Friday, 21 November 2014

Kencing Manis:Tanda-Tanda dan Kawalan

Assalamualaikum semua
 
Jom harini kita belajar sedikit tentang Kencing Manis (Diabetes Mellitus).

Apa itu Kencing Manis?

Kencing Manis ialah penyakit metabolik yang berlaku apabila paras gula berlebihan dalam darah.
Ini berlaku kerana beberapa punca seperti:
 
1)Tiada atau kekurangan insulin yang dihasilkan oleh tubuh (pengangkut gula)
2)Insulin insensitivity
3)Kedua-duanya
 
Selain dari itu, kita juga perlu tahu bahawa Kencing Manis adalah penyakit warisan. Bagi sesiapa yang mempunyai ibu atau ayah pengidap Kencing Manis mereka berisiko lebih tinggi berbanding orang lain untuk mendapat Kencing Manis
.
Jika anda ingin tahu apakah berkemungkinan anda mengidap Kencing Manis, berikut adalah tanda-tanda penyakit Kencing Manis:
 
-kerap kencing walaupun tak minum banyak
-selalu rasa dahaga
-cepat letih dan lesu
-berat badan susut mendadak tanpa sebab
-luka lambat sembuh
-kebas kaki tangan
 
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas dan anda juga mempunyai sejarah keluarga yang kuat (mengidap Kencing Manis), sila berjumpa doktor untuk ujian terperinci dan pengesahan.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal Kencing Manis?
 
  • kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan
  • kurangkan pengambilan makanan yang tinggi Karbohidrat (karbohidrat ditukar kepada gula didalam badan) seperti nasi, roti, segala jenis ubi, lobak
  • kawal berat badan (berat badan ideal akan meningkatkan sensitiviti insulin) dalam erti kata lain, insulin dapat bekerja secara optimum untuk angkut gula dari darah ke dalam sel
  • ambil buah-buahan atau jus buah dengan kadar sederhana (tak boleh banyak)
  • makan dalam amaun yang sedikit-sederhana tetapi lebih kerap
  • elakkan makan terlalu banyak dan tidak teratur masa
  • mengambil ubat mengikut saranan doktor
  • mengambil makanan tambahan yang bersesuaian dan selamat untuk kencing manis

Apa peranan makanan tambahan/suplemen?
 
Disebabkan saya ni pengamal setia Shaklee dan saya yakin Shaklee adalah produk yang bagus dan selamat lagi halal, saya nak sarankan Sugar Control Set Shaklee + Add On ni..
 
1)VIVIX
Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular. Bagus untuk membantu pankreas (organ yang menghasilkan insulin)
 
2)GLA COMPLEX
Mengurangkan simptom kebas-kebas dan sebarang simptom berkaitan saraf
 
3)ZINC COMPLEX
Membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka
 
4)B-COMPLEX
Perlu untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga
 
5)VITA C 500mg
Mengukuhkan kapilari dan salur darah
 
6)ALFALFA COMPLEX
Membantu menstabilkan gula dalam darah
 
7)OSTEMATRIX
Membekalkan magnesium (tahap magnesium yang rendah menyumbang kepada masalah diabetes)
 
8)CAROTOMAX
Kesihatan mata
 
9)VITALEA
Imbangan mineral dan vitamin yang lengkap

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila hubungi saya untuk konsultansi
 
Dr Nurul
0187812078 (Whatsapp/Telegram/SMS)
Fb : Nurul Huda Ariza
Email : nurulhudaariza@gmail.com
Shaklee Independant Distributor 
Seri Manjung, Perak
Id : 1067080
p/s:Suplemen bukan pengganti ubat. Bagi penyakit yang memerlukan diagnosis dan rawatan lanjut, sila dapatkan nasihat doktor
 
SENYUM

Friday, 7 November 2014

10 Sebab Baik untuk Kurangkan Berat Badan Berlebihan



Berat badan berlebihan dan obesiti semakin meningkat dinegara kita. Obesiti bukan sahaja membebankan individu dengan keuzuran tetapi juga menyebabkan peningkatan kewangan kepada ekonomi bagi merawat penyakit dan komplikasi termasuk ketidakhadiran dari kerja dan kematian awal.
 
