Monday, 6 January 2014

Anak ibu dah besar!

Sejak hari Khamis minggu lepas ibu terasa sibuk sekali. Tahniah abang, Muhammad Faris Farhan. Abang dah masuk darjah 1. Abang dah besar, dah masuk sekolah orang besar. Ditakdirkan kami agak lewat haritu, kelam kabut mencari nama Faris di dinding luar kelas2 Tahun 1 sampai tak jumpa, panik punya pasal. Akhirnya jumpa, 1 Bukhari, kelas anak ibu. Menurut pejabat sekolah, itu kelas pertama. Alhamdulillah. I am proud of you son. Sekurang2nya abang berada bersama2 mereka yang suka belajar. Kawan2 yang bijak, InsyaAllah kita pun sama2 bijak. Cuma ibu doakan syakhsiah biarlah seiring dengan kebijaksanaan.

Many things come to my thought. I feel like crying (cried already) seeing my eldest now in Standard 1. Tengok senyuman bangga dia masuk sekolah baru. Tengok kesabaran dia mengawal debaran hati melalui alam yang lebih mencabar. Bersesak2 setiap kali ke kantin sampai tak dapat membeli, tandas yang kurang selesa, kelas yang panas. Takpe abang. Jalan kejayaan tu bukan mudah. Mesti ada liku2. Ibu cuma berharap anak ibu ni tak dibuli di sekolah, menjadi pelajar yang hebat, dihormati kawan2 dan disayangi cikgu, InsyaAllah.

Mula hari pertama full day, sekali lagi ibu tanya abang, lepas sekolah abang nak kemana? Nak balik nursery ke nak ke tuisyen transit. Cepat aje jawabnya, tuisyen! Katanya dia nak belajar rajin-rajin dan banyak2 supaya satu hari jadi ustaz. Alhamdulillah, sejuk hati mendengarnya. Amin

Nur Izzatul Husna ibu pulak masuk Brainy Bunch. Hari pertama kakak dah nampak bersedia. Sangat excited nak ke sekolah. Apalagi sangat suka sebab everything is in English. Lepas ni tak lagiibu dengar anak ibu cakap 'jerman' lagi ye. Comelnya husna pakai baju sekolah. Sebak ibu rasa. Anak ibu dah besar. Dah pergi sekolah. Dua hari pertama Husna balik kelaparan. Tertanya2 ibu, Brainy Bunch ni tak bagi makan ke? Rupa2nya ada breakfast tapi makan kokokrunch dgn susu aje. Then xde apa dah. Ala sian dia. Kena bawak bekal la nampaknya anak ibu ni. Yela, kalau di nursery pukul 11 dah makan tghri. Bila hari ketiga Husna tak mengadu lapar lagi...:) ibu pun lega hati...Alhamdulillah

Anak-anak ibu  dah besar. Mula menempuh hidup baru yang lebih mencabar dari dulu. Mula memahami perlahan2 erti menjadi dewasa. Belajar rajin-rajin anak2 ibu. Jadilah insan berilmu dan bertaqwa, da'i yang akan memartabatkan Islam. Jadilah penghafaz Al Quran dan Hadith. Jadilah hamba yang hatinya sentiasa mengingati dan merindui Sang Pencinta. Dan jika begitu, ibu tidak lagi gusar walau dimana anak-anak ibu berada, pasti menjadi pohon rendang yang memberikan buah yang masak ranum walau bila dibaling sesuatu. InsyaAllah.

Ada sesuatu yang sangat pasti...iaitu ibu sangat sayangkan anak-anak ibu...Mmmuah!!!

No comments:

Post a Comment