OBESITI
Hari ni Dr Nurul nak cerita sikit tentang obesiti. Apa itu obesiti? Siapa yang dikatakan obesiti? Kenapa kita bimbangkan sangat obesiti ni? Apasal doktor-doktor sibuk dok suruh pesakit turunkan berat badan? Bukan untuk nampak cantik semata. Yang paling penting adalah nak sihat. Semu kena sedar yang obesiti membawa banyak bahana dan bahaya.
Siapa tak suka tengok budak-budak 'gebu' macam ni. Doktor pun sangatla geramnya. Tapi disudut hati dah terfikir komplikasi-komplikasi yang akan adik comel ni hadapi. So ibu ayah di luar sana, dari kecik pun kita mesti jaga pemakanan anak-anak. Bukan nak bagi dia gemuk apatah lagi obese dan jadi kegeraman ramai. Tapi nak dia sihat. Sihat sekarang belum tentu sihat masa depan.
Siapa obese? Haa....cek diri sendiri. Bukan untuk menuding fizikal anda tapi doktor nak anda sihat minda, sihat tubuh badan. Anda obese jika:
- Berat badan anda 2 kali lebih berat dari berat badan ideal
- Berat badan anda lebih 45kg atau lebih dari berat badan sepatutnya
- Indeks Jisim Badan (BMI) lebih 40 atau 35. (nanti doktor ajar cara kira ye)
Apa itu BMI?
- formula untuk menilai berat badan berbanding ketinggian
- formulanya- Berat (kg) / (Tinggi(m)xTinggi(m)) = kg/ m2 (kuasa dua ye)
Haa...doktor letak besar-besar ni biar semua orang senang nampak dan buatlah apa yang perlu untuk capai apa yang sepatutnya ye.
Apa risikonya jika obese? Kenapala doktor sibuk-sibuk sangat ye? Ini antara risiko-risiko yang anda kena set mind untuk tanggung kalau degil jugak nak jadi obese. Jangan marah. :)
- Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
- Strok (angin ahmar)
- Tekanan darah tinggi
- Batu hempedu
- Diabetes (kencing manis)
- Paras kolestrol darah yang tinggi
- Gout
- Sakit di bahagian bawah belakang badan
- Sukar bernafas
- Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
- Gangguan pembuangan air kecil
- Penyakit hati
- Barah usus
Macam mana nak jaga pemakanan?
Ikutlah piramid makanan. Bukan untuk orang obese aje. Sesiapa jugak.
Agak berpinar mata ek sebab copy paste. Kalau tak jelas bukak aje dalam internet. :) Lagi satu yang teramat penting adalah exercise. Tak payah buat exercise yang beria-ria. Yang sempoi-sempoi cukup janji istiqomah. Kan itu Rasulullah ajar jugak. Amalan yang baik adalah yang sikit tapi berterusan. termasuklah senaman ni. Contoh aktiviti senaman yang kita semua sama-sama boleh buat:
- Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
- Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
- Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
- Berjalan-jalan, berkebun.
- Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.
- Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
- Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
- Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
- Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
- Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
- Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain
No comments:
Post a Comment