Sunday, 4 October 2015

Anak-Anak Syurga Pinjaman Allah Paling Berharga

Mendapat berita kematian anak seorang kawan, rasa sangat terkejut dan sedih.
 
Tapi, beruntunglah dirimu wahai anak, syurga buatmu. Beruntunglah dirimu wahai sahabat, sudah ada yang menantimu disyurga sana.
 
Saya teringat kisah di zaman Rasulullah atau sahabat (minta maaf saya tidak pasti secara tepatnya).
...
 
Seorang anak tewas dimedan perang. Diketahui si ibu, tidak si ayah yang masih belum pulang.

Sampai si suami, isteri solehah itu menyiapkan makan minum, menghidangkan santapan terbaik untuknya.

"Wahai suamiku, jika seorang memberi pinjam sesuatu kepada kita dan dia ingin meminta balik barang yang dipinjamkan itu, apa katamu?"

"Dah tentu kita wajib pulangkan. Itu bukan hak kita kerana itu hanya pinjaman sahaja." Jawab suami bersahaja.

"Wahai suamiku, ketahuilah bahawa Allah telah mengambil kembali pinjamanNya kepada kita. Sesungguhnya anak kita terkorban dimedan perang dan telah kembali kepada Dia".

Hebat pinjaman Allah untuk kita. Terbayang mata-mata comel itu yang ibu sangka milik mutlak ibu.

Terlupa ibu anak-anak ibu ini pinjaman Allah, amanah Allah untuk.ibu ayah yang perlu dijaga rapi dan baik-baik.

Semoga Allah mengizinkan ibu meminjam anak-anak ibu lebih lama, semoga Allah beri taufik hidayah kepada ibu ayah untuk memikul amanah berat ini kerana ibu sangat berharap agar ibu pulangkan pinjaman ini kepadaNya dalam keadaan terbaik, sebagaimana DIA pinjamkan pada ibu ayah bermula beberapa tahun dahulu.

Sesungguhnya, setiap sesuatu yang ada didunia ini bukan milik kita. Ia hanya pinjaman dari Allah kerana ihsan dan kasihNya pada kita.

No comments:

Post a Comment