Ramai dikalangan kita sedar bahawa kita memiliki berat badan berlebihan atau obese, dengan 'spare tyre' lori di abdomen, tetapi kita kurang tindakan untuk mengurangkannya. Secara perubatan, seseorang dianggap berlebihan berat badan jika BMI 23-24kg/m2 dan obese jika BMI 25kg/m2 atau lebih. Kajian menunjukkan rata-rata orang Asia mempunyai obesiti abdomen dan sangat berkaitan dengan risiko komplikasi obesiti seperti penyakit jantung dan kencing manis.
 
Apa yang membimbangkan, berat badan berlebihan dan obese sudah menjadi pemandangan biasa dikalangan kita dan tanpa sedar tahap penyakit jantung dan kencing manis dinegara kita berada pada tahap yang membimbangkan dan obesiti menjadi salah satu faktor risiko terpenting.
 
Jom...disini saya ingin kemukakan 10 sebab kenapa kita perlu kurangkan berat badan berlebihan:


 
1)DIABETES (KENCING MANIS)
Kajian menunjukkan bahawa peningkatan kadar diabetes selari dengan obesiti dan 80% daripada pengidap diabetes jenis 2 (Type 2 Diabetes) mempunyaki berat badan berlebihan dan obese.
Pengeluaran berlebihan asid lemak (berat badan lebih dan obese) menganggu tindakan insulin untuk mengangkut gula masuk dalam sel dan akan menyebabkan gula mula berkumpul dalam darah (hyperglisemia) yang merupakan petanda utama diabetes.
Diabetes dikaitkan dengan pelbagai komplikasi. Cegah sebelum parah. Jika anda pengidap diabetes, penurunan berat badan sangat membantu meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin dan meningkatkan fungsi insulin mengangkut gula ke dalam sel badan.
 
2)PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obese adalah 2-3 kali lebih berisiko untuk mendapat penyakit kardiovascular seperti serangan jantung dan strok.
Ini kerana peningkatan pengedaran asid lemak akan meningkatkan tahap lipid jahat (LDL) dan trigliserid (TG) dan mengurangkan lipid baik (HDL) dalam badan. Ini menyebabkan pemendapan kolesterol disinding salur darah dan akan menyekat aliran darah ke organ penting.
Penurunan berat badan akan meningkatkan HDL dalam daran dan menurunkan LDL dan TG.
 
3)OBSTRUCTIVE SLEEP APNEA
Menjadi obese memberi tekanan kepada paru-paru, menjejaskan kandungan paru-paru, pernafasan dan pengudaraan dan menyebabkab masalah asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
Dianggarkan pada lelaki gemuk, kenaikan 1kg berat badan menghilangkan lebih daripada 20ml isipadu paru-paru dan 1/3 individu obese berisiko mendapat asthma.
Kajian juga menunjukkan ubat-ubatan untuk mengawal semput adalah 40% kurang berkesan bagi penyakit yang berlebihan berat badan berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan normal.
Tetapi komplikasi paru-paru yang paling serius yang dikaitkan dengan obesiti ialah 'Obstructive sleep apnea' (berhenti nafas sekejap-sekejap semasa tidur). Ini berlaku kerana ketulan lemak yang berlebihan pada leher dan salur pernafasan menjadikan kesukaran untuk struktur pernafasan terbuka sewaktu berbaring. Ini mengakibatkan gangguan tidur yang kerap dan mengantuk disiang hari. Ia juga meningkatkan risiko strok dan serangan jantung
Dengan penurunan berat badan berlebihan, masalah ini boleh diatasi
 
4)OSTEOARTHRITIS
Berat badan berlebihan dan obesiti menyebabkan tekanan pada sendi-sendi yang mendokong berat badan seperti kaki, lutut, pinggul dan bawah belakang. Ia menyebabkan sendi menipis dan menjadi sakit.
Dianggarkan 20% daripada individu dengan berat badan berlebihan atau obese mempunyai masalah sendi.
Banyak kajian menunjukkan pengurangan berat badan mengurangkan sakit arthritis.
 
