Thursday, 31 January 2013

Info Sihat


 


OBESITI

Hari ni Dr Nurul nak cerita sikit tentang obesiti. Apa itu obesiti? Siapa yang dikatakan obesiti? Kenapa kita bimbangkan sangat obesiti ni? Apasal doktor-doktor sibuk dok suruh pesakit turunkan berat badan? Bukan untuk nampak cantik semata. Yang paling penting adalah nak sihat. Semu kena sedar yang obesiti membawa banyak bahana dan bahaya.



Siapa tak suka tengok budak-budak 'gebu' macam ni. Doktor pun sangatla geramnya. Tapi disudut hati dah terfikir komplikasi-komplikasi yang akan adik comel ni hadapi. So ibu ayah di luar sana, dari kecik pun kita mesti jaga pemakanan anak-anak. Bukan nak bagi dia gemuk apatah lagi obese dan jadi kegeraman ramai. Tapi nak dia sihat. Sihat sekarang belum tentu sihat masa depan.


Siapa obese? Haa....cek diri sendiri. Bukan untuk menuding fizikal anda tapi doktor nak anda sihat minda, sihat tubuh badan. Anda obese jika:

  • Berat badan anda 2 kali lebih berat dari berat badan ideal
  • Berat badan anda lebih 45kg atau lebih dari berat badan sepatutnya
  • Indeks Jisim Badan (BMI) lebih 40 atau 35. (nanti doktor ajar cara kira ye)

 
 
Gambar ni bukan saja-saja diletak. Nak bagitau pada semua, terlalu kurus atau terlalu gemuk semuanya tak baik. Bersesuaianla dengan konsep wasatiah yang Rasulullah ajar kita kan. Siapa yang kenal doktor mesti tersenyum. Anyway, doktor sekarang dah tak termasuk dalam kategori underweight ye. Itu zaman bujang-bujang dulu.

Apa itu BMI?

  • formula untuk menilai berat badan berbanding ketinggian
  • formulanya- Berat (kg) / (Tinggi(m)xTinggi(m)) = kg/ m2 (kuasa dua ye)
Dah kira BMI tengoklah samada anda ni dalam kumpulan berat badan ideal atau sebaliknya ye.




Haa...doktor letak besar-besar ni biar semua orang senang nampak dan buatlah apa yang perlu untuk capai apa yang sepatutnya ye.

Apa risikonya jika obese? Kenapala doktor sibuk-sibuk sangat ye? Ini antara risiko-risiko yang anda kena set mind untuk tanggung kalau degil jugak nak jadi obese. Jangan marah. :)


Macam mana nak jaga pemakanan?
Ikutlah piramid makanan. Bukan untuk orang obese aje. Sesiapa jugak.


Agak berpinar mata ek sebab copy paste. Kalau tak jelas bukak aje dalam internet. :)  Lagi satu yang teramat penting adalah exercise. Tak payah buat exercise yang beria-ria. Yang sempoi-sempoi cukup janji istiqomah. Kan itu Rasulullah ajar jugak. Amalan yang baik adalah yang sikit tapi berterusan. termasuklah senaman ni. Contoh aktiviti senaman yang kita semua sama-sama boleh buat:

Ini semua contoh saja tau. Peringatan untuk yang obese atau overweight, senaman yang paling baik adalah non-weight bearing exercise macam swimming, cycling sebab berat badan anda akan menyebabkan lutut anda terutamanyalah kehausan kalau buat senaman yang perlu ampu berat badan. Bila berat badan dah berkurang barulah boleh banyakkan berjalan kaki. Senaman ni bukan untuk obesiti saje. Tapi banyak kebaikannya. Antaranya:

  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain
Emm...jadilah dulu serba sedikit pasal obesiti ye. Banyak lagi maklumat yang doktor nak kongsi di sini. Tunggu...step by step ye. Maklumat ni banyaknya doktor ringkaskan supaya mudah difaham, tidal terlalu detail. Hanya mengharap ianya bagi sedikit kesedaran pada masyarakat. Itu tugas saya, Doktor Muslim.



Sabar

Sabar. Memang tepat benar ia separuh daripada iman. Sabar buat kita redha dengan setiap ketentuan. Sabar buat kita lalui kehidupan hari-hari dengan penuh ketenangan. Ini pengalaman aku hari ini. Pagi-pagi dah diuji dengan kerenah anak-anak. Si abang dengan macam-macam permintaan sebelum masuk toilet untuk mandi pagi. Husna pulak dah bersiap, sempat 'melabur' habuan untuk ibu. Sebelum naik kereta berkejar dengan Husna, terpaksa didukung untuk masuk kereta. Tapi Alhamdulillah. Semuanya aku hadapi dengan senyuman. Mungkin berkat 'baby' ibu di dalam perut ni, mengandung kali ni ibu lebih penyabar. Alhamdulillah sepanjang perjalanan walaupun terdetik juga rasa bimbang lewat sampai ke office, Al Ma'thurat tetap dapat kuhabiskan. Tiba dihospital waktu hampir 8 pagi. Ku lihat ramai yang kelam kabut untuk ke punch card. Takpela. Semoga Allah permudahkan urusan ku. Seperti biasa siapa datang lewat jauhla parkingnya. Tapi hari ini luar biasa untukku. Sebaik aku lintas parking paling hadapan, kebetulan ada kereta nak keluar dan tiada kereta lain disitu. Alhamdulillah. Terasa besar rahmat Allah. Aku tak perlu berjalan jauh apa lagi bergegas ke tempat punch card. Terima kasih Allah. Aku tersenyum kerana terlintas senyuman sewaktu melayan kerenah anak-anak tadi, dapat balasan baik dari Allah. In shaa Allah. Aku akan terus belajar menjadi lebih bersabar sebab langsung tak rugi apa-apa pun orang yang bersabar ni.

Wednesday, 30 January 2013

Permulaan Baru

Tahun ini ku harap menjadi permulaan baru untuk aku. Permulaan dalam pencarian dan penambahan ilmu. Permulaan dalam perkongsian ilmu. permulaan dalam menjadikan diri lebih dekat dengan sang pencipta melalui penulisan. Lihatlah pada apa yang disampaikan. Jangan lihat pada diri yang penuh kekurangan ini kerana kamu akan kecewa.