Uncle lingkungan 60an itu masuk ke bilik. Masih tegap, pantas geraknya.
Selesai pemeriksaan, seperti biasa saya suka bertanyakan pesakit hal luar dari aduannya.
Seronok Uncle Lee bercerita.
Sekarang, Australia sudah seperti rumah kedua Uncle. Anak perempuan Uncle sekeluarga tinggal disana. Uncle ada hartanah disana, duit simpanan Uncle pun hampir semua disimpan disana.
Masih terbayang lagi riak muka Uncle bercerita keterujaan beliau berjumpa other Malaysian yang tinggal di Aussie. Rata-rata pelajar. Kata Uncle bila terjumpa orang yang bertudung, raut wajah Asia Uncle pasti menegur, "Are you Malaysian?". Dan Uncle sangat seronok berjumpa dengan rakyat Malaysia disana tidak kira bangsa.
Kata Uncle lagi, Malaysian di sana rata-rata orang berjaya. Melayu, Cina, India, sangat rapat sebagai bangsa Malaysia. Bila duduk dinegara orang, kata Uncle, "How I feel so proud to be Malaysian".
Jiwa patriotik saya amat tersentuh. Ini negara kita. Milik kita bersama. Perlu setiap bahu anak Malaysia untuk memikul tanggungjawab memelihara keamanan negara. Jangan hanya segelintir yang bersuara sumbang, kita goyah, lalu mata-mata luar yang menunggu perpecahbelahan kita mula menyucuk jarum.
Tak kira apa, kita bangsa Malaysia. Semoga Allah pelihara kita semua dari malapetaka.
Eh...
Sempena sambutan Hari Malaysia kah ini?
No comments:
Post a Comment