Tuesday, 19 August 2014

Hai! Selamat Berkenalan!

Assalamualaikum

Nama saya Nurul Huda Ariza binti Abdul Razak. Saya seorang doktor. Kerja saya seharian mengadap dan melayan manusia dengan pelbagai kerenah.

Saya dah berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak (setakat ini). Alhamdulillah. Anak saya yang sulung sekarang bersekolah di Sekolah At Taalim di Tahun 1. Yang kedua belajar di Brainy Bunch dan yang ketiga saya hantar ke nursery.

Tetiba mimpi nak cerita hal diri ye. Serba sedikitla tentang saya. Saya ni jenis simple orangnya. Senang nak berkawan dan bawak bincang. Kekadang tu ade jugak emonya. Tapi mesti cuba bersabar walau apa keadaannya.

Kerja saya sekarang 8-5 setiap hari. Letih juga. Lagi letih bila hati dok fikir..alahai, berapa jam sangat saya ada masa dengan anak-anak. Sampai setiap hari saya pasti berangan-angan...kalaulah saya boleh bekerja dari rumah.

Sekarang saya buat Shaklee as part time. Bermula dengan makan sendiri, saya sangat teruja untuk berkongsi kebaikannya dengan semua orang. Alhamdulillah, ramai yang dah dapat saya bantu. Saya sangat suka.

Saya masih dalam usaha ini. Usaha untuk menaikkan taraf diri, keluarga, agama. Saya nak jadi kaya untuk bantu mereka yang perlu. Saya nak keluar dari dijajah jadual kerja yang tak fleksibel. Saya teringin nak sedekah banyak-banyak kat Palestine. Saya teringin nak merantau seluruh pelosok Malaysia ni, bantu siapa yang memerlukan.

Saya masih seorang doktor. Jiwa saya sarat dengan semangat nak membantu. Bahagia bila dapat membantu orang.

Melalui kerjaya saya..melalui Shaklee.

InsyaAllah

No comments:

Post a Comment