Adakalanya, rasa macam tekanan perasaan bila bekerja direct dengan masyarakat.
Sedih...
Ramai gadis belasan tahun datang dengan pelbagai masalah dan sesudah disiasat, mereka disahkan mengandung.
Lagi sedih...
Selepas disahkan mengandung hampir separuh daripada mereka tidak menunjukkan sesalan, yang menyesal ibu dan ayah atau penjaga yang membawa.
Lebih lebih sedih...
Ramai diantara anak anak ini dikatakan 'anak yang baik' oleh ibu ayah, dan dengan penuh percaya membiarkan anak keluar tak kira masa dan arah.
Bedah siasat saya...
Institusi keluarga asas kita sekarang hampir pincang. Agama bukan lagi perkara nombor satu yang ditekankan. Menjadi kebahagiaan ibu bapa anak anak yang berjaya dalam pendidikan, walaupun jiwanya.langsung mati tanpa agama. Mereka ini.juga datang dari keluarga yang ibu ayah sendiri culas solatnya. Namun, ada juga yang datang dari 'keluarga baik-baik', tapi disiplin terlalu keras dari kecil.
Dalam satu buku pendidikan anak anak, ditulis oleh Pakar Psikologi kanak-kanak ada menyebut tentang kecenderungan remaja perempuan kepada lelaki bergantung antara faktornya ialah keakraban remaja.itu dengan.ayahnya.
Kajian mendapati bahawa, remaja perempuan yang terjerumus dengan masalah sosial, mengandung anak luar nikah dan pelbagai lagi masalah, kebanyakannya tidak mendapat perhatian dan kasih sayang ayah yang secukupnya dari kecil. Walaupun seorang ayah itu mungkin sayang pada anak perempuannya, tapi kasih sayang itu tidak.ditonjolkan, tidak dirasai oleh si anak. Ini mengakibatkan kejutan budaya bila seorang lelaki lain menunjukkan kasih dan sayangnya dan mengakibatkan anak.anak ini terjerumus.
Apapun, ini bukan satu satu sahaja punca terjadi masalah ini. Saya masih percaya institusi keluarga yang mengamalkan agama dengan baik, khususnya Islam yang diamal dengan betul, tidak.terlalu rigid, tidak terlalu dimudahkan akan menghasilkan anak anak.yang InsyaAllah terpelihara.
Itu sekarang...
Apalagi yang akan jadi dengan dunia anak anak.kecil kita yang sedang membesar ini.
Ya Allah...
Bantulah kami. Lindungilah kami dari segala bencana dan malapetaka. Lindungi keturunan kami. Kurniakan keturunan kami dari keturunan yang mendirikan solat.
Aamiin
No comments:
Post a Comment