Doktor mahu membebel lagi...
Makcik diusia lewat 50an, pengamal perubatan Islam, rajin berbekam, pil habbatus sauda pun diproses sendiri dirumah
Ditanya...Ya, ada sikit kencing manis, ada sikit darah tinggi tapi tak makan ubat, boleh kawal dengan suplemen sendiri. Buah avocado, gula stevia.
Haritu makcik pening dan berpusing kepalanya.
Bila diperiksa tekanan darah mak.ai..160/100mmhg
Gula pulak..YES.. belasan.angka. Padanlah makcik selalu letih dan lesu.
Kenapa ye doktor? Makcik makan beras Basmathi. Minum air dengan gula stevia, dah lama tak guna gula putih. Buat kuih manis pun asingkan, yang makcik punya guna stevia.
Makcik...nak.jaga gula dalam badan bukan berhenti makan atau kurangkan makan mende manis je. Tahukah makcik bahawa setiap makanan yang tinggi karbohidrat juga menyumbang kepada tingginya gula dalam darah sebab kanji ni bila kita makan ditukar kepada gula dalam badan.
Contohnya, carrot, ubi kentang..kan ramai orang suka makan...haaa..itupun dalam badan tukar jadi gula..
Iyeke Doktor?
Ya Allah..makcik ni suka sangatla buat air carrot...blend carrot pekat-pekat kemudian titikkan stevia. Susu pun tak bubuh. Hari hari makcik buat. Ubi kentang makcik suka ratah, konon nak ganti nasi.
Kan...nampaknya masih kurang ilmu ni. Mungkin salah kami di Kesihatan ni, tak cukup bagi maklumat.
Jom sama sama kita jaga kesihatan ye
Kesihatan Untuk Semua
#akudoktorbiasa
#ilovemyjob
No comments:
Post a Comment