Assalamualaikum
Hari ini saya mahu bercakap tentang kolesterol. Pasti semua tahu apa itu kolesterol. Bila bercakap tentang kolesterol, ada beberapa perkara yang kita semua perlu tahu.
1) Kolesterol merupakan protein lemak yang berkumpul di dalam salur darah. Berat badan tidak berkait langsung dengan tahap kolesterol pada badan.
Kita selalu mendengar orang berkata, "Jaga sikit, kamu tu gemuk, mesti kolesterol tinggi."
Tidak, kegemukan bukan disebabkan kolesterol, kegemukan adalah peningkatan penimbunan lemak dibawah kulit. Walaupun begitu, obesiti itu sendiri juga membawa pelbagai risiko bahaya untuk kesihatan.
2)Terdapat beberapa jenis kolesterol yang kita perlu tahu iaitu HDL, LDL dan Trigliserida (TG). Bahasa mudah untik difahami, HDL ialah kolesterol baik, LDL ialah kolesterol jahat, TG juga kita kategori dalam kategori 'jahat'.
Apabila kita berjumpa doktor
, ada beberapa bacaan didalam ujian kolestrol yang kita perlu ambil tahu.
Total Cholesterol - Jumlah semua kolesterol
TG
HDL
LDL
Jika bacaan Total Cholesterol kita melebih dari paras normal iaitu lebih dari 5.2, perhatikan pecahan jenis kolesterol yang lain.
Jika TG atau LDL kita yang tinggi, bermakna risiko terhadap kesihatan jantung semakin tinggi.
Jika HDL yang tinggi, anda tidak perlu bimbang kerana lebih tinggi HDL, lebih baik untuk jantung kita.
Bahasa mudahnya, HDL ini umpama Majlis Bandaran yang akan menyapu semua LDL terutamanya yang berkumpul di salur darah. Lagi banyak Majlis Bandaran, lagi bersih la bandar kita kan?
3)Tinggi kolesterol dalam badan juga boleh berpunca dari keturunan. Kita panggil ia Familial Hypercholesterolemia. Kebiasaannya kumpulan ini susah untuk menurunkan aras kolesterol kembali normal tetapi sebagai doktor, saya sentiasa menasihatkan pesakit saya supaya mengawal kolesterol supaya tidak bertambah.
Ok. Itu sedikit fakta untuk fahaman anda. Sebagai doktor, ubat menurunkan paras kolesterol bukanlah jalan penyelesaian pertama untuk membantu pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
Ini beberapa tips atau nasihat saya kepada pesakit tentang bagaimana pengubahsuaian carahidup (lifestyle modification) dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.
1)Senaman
Senaman meningkatkan tahap HDL (kolesterol baik) dalam badan. Apabila HDL tinggi, maka ia akan membantu mengurangkan LDL (kolesterol jahat) dalam darah. Ingat tadi saya kata tentang Majlis Bandaran?
2)Sayur-sayuran terutama sayuran hijau.
Sayur-sayuran terutaman sayuran hijau kaya dengan HDL. The more you eat, the better efffect for your heart.
3)Minyak Zaitun
Pengambilan minyak zaitun asli sesudu sehari setiap pagi membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Saya mempunyai pengalaman ini dengan ramai pesakit saya, Alhamdulillah, ianya memang berkesan. Padanlah Rasulullah sukakan buah zaitun. Dalam Al Quran juga ada menyebut tentangnya. Banyak khasiat buah zaiun ni tau.
4)Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti :
Makanan laut
Organ dalaman
Ikan bilis
Telur kuning
Daging merah
5)Pengambilan Omega 3
Terbukti secara saintifik bahawa Omega 3 dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah secara signifikan.
Macam mana nak ambil Omega 3? Omega 3 ni kaya didalam ikan terutamanya ikan air sejuk. Macam salmon, kod dan sebagainya.
Banyak cara anda boleh dapatkan Omega 3.Dalam susu, ikan, minyak zaitun, minyak kanola, tablet Omega.
Bare in mind untuk pesakit kencing manis yang mahu menurunkan kolesterol dengan mengamalkan susu tinggi Omega. Kerana semua susu formula mengandungi gula dan perlu dikawal pengambilannya oleh pesakit kencing manis.
Omega paling tinggi dalam ikan air sejuk. Larat ke kita nak ngadap Salmon dan Kod hari-hari? Tak lalu tekak satu, parak poket le kawan-kawan oii.
Jadi cara paling mudah ialah dengan mengambil suplemen Omega.
Dan saya mencadangkan OMEGA GUARD SHAKLEE.
Kerana...
Omega Guard Shaklee diekstrak dari minyak ikan air sejuk, kaya dengan Omega 3 yang terbukti membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Ahli keluarga saya mengamalkannya dan terbukti berkesan bahawa OMEGA GUARD SHAKLEE membantu menurunkan tahap kolesterol pada badan.
Mengambil Omega Guard Shaklee, lebih banyak kebaikan selain menurunkan paras kolesterol.
1)Membantu kesihatan paru-paru. Untuk sesiapa yang selalu berkahak dan terbatuk-batuk, cubalah Omega Guard Shaklee. Dia membantu mencairkan kahak dan memudahkan kita untuk meludahnya. Serabutkan tekak selalu berkahak.
Dan ianya bagus untuk pesakit asthma. Sebab dia mengurangkan proses radang didalam paru-paru yang menyebabkan gejala asthma.
2)Omega Guard juga memelihara kesihatan otak. Kajian menunjukkan tahap penumpuan seseorang meningkat setelah mengambil Omega secara konsisten. Kita juga menyarankan ibu mengandung mengambil Omega Guard bermula dari trimester kedua kerana ini membantu perkembangan otak bayi
3)Kesan antiradang tadi juga menjadikan Omega Guard bagus diamalkan oleh pengidap sakit sendi, otot tulang. Ia membantu mengurangkan kesakitan sendi akibat proses keradangan yang berlaku di sekitar sendi.
Jadi....sungguh saya sarankan anda ambil Omega Guard Shaklee. Halal, sah KKM dan terbukti berkesan untuk kawal kolesterol.
Jagalah kesihatan jantung anda kerana tahap kolesterol yang tinggi dalam badan meningkatkan risiko anda untuk terkena stroke dan serangan jantung.
Jom jaga kesihatan.
Jika anda mahukan Omega Guard atau sebarang konsultansi mengenai produk Shaklee, anda boleh hubungi saya.
Saya Nurul
0187812078
Shaklee Independant Distributor
#projekjutawan
#kayahartakayaiman
No comments:
Post a Comment