5)KEMURUNGAN (DEPRESSION)
Obesiti terutama dikalangan wanita dikaitkan dengan kemurungan. Peningkatan risiko pada BMI 30kg/m2 dan meningkat dengan peningkatan obesiti. Obesiti juga meningkatkan risiko ketidaktentuan emosi.
1 kajian di Sweden menunjukkan bahawa risiko dementia adalah hampir 2 kali ganda dikalangan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berbanding normal.
Pengurangan berat badan berlebihan boleh mengurangkan kemurungan.
 
6)KANSER
Mempunyai berat badan berlebihan meningkatkan risiko sesetengah jenis kanser. Dikalangan wanita, jenis kanser yang biasa dikaitkan ialah kanser rahim, pangkal rahim, buah pinggang, payudara dan bagi lelaki gemuk lebih cenderung kepada kanser hati, pankreas, pundi hempedu, perut dan kolon.
Wanita yang tersedia obese atau meningkat berat badan selepas rawatan kanser payudara mempunyai prognosis yang lebih teruk. Walaupun selepas putus haid, ketumbuhan yang sensitif kepada hormon masih dipengaruhi oleh estrogen yang dihasilkan oleh sel-sel lemak.
 
7)KOMPLIKASI KEHAMILAN
Jika anda obese, anda lebih cenderung untuk mempunyai gangguan haid. 30-50% daripada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan obese mempunyai haid yang tidak teratur.
Obesiti meningkatkan komplikasi kehamilan. Risiko termasuk diabetes semasa hamil, darah tinggi dan pre eklampsia. Wanita hamil yang obese juga mempunyai risiko tinggi bersalin secara cesarean, pendarahan selepas bersalin, dan jangkitan.
Risiko keguguran, kecacatan kongenital dan kelahiran pramatang dengan risiko kematian juga meningkat dikalangan ibu hamil yang obese.
 
Jadi, anda tahu apa yang perlu anda lakukan.
 
8)KEMALANGAN DAN RISIKO PEMBEDAHAN
Orang gemuk mempunyai risiko yang tinggi untuk terjatuh dan tercedera disebabkan terjejas postur dan keseimbangan. Mereka juga mempunyai risiko tinggi terhadap kecederaan rangka otot dan tekanan haba ditempat kerja.
Pemerhatian yang membimbangkan apabila risiko kemalangan kereta meningkat apabila anda obese.
Pembedahan ke atas pesakit obese adalah lebih sukar. Penyembuhan luka juga lebih perlahan dan risiko pembedahan juga lebih tinggi.
 
9)IMEJ DIRI
Kurang stamina dan penampilan fizikal tidak menarik membawa kepada perasaan rendah diri dan kurang keyakinan diri.
Orang gemuk juga boleh bermasalah lemah mengawal pundi kencing atau prolaps berasaskan wanita gemuk cenderung 2 kali ganda untuk mempunyai gangguan lantai pelvik.
 
10)KEHIDUPAN SIHAT, BERPANJANGAN
Hidup dengan berat badan ideal mengurangkan atau hampir menyifarkan banyak risiko penyakit. Anda bukan sahaja menjadi individu yang lebih sihat, tetapi juga yang lebih berkeyakinan diri dan bahagia.
 
Jadi, jangan tunggu lagi untuk hidup lebih bahagia, sihat dan sejahtera. Mahu formula untuk menurunkan berat badan berlebihan dan menguruskan obesiti, saya ada caranya.

 
 
PM saya

Dr Nurul
SID 1067080
0187812078
FB : Nurul Huda Ariza
Seri Manjung, Perak, Malaysia

Wednesday, 5 November 2014

Sakit Tumit : Punca dan Penyelesaian

Assalamualaikum
 
Ramai yang datang ke klinik mengadu sakit tumit. Baik muda ataupun tua. Semua ingin dapatkan rawatan kerana sakit tumit ni sangat tidak selesa.
 
