Saturday, 22 February 2014

Malas tapi nak berjaya?

Assalamualaikum

Disebabkan saya tengah mencabar diri saya sendiri untuk buat 1 entry 1 hari...makanya topik 'malas' ni sangat sesuai untuk saya bicarakan sebab sesungguhnya saya sangat malas nak update blog saya ni.

Teringat pulak saya kata-kata Hamka kalau tak silap, KEMALASAN BERSARANG DI MINDA YANG LEMAH.

Saya cuba selami...ya..memang kemalasan itu milik orang2 yang berfikiran lemah, tidak berpandangan jauh, tiada perancangan untuk hari esok. Kerana malas itu buat diri seseorang memandang enteng tujuan hidup lalu membiakan masa berlalu begitu sahaja, dalam tak sedar, tiada satu kejayaan pun di capai.

Jadi, adakah saya mahu kemalasan ini terus berada dalam diri saya? Atau sebaliknya adakah terlalu lemah minda saya sehingga lekat malas ini bersarang dalam diri saya? Tidak...saya mahu menafikanya..tapi...penafian juga memerlukan pembuktian.

Nurul...lawanlah kemalasan ini. Ingatlah tujuan sebenar saya mahu berjaya. Saya mahu membayangkan hari-hari seharian saya habiskan menguruskan anak-anak dan suami tanpa perlu runsing apa kata bos, apa kata rakan sekerja, apa kata staff bawahan. Saya tak mahu lagi berkejar-kejar kerana takut lewat ke tempat kerja. Saya tak mahu lagi menangis kerana memikirkan sikitnya masa berkualiti bersama keluarga saya.

Jadi...takkan saya biarkan kemalasan ini terus menerus bersarang dalam diri saya. Saya akan sentiasa ingatkan diri saya tujuan saya buat semua ini. Saya akan selalu membayangkan wajah2 kesayangan saya.

Dan ALLAH...sesungguhnya memang aku takkan mampu tanpaMu. Aku tahu, aku perlu lebih mendekatiMu. Janganlah Kau biarkan nasib ku ini ditentukan oleh diriku walau hanya sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.

Aku mahu berjaya Ya Allah!!! Bantulah aku...Aku mahu jadi Supervisor Februari 2014 ini Ya Allah. Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah

Amin

No comments:

Post a Comment