Sunday, 20 July 2014

Tiada lagi tangisan..syurga buatmu wahai syuhada Palestine

Hari ini sudah masuk hari ke 14 bumi Palestine bermandi darah. Dunia menjadi saksi bisu atas kekejaman zionis laknatullah meratah jiwa tak berdosa di Palestine.

Ya Allah..

Sedih tak terkata membaca dan melihat gambar-gambar hasil kekejaman zioniz laknatullah. Tak mampu nak bertanya kemana hilang perikemanusiaan, rasanya mereka bukan manusia malah lebih teruk dari binatang.

Dari kejauhan rasa mahu menjerit. Terseksanya mereka. Kita disini, di Malaysia juga sedang bersedih. MH17 terhempas ditembak pengganas di sempadan Ukraine Rusia. Tapi keadaannya sangat berbeza.

Ya Allah...

Tak tertanggung rasanya jika menimpa kami. Kentalnya jiwa Palestinian, teguhnya briget Al Qassam. Arghh!! Rasa mahu menjerit. Kasihan pada anak-anak kecil yang tak berdosa! Kasihan pada wanita yang lemah dan tidak bersenjata. Kasihan pada ibu yang kehilangan anak, anak yang kehilangan ibu ayah, isteri yang kehilangan suami, suami yang kehilangan isteri tercinta. Kehilangan demi kehilangan dengan keadaan yang amat memilukan.

Ya Allah...

Rantaikan leher2 musuh kami zionis laknatullah!!
Lindungilah saudara kami di Palestine dari kejahatan mereka

Hancur leburkan mereka
Pecah belahkan pakatan mereka
Kacau bilaukan mereka Ya Allah

Kau Maha Pemarah
Kau Maha Pemaksa
Kau Maha Kuasa
Hantarkan anjing-anjingMu pada mereka

Wahai Allah, Tuhan yang Maha Kuasa, yang menggerakkan awan, yang mengalahkan tentera Ahzab..

Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka!

Menangkanlah kami, menangkanlah Palestine ke atas mereka Ya Allah!

Amin Ya Rabb

...wahai syuhada Palestine, nantikan aku di syurga sana. Agar Allah mudahkan jalanku menujuNya..

No comments:

Post a Comment