Showing posts with label alfalfa. Show all posts
Showing posts with label alfalfa. Show all posts

Friday, 9 January 2015

Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum

Saya ibu kepada 3 orang anak. Dari anak sulung, sampai anak ketiga yang sekarang ni sudah setahun lebih, saya memang tegar dalam menyusukan anak. Saya bermula dengan zero, tiada pengetahuan tentang penyusuan ibu sehingga saya boleh membimbing orang lain pula untuk menjayakannya.

Walau apa pun petua baik untuk menjayakannya, saya pasti akan cuba. Asalkan si comel saya dapat susu badan yang mencukupi dan ibunya terus sihat bertenaga. Apa yang tak pernah saya cuba, asalkan dikatakan bermanfaat untuk kami berdua dan pastinya halal, saya pasti akan mencubanya.

Selepas melahirkan Nur Fathi Hanani, dalam tempoh berpantang tempoh hari, saya berkenalan dengan Shaklee. Saya tertarik dengan Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee. Antara suplemen yang terkandung dalam Set Menyusu ini ialah Alfalfa.

Asalnya, saya tak tahupun apa khasiat Alfalfa. Saya hanya ikut panduan makan Alfalfa dan minum air banyak untuk mengelakkan healing crisis dan meningkatkan kadar penyerapan vitamin-vitamin yang saya makan.

Sesuatu yang luar biasa tidak pernah saya alami sebelum ini, sejak amalkan Alfalfa dan Set Menyusu Shaklee, saya tidak mudah letih macam dulu. Apa taknya, siang hari waktu bekerja saya akan EBM 3 jam sekali di tempat kerja dan bila balik rumah, anak-anak saya semuanya jenis menyusu malam 2 jam sekali. Bayangkan kurangnya kualiti tidur saya. Bangun pagi badan terasa lesu. Sepanjang hari dan kitaran itu terus berulang dan adakalanya memberikan tekanan kepada kita.

Tapi, tidak lagi sejak amalkan Alfalfa. 5 biji Alfalfa waktu pagi selepas perah susu, dan 5 biji pula disebelah petang selepas sessi EBM petang, Alhamdulillah, badan saya rasa sangat segar dan bertenaga. Jarang sekali nak rasa lesu dan letih. Susu badan juga banyak dan pekat. Tidak lupa, saya juga mengambil ESP Shaklee bersama.

Selain itu, saya mula perasan yang saya juga kurang bersin dan gatal-gatal hidung seperti dulu. Badan saya juga jarang
lenguh-lenguh. Ketika itu barulah saya mula buat carian tentang Alfalfa. Wow!! Rupanya Alfalfa ni satu suplemen yang sangat hebat. Dah diamalkan oleh orang Cina dinegara China sejak turun temurun.

Alfalfa beri kesan detoks
Alfalfa sebagai 'milk booster'
Alfalfa kurangkan simptom resdung
Alfalfa kurangkan bau badan
Alfalfa sebagai anti kanser

Dan banyak lagi kebaikan Alfalfa. Saya sangat mencadangkan Alfalfa kepada anda.Jika anda berminat, boleh hubungi saya.

Nurul 0187812078
Facebook Nurul Huda Ariza
Email nurulhudaariza@yahoo.com

Saya Shaklee Independant Distributor
Seri Manjung, Perak, Malaysia

Friday, 21 November 2014

Kencing Manis:Tanda-Tanda dan Kawalan

Assalamualaikum semua
 
Jom harini kita belajar sedikit tentang Kencing Manis (Diabetes Mellitus).

Apa itu Kencing Manis?

Kencing Manis ialah penyakit metabolik yang berlaku apabila paras gula berlebihan dalam darah.
Ini berlaku kerana beberapa punca seperti:
 
1)Tiada atau kekurangan insulin yang dihasilkan oleh tubuh (pengangkut gula)
2)Insulin insensitivity
3)Kedua-duanya
 
Selain dari itu, kita juga perlu tahu bahawa Kencing Manis adalah penyakit warisan. Bagi sesiapa yang mempunyai ibu atau ayah pengidap Kencing Manis mereka berisiko lebih tinggi berbanding orang lain untuk mendapat Kencing Manis
.
Jika anda ingin tahu apakah berkemungkinan anda mengidap Kencing Manis, berikut adalah tanda-tanda penyakit Kencing Manis:
 
-kerap kencing walaupun tak minum banyak
-selalu rasa dahaga
-cepat letih dan lesu
-berat badan susut mendadak tanpa sebab
-luka lambat sembuh
-kebas kaki tangan
 
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas dan anda juga mempunyai sejarah keluarga yang kuat (mengidap Kencing Manis), sila berjumpa doktor untuk ujian terperinci dan pengesahan.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal Kencing Manis?
 
  • kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan
  • kurangkan pengambilan makanan yang tinggi Karbohidrat (karbohidrat ditukar kepada gula didalam badan) seperti nasi, roti, segala jenis ubi, lobak
  • kawal berat badan (berat badan ideal akan meningkatkan sensitiviti insulin) dalam erti kata lain, insulin dapat bekerja secara optimum untuk angkut gula dari darah ke dalam sel
  • ambil buah-buahan atau jus buah dengan kadar sederhana (tak boleh banyak)
  • makan dalam amaun yang sedikit-sederhana tetapi lebih kerap
  • elakkan makan terlalu banyak dan tidak teratur masa
  • mengambil ubat mengikut saranan doktor
  • mengambil makanan tambahan yang bersesuaian dan selamat untuk kencing manis

Apa peranan makanan tambahan/suplemen?
 
Disebabkan saya ni pengamal setia Shaklee dan saya yakin Shaklee adalah produk yang bagus dan selamat lagi halal, saya nak sarankan Sugar Control Set Shaklee + Add On ni..
 
