Assalamualaikum
Hari ini saya ingin berkongsi sebuah kisah. Kisah pengalaman hidup sendiri, kisah suka dan duka, kisah syukur.
Sejak perbincangan dalam usrah beberapa bulan lepas mengenai dakwah kepada non-muslim, hati saya sentiasa terkenangkan seorang sahabat saya. Kami bekerja di hospital yang sama, sejak dari housemanship sehinggalah sekarang, telah hampir 10 tahun persahabatan kami.
Sahabat saya ini seorang lelaki India yang sangat baik. Dari keluarga baik-baik. Pilihannya pun seorang isteri yang baik, beragama, dari keluarga baik-baik. Zaman bujangnya dulu pun, sahabat saya bukan jenis yang joli sana sini, enjoy sana sini dan dia sangat suka berkawan dengan kami, orang Melayu.
Dihospital pula, dia sangat meraikan aktiviti Hospital Mesra Ibadah untuk membantu pesakit berwudhu dan bersolat. Jika lama tidak kelihatan team Hospital Mesra Ibadah melawat wad jagaannya, dia pasti bertanya dan minta lawatan dibuat supaya pesakit solat.
Saya selalu bermonolog dalam diri. Jahatnya saya sebagai sahabatnya, kerana tidak pernah mengajak dia pada Islam. Tidak pernah berbicara terus dengannya tentang perkara yang kita rasa sensitif untuk semua orang. Mengenangkan itu saya sedih. Saya mahu sahabat saya ini dan isterinya peluk Islam, menjadi Muslim yang Mukmin, seterusnya menjadi ahli syurga. Haish...ahli syurga..saya juga merangkak-rangkak mahu mencapai syurga. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya.
Sehinggalah saya menghadiri sebuah program Forum anjuran IKRAM Manjung, forum bersama 2 tokoh saudara baru (istilah kita sahaja, sudah lama peluk Islam.kita tak.patut panggil saudara baru).
Dr Taufiq Yap
Ustaz Hafiz Ng
Selepas mendengar pidato mereka, terasa berdosanya saya pada sahabat saya tadi. Semakin kuat bayangan saya menyampaikan Islam.pada dia. Berbincang dengan suami, bagaimana harus saya lakukan? Supaya pernah seruan Islam.itu sampai padanya? Supaya ada jawapan saya bila ditanya disana kelak.
Maka pada suatu malam, sungguh saya tidak dapat lelapkan mata, saya cekalkan hati (bukan mudah bagi saya), saya hantar whatsapp panjang pada sahabat saya ini.
----------------------------------
Hi Ramesh. Sorry to disturb you.
Ramesh, I ada something nak tanya, nak cakap dengan you since long time ago, but I am afraid this will affect our friendship and both of us know, our friendship is beautiful right?π
Jangan suspen ek...
I just nak tanya you..apa pendapat you Ramesh, tentang Islam? Tentang me as a Muslim?
Macam mana you tengok I as Muslim? And can you find the beauty of Islam in me?
Have you ever wish you will be Muslim and your wife also one day?
Huhuhu...
So afraid my questions buat you marah, then you will no longer befriend with me. But, I tak nak tunggu lagi lama.
The more I appreciate our friendship, the more I want to ask you those questions.
You are by best non muslim friend, always dream of you and your wife embrace Islam.π’
At last...I rasa burden I selama ni release. You dont have to answer those questions if you dont want to.
I am so sorry kalau you tak suka, you marah and I understand if you hate me for this. But, please dont la...π
K, Ramesh...sorry kacau. Take care. I always pray for you, my friend. For your happiness, for your success in life and thereafter. Only God knows how I really appreciate our friendship.
Sorry again..jangan marah tau...ππ»ππ»ππ»ππ»π
Alhamdulillah. Akhirnya bait ayat ini sampai padanya. Saya berdebar menanti jawapannya. Saya bimbang jika dia marahkan saya, atau bencikan saya kerana membangkitkan isu yang kita rasa sensitif ini.
Dan akhirnya setelah sehari, dia membalas....
++++++++++++++++++++++++++++++++
thnx alot for keeping my wife n i so close to ur heart
really appreciate it...
n u
memang since we kenal till now..i always say u r a exemplary muslimah n inspiring for me la..on hw ppl can b devout n also a gd human...
my personal opinion on islam- ππ»
tapi in my senario...i cant embrace anything else selagi me parents n bini alive
they r very2 strict in it
u pun tahu..i nak kahwin malay dulu parents terus veto n say NO...
n my wife pun sama kuat in agama
...so thts the answers to sebahagian dari sms tadi
for me...i ikut jer whtevwr is gd in any religion
"do no harm to any1 mentally n physically n dont expect anything from any1"
-thts all my policyπ
----------------------------------
Alhamdulillah. No rejection. Dan sebenarnya sahabat saya memandang Islam itu sebagai agama yang bagus, agama yang hebat, agama yang baik, yang boleh dijadikan pegangan hidup.
Saya tak akan berhenti mendoakannya dan isterinya.
Semoga suatu hari kita benar-benar bersaudara, wahai sahabatku.
Kawan-kawan...
Anda juga pasti ada kawan rapat dikalangan belum Islam. Baik, peramah, suka membantu kita, faham dengan agama kita. Tapi tidak sekalipun kita ajak mereka pada Islam. Pandang wajah mereka, kasihanilah mereka. Pohon kekuatan dari Allah agar kasih sayang kita menjadi kekuatan untuk kita mengajak mereka kembali.
InsyaAllah