar. Mereka yang sebegini bukan mencerminkan kami secara keseluruhan. Anda tentu sangat memahami tetapi adalakanya bila marah menguasai, sabar dah tak teriman lagi, habis semua terkena tempiasnya.

Ya Allah...

Setiap hari Kau Maha Mengetahui bahawa aku sentiasa memohon kemudahan dalam menunaikan tanggungjawab besar ini, kemudahan dalam membantu pesakit yang memerlukan bantuan, kemudahan dalam menghadapi mereka yang menyedihkan hatiku, kemudahan dalam menangani setiap pancaroba hidup.

Aamiin.