Thursday, 31 January 2013
Sabar
Sabar. Memang tepat benar ia separuh daripada iman. Sabar buat kita redha dengan setiap ketentuan. Sabar buat kita lalui kehidupan hari-hari dengan penuh ketenangan. Ini pengalaman aku hari ini. Pagi-pagi dah diuji dengan kerenah anak-anak. Si abang dengan macam-macam permintaan sebelum masuk toilet untuk mandi pagi. Husna pulak dah bersiap, sempat 'melabur' habuan untuk ibu. Sebelum naik kereta berkejar dengan Husna, terpaksa didukung untuk masuk kereta. Tapi Alhamdulillah. Semuanya aku hadapi dengan senyuman. Mungkin berkat 'baby' ibu di dalam perut ni, mengandung kali ni ibu lebih penyabar. Alhamdulillah sepanjang perjalanan walaupun terdetik juga rasa bimbang lewat sampai ke office, Al Ma'thurat tetap dapat kuhabiskan. Tiba dihospital waktu hampir 8 pagi. Ku lihat ramai yang kelam kabut untuk ke punch card. Takpela. Semoga Allah permudahkan urusan ku. Seperti biasa siapa datang lewat jauhla parkingnya. Tapi hari ini luar biasa untukku. Sebaik aku lintas parking paling hadapan, kebetulan ada kereta nak keluar dan tiada kereta lain disitu. Alhamdulillah. Terasa besar rahmat Allah. Aku tak perlu berjalan jauh apa lagi bergegas ke tempat punch card. Terima kasih Allah. Aku tersenyum kerana terlintas senyuman sewaktu melayan kerenah anak-anak tadi, dapat balasan baik dari Allah. In shaa Allah. Aku akan terus belajar menjadi lebih bersabar sebab langsung tak rugi apa-apa pun orang yang bersabar ni.
Dunia ini hanya sementara. Maka laluilah ia dengan penuh hati-hati. Kerana ranjaunya adakala buatmu terluka. Buatmu berputus asa. Namun ingatlah, hanya cintaNYA tujuan kita. Walau lelah, walau susah, walau payah, asal dalam redhaNYA, teguhlah. Yakinlah DIA pasti beri bahagia.
Hiduplah dalam diri yang penuh rasa takut dan berharap padaNYA. Bersyukur dalam erti kata yang sebenar. Menjadi hamba yang sentiasa menjadikan DIA sebagai pusat fikiran, tujuan hidup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment