Assalamualaikum
Ini kisah minggu lepas. Perbincangan masa usrah saya dan ahli usrah yang lain tentang Surah Taha. Jauh kami berbincang sampai mengenangkan keadaan dunia kita sekarang yang semakin hampir tiba ke penghujungnya.
Jika diperhatikan sekarang, banyak tanda-tanda yang menunjukkan dunia semakin tiba ke penghujungnya. Cuma menanti tanda-tanda kiamat besar yang sangat menggerunkan. Kata makcik, kita perhatikan dunia sekarang berputar dengan cepat. Masuk waktu Solat Subuh dah sebelum jam 6 pagi. Solat Maghrib pun masih cerah lagi. Antara tanda besar kedatangan hari kiamat bila Matahari dah tak terbit dari Timur, tetapi sebaliknya. Bila saat Matahari mula terbit dari Barat, saat tu taubat pun dah tak berguna lagi.
Kata makcik lagi, NASA menjalankan banyak kajian yang membuktikan Bumi sudah lari dari paksinya. Paksi Bumi dah makin condong. Sains juga membuktikannya, bahawa dunia ini makin sampai ke penghujungnya dan kita boleh lihat logiknya Matahari akan terbit dari Barat satu hari nanti.
Ya Allah...bayangkan pagi esok kita bangun, kita lihat Matahari terbit dari Barat. Ya Allah! Apa kita nak buat?! Waktu itu taubat dah tak diterima. Menangis, meratap bagaimanapun Allah tidak lagi akan melayannya. Kerana kita dah melepaskan peluang yang begitu lama Allah bagi. Hish...tak dapat dibayangkan. Mengikut sebahagian ulamak, apabila Matahari terbit dari Barat, waktu akan jadi panjang. Mungkin berbulan...bertahun...baru Kiamat akan muncul. Ya Allah...dah tak boleh bertaubat..apa ye nak buat waktu tu?!
Ilustari |
Gerunnya...setiap kali bangun, saya terus memandang Sang Matahari...takut..Ya Allah..takut sangat andai kita tak sempat bertaubat. Apa guna hidup didunia tapi pengakhirannya kita tak dapat bertemu Al Khalik dan Kekasihnya?
Ya Allah..ampunilah dosa kami Ya Allah...
No comments:
Post a Comment