Tuesday, 20 November 2018

Saya Budak Repeat

Budak Repeat
------------
Ye. Saya budak repeat. Masa undergraduate medical study dulu saya repeat tahun pertama. Masih ingat lagi hari senarai nama viva borderline keluar, I was 1 of them.

Sedih? Of course. Tapi perjuangan mesti diteruskan. Walaupun hati cemburu melihat sahabat yang lain rata-rata telah merasa yakin sekali bahawa mereka akan lulus, sudah mula berjalan kesana kemari. Ada yang ke Rantau Panjang, ada yang berkelah di pantai, ada yang ke Kota Bharu.

Maka bermulalah study group kami. Bebudak viva borderline. We just tried our best. Jika Allah kata rezekinya naik tahun 2, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, moga Allah beri kekuatan. Dan ada juga sahabat yang perihatin. Walaupun nama tidak tersenarai, sama sama membantu kami.

Ada juga sahabat yang prihatin, membelikan kami makan dan minum. Membawa balik buah tangan dari Rantau Panjang.

Siapa sangka..saya salah seorang yang terkandas. I cant follow my batch untuk naik Tahun 2. Dan saya menerima perkhabaran itu di bilik hotel di Pengkalan Chepa, disampaikan oleh sahabat baik saya melalui telefon. Maka berpisahlah kami untuk tahun berikutnya.

Ada beberapa nama yang sangat special dihati saya untuk saya tinggalkan. Itulah sedikit kepedihan yang dirasa. Namun hati sangat yakin, pasti banyak hikmahnya.

Ya. Saya budak repeat. Kami budak repeat. I know very well 2 batches doctors. Sekarang telah menjadi pakar itu ini. Bekerja diserata negeri di dalam Malaysia. Dan syukur, semuanya masih mengenali diri ini.

I never regret. Semakin terbuka hikmah hikmah tersembunyi. Saya juga tumpang bangga dengan kejayaan sahabat sahabat repeat saya. Kebanyakannya sudah bergelar pakar. As for me here, I choose to just stay here, living a simple life but meaningful. Saya hanya doktor biasa. :)

Dan bila saya kenangkan...kegagalan haritu hanyalah salah satu episod dalam kisah hidup saya. Dan ia tidak bermakna bahawa saya akan gagal selama-lamanya. Dan ia tidak bermakna bahawa saya tidak boleh menjadi lebih baik dari mereka yang tidak pernah mengerti apa itu gagal.

Adakalanya kegagalan buat kita lebih kuat dan berguna untuk orang lain. Kerana perasaannya hanya kita yang mengalami sahaja yang mengetahui.

Jadi sahabat...

Hidup ini singkat. Hanya terus terusanlah berusaha. Dan jangan ditinggal Allah dalam setiap usaha. Jika tiada hasil menurut sangkaan kita didunia ini, mudah mudahan ada hasil yang boleh dituai disana nanti.

InsyaAllah.

#akudoktorbiasa
#ilovemyjob

No comments:

Post a Comment