Assalamualaikum
22 Ogos 2014 telah diisytiharkan Hari Berkabung Malaysia, bagi menyambut kepulangan 20 mayat mangsa nahas kapal terbang MH17 yang ditembak Julai lalu. Di Belanda, proses pengecaman mayat masih diteruskan. Kita doakan semoga kesemua 40 lebih mangsa akan 'pulang' ke Malaysia.
Terimbas balik saya Subuh hari kejadian. Usai solat Subuh, entah kenapa terasa nak buka televisyen. Tertera di skrin, "Takziah untuk MH17". Saya sangkakan typing error. Tapi saya tengok channel lain pun sama. What happen?! Saya buka FB. Masya Allah, MH17 terhempas di Ukraine! Terasa macam mimpi! Bila kapal terbang milik syarikat penerbangan negara kita terhempas, dan dikatakan ditembak pengganas!! Ya Allah, apa salah mereka? Semua orang awam di dalam tu? Kenapa ditembak? Itu baru saya...entah apa perasaan hari keluarga pada waktu itu.
Sekelip mata, si isteri menjadi janda, si anak menjadi yatim, suami ditinggal sendiri, penantian seorang ibu dan nenek berakhir begitu sahaja. Wajah-wajah yang dirindu hilang, mungkin musnah dalam nahas itu. Sedih!! Masih rasa macam mimpi.
Kepulangan yang dinanti. Akhirnya 23 mayat berjaya dicamkan dan dibawa pulang. Dalam hiba, pasti ada syukur yang tak terungkap, mati mereka berkubur. Ada kubur untuk diziarah. Tidak meninggalkan harapan kerana denial. Suasana suram pada pagi itu. Seluruh Malaysia menanti ketibaan mereka. Hiba melihat ahli keluarga yang tidak dapat menahan sebak. Hiba melihat anak kecil yang tidak mengerti bahawa yang tersayang telah tiada.
Sejenak saya teringat pada ahli keluarga penumpang pesawat MH370. Yang telah beberapa bulan, tiada khabar berita, hilang begitu sahaja. Sayunya rasa. Alangkah baiknya jika ada pusara untuk dikunjungi. Sedikit sebanyak, masih ramai yang mengharap kepulangan MH370. Sedih...
Begitulah aturan hidup. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Aturannya yang penuh misteri semua pasti ada hikmahnya. Kita doakan roh2 mereka dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah. Dan kematian mereka adalah kematian husbul khatimah. Dan kita yang masih ada ini, usah lama meratap hiba. Buatlah persediaan bertemu Ilahi, kerana bila-bila masa sahaja maut pasti menjemput.
Salam Takziah untuk ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17
No comments:
Post a Comment