Istilah "autisme" digunakan untuk mentakrif corak kelakuan kanak-kanak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya dan rakan sebaya.
Kanak-kanak "autisme" hidup dalam dunianya sendiri. Misalnya, walaupun kanak-kanak tidak pekak, mereka seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Kanak-kanak ini juga tidak memberi respon yang positif kepada persekitaran dan individu disekitarnya.
Faktor-faktor penyebab :
- Tidak diketahui
- Masalah genetic
- Jangkitan pada otak
- Komplikasi semasa proses kelahiran
- Masalah kesihatan ibu semasa hamil
Ciri-ciri Autisme :
- mengelak daripada bertentang mata
- masalah dalam pertuturan
- percakapan yang berulang atau mengulang percakapan dan perbualan orang lain
- corak kelakuan yang berulang
- tidak mengendahkan rasa sakit
- kesukaran untuk bergaul dengan orang lain dan suka bermain bersendirian
- menimbulkan perasaan marah dan takut tanpa sebab
- tidak memberi tindak balas apabila ibu bapa memanggil mereka atau tidak bertindak balas terhadap persekitaran
- takut pada bunyi yang kuat
- jika sakit, luka atau sedih, kanak-kanak autisme tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi muka dalam pertuturan
- mempunyai keistimewaan tersendiri seperti dalam bidang matematik, muzik dan seni.
Masalah yang berkaitan dengan kanak-kanak autisme :
- sensitif pada cahaya dan tempat yang gelap
- sensitif pada sentuhan dan tidak dapat bezakan rangsangan sentuhan
- cepat rasa terganggu, tidak selesa dan takut pada bunyi bising
- tidak dapat bezakan bau makanan dan bahan yang lain
Kebimbangan ibu bapa terhadap anak autisme:
- tahap perkembangan mental lambat berbanding orang lain
- masalah pembelajan
- masalah tingkah laku
- kurang daya penumpuan dan perhatian
- masalah pada pergerakan halus
- masalah dalam pergaulan
- tidak takut atau tahu pada sesuatu keadaan dan benda yang merbahaya yang boleh mencederakan diri
Jangan berputus asa dengan anak-anak Autisme kerana semangat dan sokongan anda adalah factor utama membantu mereka. Bersabarlah dan redha kerana anda ibu bapa terpilih, Allah Maha Mengetahui anda ibu bapa terbaik untuk mendidik anak istimewa ini.
No comments:
Post a Comment