Tuesday, 7 June 2016

Cantik Berseri Menjelang Raya:Bolehkah Saya?

Assalamualaikum

Saya nak kongsi sedikit satu azam yang saya tak pernah buat sebelum ini bila tiba bulan Ramadhan. Entah kenapa hati begitu kuat ingin merealisasikannya. Entah kenapa...

Terus terang..saya juga culas makan vitamin Shaklee walau saya sangat sukakan semuanya. Adakalanya sebab keletihan, banyak masanya sebab kemalasan. Dan sebenarnya saya perlukan turning poit, atau sebab kukuh untuk terus istiqomah makan vitamin Shaklee.

Eh..mengapa cantik berseri? Bukan sihat semulajadi? Sama..kedua-duanya saya mahu..untuk diri saya dan semua pelanggan saya, pesakit saya. Tapi untuk sihat itu selalu bermain dibibir..didalam doa, didalam munajat. Untuk cantik, perlu usaha. Cantik diluar, cantik didalam. Cantik rohani, cantik jasmani.

VIVIX
ALFALFA
VITAMIN BCOMPLEX
VITALEA
VITAMIN C
ESP
MEALSHAKES
PERFORMANCE DRINKS
KOLAGEN

Senarai ini untuk saya yang mahu cantik berseri dihari raya. Untuk wajah yang bersih, parut yang menghilang, dan jika diizinkanNYA, lebih cerah dari sekarang. Saya perempuan, manusia biasa, ada rasa mahu cantik, mahu kelihatan bersih wajahnya. Ada.

Dan rangkaian di atas bukan untuk kecantikan sahaja, tetapi untuk keseluruhan kesihatan. Kesegaran berpanjangan dibulan Ramadhan dan idea yang mencurah-curah untuk terus ajak anda semua makan Shaklee.

Sudah cukup cantikkah saya ye? Tamak..semakin tamak.

Mungkinkah wajah saya cantik, tapi hati saya kotor dan gelap? Inilah juga masa untuk saya polish hati yang semakin kotor dan gelap ini.

Sentiasa memohon keampunan dari Allah
Sentiasa ikhlas dalam setiap ibadah
Sentiasa merasa cukup akan setiap kurniaan Allah
Sentiasa sabar atas setiap ujian
Sentiasa senyum walaupun dalam kesedihan
Sentiasa bersederhana dalam setiap perkara
Sentiasa tegas dalam hal agama
Sentiasa memperbaiki diri dalam segala aspek

Bukan mudah....bila kebersihan hati nurani itu kit amahu tonjolkannya di raut wajah. Selalu juga kita tengok seseorang itu kelihatan sangat cantik jelita raut wajahnya, tetapi wajahnya kosong. Tiada nur. Nampak kelam, tidak ceria.

Saya nak terus berazam dan mengerjakannya akan tercapai cita-cita saya untuk kelihatan cantik berseri di hari raya InsyaALLAH.

Cantik berseri
Luar dan dalam...

Aamiin.

No comments:

Post a Comment