Kebiasaannya, sakit tumit ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
 
  • paling sakit apabila bangun dari tidur atau ingin memulakan pergerakan kaki dari duduk atau berdiri yang lama
  • sakit akan mula hilang dengan pergerakan kaki (jika terlampau teruk sakit tidak hilang)
  • tiada bengkak atau tanda merah pada tumit
  • tiada trauma yang berlaku pada tumit
Sakit tumit boleh didefinisi dengan pelbagai punca. Namun begitu punca yang paling biasa ialah 'Calcaneal Spurr'. Kebiasannya, apabila berjumpa dengan pesakit yang mengadu sakit tumit dengan simptom-simptom di atas, saya tidak akan melakukan x-ray (untuk melindungi pesakit dari radiasi tidak perlu). Jikapun xray dilakukan, apa yang kita nampak ialah tulang kecil yang tumbuh di tulang tumit kita.
 
Apa itu Calcaneal Spurr?
 
 
 
Calcaneal spurr ialah tulang kecil (bony spurr) yang tumbuh pada tulang tumit (tulang calcaneum) kita. Pertumbuhan spurr ini berlaku secara fisiologi akibat geseran dan tekanan yang berpanjangan dan berterusan antara tulang calcaneum dan tisu serat sekitarnya. Ini akan merangsang pertumbuhan spurr yang tidak mengikut 'allignment' tulang asal. Spurr akan tumbuh umpama duri di dahan, menekan tisu serat dan otot di tapak kaki (tumit) kita.
 
Semasa tidur atau duduk dan berdiri lama, spurr akan menekan tapak kaki kita disatu titik yang sama. Ini akan mengakibatkan kawan berkenaan tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan menimbulkan kesakitan. Dengan pergerakan, spurr tadi tidak lagi duduk di titik tetap, kawasan tersebut mula mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan kesakitan akan mula hilang.
 
Apakah cara merawat Calcaneal Spurr?
 
Dikebanyakan masa, doktor tidak akan membedah buang spurr yang tumbuh tadi melainkan ia terlalu besar dan signifikan sehingga menyakitkan tumit sepanjang masa. Ini kerana kesan pembedahan itu sendiri akan menimbulkan pelbagai gejala kesakitan yang lain. Jadi apa yang kita lakukan ialah:
 
1)Membekalkan ubat tahan sakit
2)Merujuk pesakit pada Jabatan Fisioterapi (untuk mengurangkan kesakitan)
3)Memberi sedikit petua untuk pesakit apabila dirumah
 
Petua untuk pesakit:
 
  • apabila bangun dari tidur, jangan terus bangun untuk menapak, tetapi mulakan dengan senaman tapak kaki. Pusing dan gerakkan pergelangan kaki beberapa kali. Dengan cara ini, bekalan darah dan oksigen akan mula sampai ke kawasan yang ditekan spurr tadi.
  • begitu juga apabila mahu memulakan pergerakan dari duduk dan berdiri yang lama
  • mulakan menapak dengan hujung kaki (bukan tumit) dengan perlahan dan berjalan seperti biasa
  • rendam kaki dengan air suam (terpulang jika mahu merendam dengan air suam campuran herba dan sebagainya)


Semua diatas banyak membantu dalam mengurangkan kesakitan spurr.
 
Pengalaman Saya
 
Saya juga pernah mengalami spurr. Walaupun saya seorang doktor, sebolehnya saya mengelak untuk makan ubat tahan sakit dan tiada masa untuk melakukan fisioterapi. Apa yang saya lakukan ialah exercise seperti di atas dan rendaman kaki sekali sekala.
 
Yang paling membantu saya mengikut pengalaman saya ialah suplemen Shaklee. Apabila terbaca kesan Ostematrix dan tindakan Omega Guard, saya terus mencuba kerana bukan sahaja mahu menghilangkan kesakitan tadi, tetapi saya juga mahu mendapatkan manfaat lain Ostematrik dan Omega Guard.
 

 
 
Alhamdulillah, setelah mengamalkan keduanya, memang sakit tumit saya beransur hilang (sekarang langsung tiada). Macam magik rasanya kerana saya tidak pernah tahu tablet kalsium dan omega 3 boleh melakukannya. Dan sememangnya ada penjelasan saintifik tentangnya. Cukuplah saya berkongsi dengan anda kebaikan Ostematrik dan Omega Guard dalam menghilangkan sakit tumit saya. Jika anda mahu tahu lanjut tentang Ostematrik dan Omega Guard, anda boleh melawat blog saya.
 
Jadi, sakit tumit ada penyelesaiannya. Anda pilih caranya dan jika anda ingin mencuba Shaklee dalam penyelesaikan masalah ini, hubungi sahaja saya.
 
Dr Nurul 0187812078
Id 1067080
Shaklee Independant Distributor
Seri Manjung, Perak, Malaysia
Juga untuk konsultansi kesihatan
Senyum

Monday, 3 November 2014

Omega Guard dan 1001 Kebaikannya

Assalamualaikum
 
Hari ini nak sharing pasal Omega Guard. Tapi kali ini secara literature. Saya cukup teruja nak berkongsi dengan anda sebab banyak clinical research yang membuktikan kebaikan Omega-3.
Kandungan utama Omega Guard Shaklee adalah Omega-3 dan Omega-3 dari punca minyak ikan mengandungi DHA dan EPA. Untuk pengetahuan anda, Omega Guard Shaklee dihasilkan dari minyak ikan air sejuk, sumber Omega-3 terbaik didunia.
 
Apa kebaikan Omega Guard?
 
  1. DHA menurunkan paras trigliserida (salah satu jenis kolesterol bahaya dalam badan). Suplemen Omega menunjukkan penurunan yang ketara pada aras kolesterol dalam darah
  2. Omega bertindak sebagai antiradang dalam penyakit sendi seperti Rheumatoid Arthritis. Ia membantu mengurangkan sakit sendi sekaligus memperbaiki fungsi sendi berkenaan
  3. Kajian menunjukkan Omega mengurangkan kemurungan. Di tempat yang penduduknya banyak mengambil Omega (minyak ikan laut sejuk), kadar kemurungan sangat rendah. Kajian yang lain juga menunjukkan Omega meningkatkan kesan ubat anti depression kepada pesakit Depression (Kemurungan)
  4. Omega juga perlu diambil sebagai makanan tambahan oleh ibu mengandung selepas masuk Trimester kedua. EPA dan DHA membantu perkembangan otak janin, menghasilkan sel-sel otak yang aktif berhubung.
  5. Untuk anak yang hyperaktif (ADHD) Omega membantu meningkatkan daya penumpuan, sekaligus mengurangkan aktiviti hyperaktif si anak. Beberapa kajian membuktikannya. Walaubagaimanapun suplemen Omega bukan rawatan utama dalam penyakit ADHD
  6. Kajian dibuat keatas pesakit Alzheimer. Dengan pengambilan suplemen Omega secara berterusan, daya ingatan dapat diperbaiki, kemurungan dikalangan pesakit Alzheimer dapat diatasi.
Wah...saya hanya mengambil Omega untuk langsingkan badan dan uruskan perut buncit saya (dah kempis selepas amik Omega Guard), rupanya banyak kesan baik lain yang Omega Guard beri pada saya dengan izin Allah.
 
Suplemen sebaiknya diambil seawal sebelum anda mengidap sebarang penyakit. Pun begitu, jika anda sudah mengidapnya, suplemen sangat membantu dalam mengurangkan simptom penyakit-penyakit tertentu dan sebagai tambahan untuk meningkatkan keberkesanan ubat yang di makan.
Sebagai seorang doktor, saya sentiasa menyarankan pesakit saya mengambil Omega sebagai makanan tambahan kerana kebaikannya memang terbukti.
 
Dan...saya pilih Omega Guard Shaklee kerana ia halal, berkesan dan diyakini.
Jika anda perlukan nasihat kesihatan dan produk Shaklee, sila hubungi saya
 
Dr Nurul 0187812078
Shaklee Independant Distributor
Id-1067080
Seri Manjung, Perak, Malaysia
Senyum

Tanda-Tanda Kiamat Besar Dah Semakin Hampir

Assalamualaikum
 
Ini kisah minggu lepas. Perbincangan masa usrah saya dan ahli usrah yang lain tentang Surah Taha. Jauh kami berbincang sampai mengenangkan keadaan dunia kita sekarang yang semakin hampir tiba ke penghujungnya.
 
Jika diperhatikan sekarang, banyak tanda-tanda yang menunjukkan dunia semakin tiba ke penghujungnya. Cuma menanti tanda-tanda kiamat besar yang sangat menggerunkan. Kata makcik, kita perhatikan dunia sekarang berputar dengan cepat. Masuk waktu Solat Subuh dah sebelum jam 6 pagi. Solat Maghrib pun masih cerah lagi. Antara tanda besar kedatangan hari kiamat bila Matahari dah tak terbit dari Timur, tetapi sebaliknya. Bila saat Matahari mula terbit dari Barat, saat tu taubat pun dah tak berguna lagi.
 
 
 
Kata makcik lagi, NASA menjalankan banyak kajian yang membuktikan Bumi sudah lari dari paksinya. Paksi Bumi dah makin condong. Sains juga membuktikannya, bahawa dunia ini makin sampai ke penghujungnya dan kita boleh lihat logiknya Matahari akan terbit dari Barat satu hari nanti.
 
Ya Allah...bayangkan pagi esok kita bangun, kita lihat Matahari terbit dari Barat. Ya Allah! Apa kita nak buat?! Waktu itu taubat dah tak diterima. Menangis, meratap bagaimanapun Allah tidak lagi akan melayannya. Kerana kita dah melepaskan peluang yang begitu lama Allah bagi. Hish...tak dapat dibayangkan. Mengikut sebahagian ulamak, apabila Matahari terbit dari Barat, waktu akan jadi panjang. Mungkin berbulan...bertahun...baru Kiamat akan muncul. Ya Allah...dah tak boleh bertaubat..apa ye nak buat waktu tu?!
 
Ilustari 
 
 
Gerunnya...setiap kali bangun, saya terus memandang Sang Matahari...takut..Ya Allah..takut sangat andai kita tak sempat bertaubat. Apa guna hidup didunia tapi pengakhirannya kita tak dapat bertemu Al Khalik dan Kekasihnya?
 
 
 
Ya Allah..ampunilah dosa kami Ya Allah...

Saturday, 1 November 2014

Omega Guard untuk Slim dan kempiskan perut buncit

Ini kisah saya dan Omega Guard Shaklee
 
Lepas bersalin anak ketiga, badan ni susah sikit nampak gayanya nak turun berat walaupun saya exclusive breastfeeding. Walaupun pada hakikatnya saya suka jika nampak 'tembam' sikit sebab semedang je 'underweight'.
 
Saya ambil Lecithin dan Alfalfa untuk membantu 'menyelimkan' badan saya. Sekaligus Alfalfa sangat bagus untuk ibu menyusu. Waktu tu saya masih dalam 'proses berkenalan' dengan Shaklee. Saya bergantung pada pamphplete yang saya dapat dari upline saya.
 
Saya teruskan penyusuan macam biasa, bertungku, pakai korset, tapi slow pulak nampak gayanya berat saya nak turun. Lagi panik bila jubah-jubah yang disarung semuanya jadi ketat, cukup-cukup mengikut tubuh. Baju kurung pun sama. Saya ni biasa pakai yang longgar-longgar, bila dah ketat semuanya tak selesa rasanya. Apalagi bila anak-anak menegur, "Kenapa perut ibu besar lagi lepas baby keluar? Ada baby lagi satu ke?". Aiyok! Signal sudah mari! I got to do something.
 
Maka bermulalah cerita saya dengan Omega Guard. Saya ambil 3 kapsul setiap hari selepas makan malam. Saya juga buat sit up 20 kali setiap malam dan cycling dengan exercise bike dirumah ni 20minit setiap hari. Marvellous! Kesannya memang cepatla saya rasa. Belum habis cuti berpantang, saya slim balik. Baju-baju yang ketat sebelum ni semua boleh pakai. 'Spare tyre' pun dah tak kelihatan lagi. Hehehe..sukenya rasa. Anak-anak pun pandai pulak menegur, "Ibu dah kurus balik, baru cantik". Kueng..kueng..kueng.. Suami saya? Sentiasa menyokong saya kuruskan sikit badan sebab dia tak suka saya pakai ketat-ketat, sebab Allah tak suka.
 
Bila saya dah amal Omega Guard ni, saya baru rasa nak recce pasal dia. Rupanya bagus untuk kurangkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam badan sebab Omega Guard kaya dengan Omega3. Sekaligus melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Terus saya order lagi Omega Guard dan hadiahkan kepada mak bapak saya. Suka betul mak dan bapak.
 
Kalau anda rasa anda nak cuba Omega Guard, PM la saya.
Dr Nurul 0187812078
Shaklee Independant Distributor
Id-1067080
Seri Manjung, Perak, Malaysia.

Bila Azna datang rumah

Assalamualaikum
 
Harini nak cerita pasal Azna datang rumah. Azna ni bestfriend saya dari Matrikulasi dulu. Dah 16 tahun berlalu, kami masih berkawan baik. BBF la katakan. Syok gila bila Azna datang rumah. Ye la..bertahun tak jumpa. Dia dok di Kemaman, saya di Seri Manjung ni. Ada 10 jam jugak nak sampai.
Kebetulan, abang si Azna ni tinggal di Kampar. Sekeluarga disitu. Jadi jalan-jalan hujung tahun, Azna ambil kesempatan mai jenguk saya. Hehehe..dia tak tahu yang Kampar-Manjung bukannya dekat sangat. Tapi dia pun tergedik nak jumpa saya. Nasib baikla saya kebetulan ambil cuti time tu.
Nak sambut BFF ni, excited sangat. Tak stress pun nak prepare pape. Tapi saya pun prepare yang sempoi aje. Low calorie, low sugar diet. Hahaha...Singge Ike Aye, Ikan Kerisi Goreng Kunyit+Bawang Putih, ulaman dan semestinya budu. Orang Kemaman turun Perak dapat lauk Pantai Timur. Hehehe...mudah..campak-campak aje....
 
Azna and Pawi (husband dia) and baby kecik je yang sampai. Yang lain tak mo ikut, letih dah berjalan di Cameron Highland. Alhamdulillah..dalam pukul 4 petang sampai. Lauk dah saya panaskan sesiap. Ala...mama anak 3 ni tak berubah! Tetap rupa macam time anak dara dulu. Tapi nampak kulit makin bersih dan lebih cerah. Hehehe...nasib baik dah biasa dengan Pawi, takle kekok. Terus saya suruh makan. Laporla kan...dah pukul 4 petang tak makan apa lagi.
 
Azna datang ni pun nak amik ESP Shaklee 3 canister. Bersempena promo ESP bulan Oktober 2014 ni, cepat-cepat dia grab 3 canister sekali. Peminat setia ni. Untuk menyusu badan dan cantikkan kulitkan...memangla kena amik ESP.
 
Sekejap aje, dah pukul 6. Terpaksala Azna n Pawi balik ke Kampar balik. Tak biasa jalan, takut nak berjalan malam. Sempat la kami ibu 3 anak ni pose dengan our youngest for now. Ihiks...
Tq Azna for coming. I really appreciate it. Haish..harapnya dapat jumpa lagi. Takdan nak gosip panjang. Terima kasih BFF.