1)VIVIX
Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular. Bagus untuk membantu pankreas (organ yang menghasilkan insulin)
 
2)GLA COMPLEX
Mengurangkan simptom kebas-kebas dan sebarang simptom berkaitan saraf
 
3)ZINC COMPLEX
Membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka
 
4)B-COMPLEX
Perlu untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga
 
5)VITA C 500mg
Mengukuhkan kapilari dan salur darah
 
6)ALFALFA COMPLEX
Membantu menstabilkan gula dalam darah
 
7)OSTEMATRIX
Membekalkan magnesium (tahap magnesium yang rendah menyumbang kepada masalah diabetes)
 
8)CAROTOMAX
Kesihatan mata
 
9)VITALEA
Imbangan mineral dan vitamin yang lengkap

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila hubungi saya untuk konsultansi
 
Dr Nurul
0187812078 (Whatsapp/Telegram/SMS)
Fb : Nurul Huda Ariza
Email : nurulhudaariza@gmail.com
Shaklee Independant Distributor 
Seri Manjung, Perak
Id : 1067080
p/s:Suplemen bukan pengganti ubat. Bagi penyakit yang memerlukan diagnosis dan rawatan lanjut, sila dapatkan nasihat doktor
 
SENYUM

Thursday, 4 September 2014

Lecithin Shaklee

Tentu ramai yang biasa dengar Lecithin Shaklee kan. Set Asas Slimming Shaklee terhangat dipasaran!

Saya pun makan Lecithin. Awalnya tak terfikir akan makan Lecithin, tapi bila lepas bersalin terasa terlebih sudah berat badan saya ni, saya pun add on Lecithin dengan harapan bila Lecithin+Alfalfa yang dah memang saya amalkan tu akan membantu saya untuk dapat balik bentuk badan saya yang asal. Idakla ketat sana sini bila pakai baju-baju yang muat sebelum mengandung.

Alhamdulillah, saya amalkan Lecithin+Alfalfa, memang berkesan. Baju tak ketat dah, perut tak buncit, bahagia rasanya. Tapi saya jugak jaga pemakanan dan buat sit up dan berbasikal (exercise bike dalam bilik je). Lebih cepat berat badan kembali ke berat ideal. :)

Saya sangat suka Lecithin. Itupun kerana kesannya yang best tu. Rupa-rupanya Lecithin ni lebih banyak manfaatnya! Bukan untuk pelangsingan sahaja.

1)Lecithin bantu tubuh kita serap vitamin larut lemak

2)Lecithin menghalang enapan lemak dihati, sirosis dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati

3)Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah

4)Lecithin membakar lemak dan memberi kesan pelangsingan

5)Lecithin mencantikkan otot dan kulit. Ia melembabkan dan menghaluskan kulit, melambatkan penuaan

6)Lecithin juga memperbaiki allergi

7)Lecithin menghalang kejadian batu karang yang jenis berlemak

8)Lecithin meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress

9)Lecithin juga membantu meringankan sembelit dengan melembutkan najis

Banyaknye manfaat Lecithin ni! Dalam tak sedar memang saya sedang menikmatinya. Hehehe... Saya sangat sarankan Lecithin untuk anda.

Lecithin Shaklee

1 botol RM52.50
Mengandungi 180 kapsul
Pengambilan 3-6 kapsul sehari

Anda patut cuba!
PM saya
0187812078
Fb : Nurul Huda Ariza

Senyum

Wednesday, 18 June 2014

Alfalfa:milk booster saya

Menyusukan Fathin Hanani, ibu nak segala-galanya optimum. Jumlah susu nak banyak, susu nak pekat, kesihatan ibu pun terjaga, tubuh tak letih. Sebab itu ibu ambil SHAKLEE.

SET MENYUSU OPTIMUM SHAKLEE

1)Vitalea
2)Vitamin Bcom
3)Vit C
4)Alfalfa
5)ESP
6)Ostematrix

Hari ni ibu nak cerita pasal alfalfa. Alfalfa ni ibu makan 10 biji sehari. Banyak ke? Taklah...khasiatnya memang best. 10 biji sehari ni bersamaan dengan segelas susu tau. Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim, dan fitokimia. Bila ibu mula ambil 10 biji alfalfa secara istiqomah, jelas ketara banyak susu ibu. Alhamdulillah.

Bukanke alfalfa sama dengan segelas susu? Cukupla minum susu je? Apa susah-susah makan 10 biji alfalfakan.. Hehehe..rahsianya....banyaknya manfaat Alfalfa ni...

-alfalfa ni makanan yg beralkali, boleh kembalinormalkan badan yang berasid, hilangkan toksin badan, bersihkan hati dan kolon, darah dan cantikkan kulit dan otot

-alfalfa membantu ibu melawan alahan, mengurangkan simptom resdung ibu

-alfalfa membaiki masalah kembung perut

-alfalfa menyingkirkan lemak dan kolesterol

-alfalfa melegakan keletihan

-alfalfa melegakan kesakitan akibat arthritis

Banyakkan kebaikkan alfalfa. Sebab itu ibu suka amalkannya. Susu ibu banyak, badan ibu pun sihat. Alhamdulillah.

Sebotol Alfalfa (L) 700biji
Jadi sebotol Alfalfa tahan hampir 3 bulan.
Harga sebotol Alfalfa hanya RM97.50

Murahkan. Untuk 3 bulan hanya perlu kurang dari RM100. Susu banyak, badan sihat.

JOM SUSU IBU

Pm saya
Nurul-0187812078
FB-Nurul Huda Ariza

#projekjutawan
#kayahartakayaiman

Senyum