Sunyinya rasa saat ni. Bila semua dah pejamkan mata tapi diri sendiri masih x mampu untuk lelap. Macam2 perasaan dan fikiran datang dalam minda. Terasa tak diperlukan.... Terasa diri ini tak penting untuk sesiapa. Tertanya2 kiranya sesuatu terjadi, adakah insan2 yg akn terkesan? Lebih selesa mengutuk diri sendiri. Yes! Aku hanya insan biasa, x punya apa2, tiada sebarang kelebihan atau keistimewaan, kurang berkorban, x layak untuk disayangi, dibelai, dimanja, ditatang. Penuh kekurangan yang buat manusia jelik dan bosan denganku. Pasti tiada yang sedar jika aku lenyap begitu sahaja. Hanya Allah buatku bertabah. Yang kurasakan satu-satuNya yang tak pernah tinggalkan aku. Yang sentiasa buat aku rasa disayangi tatkala kurasa dunia x perlukan aku. Yang sentiasa menemani aku disaat aku sunyi. Yang tak pernah mengungkit kelemahan diri ini. Terima kasih Allah. Taktaula macam mana aku nak teruskan hidup tanpaMu. Kasih sayang hambaMu aku damba tapi aku kecewa. Cukupla Kau melengkapkan segala kesunyian. Cukupla Kau temani aku wahai Allah. Jangan tinggalkan aku, jangan abaikan aku Allah kerana aku tiada siapa selainMu, yang tak pernah jemu mencurahkan kasih sayang padaku. Terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment