Tuesday, 20 November 2018

Kita Ibu

Kita ibu-ibu...

Dalam pada kita berhati-hati dari 'melukai' hati anak-anak, adakala terlepas juga marah, terlebih juga bebelan, ter'cuit' juga anggota badan.

Anak-anak diumur ini, cinta mereka hanya pada kita. Lihatlah mata mereka yang penuh dengan cinta apabila memandang kita. Namun ada juga masa cinta sepenuh hati ini kita khianati. Kita kurang sabar, kita lupa bahawa mereka hanya anak kecil, namun kita menuntut kefahaman mereka seperti orang dewasa.

Anak-anak sehingga 7 tahun, layanlah mereka umpama raja, turutilah kemahuan dan permintaan mereka selagi tidak berlebihan dan berkemampuan, sentiasalah ada untuk mereka apabila mereka memerlukan. Hatta sekecil-kecil membantu bukakan lampu tandas, teman mereka ke dapur, suapkan makanan dan banyak lagi. Semoga 'raja' ini membesar menjadi 'raja' yang mencintai kita, menuruti dan melayani kita sepenuh hati bila kita pula perlu dilayani kelak.

Anak-anak 7-14 tahun, jadikanlah mereka umpama tawanan. Hidup berperaturan. Sudah masanya mereka belajar tentang yang boleh dan yang tidak boleh. Namun teruskanlah berikan kasih sayang dan merdekaka lah mereka setelah teguh jatidiri dan kefahaman Islam mereka.

Masih, diumur mana sekalipun, anak -anak ini memerlukan 'charger' untuk bangkit. Bangkit menjadi anak soleh, anak yang baik, anak yang tidak bermasalah. Take your time to really have a chit chat with them. Take your time to really look into their eyes while they are talking. Take your time to be pleased by them.

Peluklah mereka sekerap mungkin, ungkaplah kata-kata sayang dan cinta, khabarkan pada mereka bahawa kita bersyukur dikurniakan anak-anak seperti mereka.

Allahu...

Ibu juga masih bertatih anak-anak. Masih dengan jenuh mendidik sabar, masih menangis ditengah malam menyesali tindakan ibu pada anak-anak.

Ibu akan berusaha anak-anak...memusing dan memalingkan seluruh tubuh dan memusatkan seluruh perhatian kepada anak-anak ibu. Meraikan setiap usaha baik didalam ketidaksempurnaan kalian selaku anak-anak kecil, menyatakan cinta ibu yang bersangatan ini lagi dan lagi.

Moga tidak berbekas dihati anak-anak, 'luka' tidak sengaja yang ibu palit. Moga anak-anak tersenyum rindu mengenang ibu saat kita berjauhan. Moga selamanya kita 'bersahabat baik'. Moga hingga ke syurga kasih sayang kita.
.
.
.
Muhasabah seorang ibu saat anak-anak kudus dan suci pejam lena, bagai ditampar pipi baru tersedar bahawa mereka hanya anak-anak kecil yang mendamba cinta dan perhatian ibu yang tidak berbelah bahagi.

😭😭😭

Ibu sayang anak-anak ibu..

Muhammad Faris Farhan
Nur Izzatul Husna
Nur Fathin Hanani
Muhammad Umar Fattah

#ibuanak4
#kisahibuanak
#muhammadumarfattah

My Pregnancy Story

Muhammad Faris Farhan
Lahir @ 37minggu
Berat lahir : 2.36kg

Nur Izzatul Husna
Lahir @ 40minggu
Berat lahir : 3.36kg

Nur Fathin Hanani
Lahir @ 40minggu
Berat lahir : 3.36kg

Muhammad Umar Fattah
Lahir @ 39minggu
Berat lahir : 2.93kg

Alhamdulillah semuanya normal delivery. Uneventful.

Teringat masa antenatal check up dengan seorang doktor kelakar dan suka bergurau ni, kawan-kawan kan..apa katanya..

"Haiya...tak boleh fikirla macam mana orang pendek ni boleh keluar baby 3.36kg bersalin biasa. Haiya.."

Berkali-kali dok ulang.

Kuasa Allah la. 😊 Memang inci hakak tak berapa cukup tapi Alhamdulillah. Izin Allah.

#ibuanak4
#berpantangharike20

Audit Solat

Assalamualaikum

Setiap pagi hari kerja antara pemandangan yang kita selalu nampak ialah manusia yang berpusu pusu, berlari lari anak, berjogging untuk kejar punch card/thumb print sebelum pukul 8 pagi.

Sebenarnya sedari rumah lagi kita sudah terkocoh kocoh, kelam kabut, sering mengintai jam. Bimbang jika terlewat bangun, takut lewat pula sampai tempat kerja.

Ada orang perlu keluar rumah seawal jam 6.30am. Ada orang jam 7.30am. Tidak kira siapa, kita semua sudah pasti sudah set masa kita untuk pastikan kita sampai tepat pada masa di tempat kerja.

Saya terasa. Saya juga begitu. Tapi kita tanya diri, adakah kita juga begitu dengan waktu solat? Berapa minit awal kita sudah mula siapkan diri untuk menunaikan solat?
Bimbangkah kita kalau kita terlewat, apalagi terlepas waktu solat?

Dan kita tanya Allah pula kenapa sempit hidup ini?

Yang membuat kerosakan dan berlaku zalim pada diri kita adalah kita sendiri.

Jom. Kita audit.

#ibrahdimanamana
#ilovemyjob
#sayadoktorbiasa

10 Tahun Bergelar Doktor

10 tahun bergelar Doktor.

Alhamdulillah...

Tak susah, tak senang..

Tapi banyak ibrah dapat saya kutip..
Banyak kisah suka dapat saya kongsi..
Banyak kisah duka yang boleh dipelajari.

Ramai orang baik yang saya jumpa,
Tak kurang ramai orang yang sentiasa menguji iman dan jiwa..

10 tahun di hospital yang sama..
Berakar tunjang gamaknya..

Housemanship 2 tahun

MO Surgical
MO Anaest
MO Outpatient Department
MO Kualiti

Belah orang pernah, bagi bius pernah, CPR pernah (macam orang lain x pernah..:p), yang paling best, mendengar cerita dan luahan pesakit di OPD yang kebanyakannya memberi keinsafan dan kesedaran pada saya.

Alhamdulillah Ya Allah. Pengalaman ini tidak ternilai. Semoga ada sedikit keberkatan sepanjang perjalanan ini.

Dan sekarang..
Permudahkan aku menjaga hospital tercinta ini, jadikanlah ia jalan untuk aku menujuMu.

Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat pada saya untuk terus berkhidmat.

Lebih-lebih lagi kepada keluarga tercinta.

Doktor Nurul.

#sayadoktorbiasa
#ilovemyjob
#ibrahdimanamana

Kereta Kancilku

Kancil
-----

Saya pergi kerja naik Kancil. Kancil saya yang dah berusia 16 tahun. Kancil saya yang berbakti dengan saya sejak Tahun 1 Sains Perubatan. Kancil yang dah banyak berkhidmat untuk ramai student USM Kubang Kerian.

Meter minyaknya dah lama tak naik, atau naik ikut suka hati. Hari ini dengan confidentnya pergi kerja. "Alah, ada tu minyak. Meter je tak naik."

Betul-betul dihadapan traffic light. Kancil saya rebel. Aku lapar kau tak kasik makan minum. Padan muka. Dail kesana kemari mencari talian hayat. Mujur ada sahabat.

Terpaksa buat muka selamba. Nak tolak kancil ke tepi tuan pun saiz kancil. Bantuan Allah tu ada je untuk kita. Sebuah lori berhenti seberang jalan sana. Sebuah kancil lain berhenti di traffic light.

Alhamdulillah

Kancil saya tidak lagi mengganggu jalan. Bantuan tiba, kancil diberi makan dan minum.

:)

Berpanas sedikit ditengah terik mentari buat saya fikir. Sanggupkah saya berpanas di'sana' nanti? Sudah rasa menggelegak didalam kepala, peluh memenuh, mengalir laju. Tak sanggup. Tapi ada masa perbuatan kita tak serupa bikin. Astaghfirullah.

Hati lega. Ramai lagi orang baik disekeliling kita. Tiada siapa yang menekan hon. Ramai juga yang memandang simpati, tapi masing-masing mengejar waktu. Mujur Allah hantar bantuanNya tak berapa lama. Tak sempat peluh diseka.

Sorry Kancil. Lain kali ibu bagi makan minum.kenyang-kenyang ye.

:p

#ibrahdimanamana
#sayadoktorbiasa
#ilovemyjob

Ubat Kencing Manis Rosakkan Buah Pinggang?

Gula puasa 13.7

Tinggi ke tinggi?

2 tahun tinggal ubat kencing manis. Badan makin slim (slim yang tak kelihatan sihat).

"Takmaulah makan ubat doktor. Takut rosak buah pinggang. Bla..bla..bla...."

Saya tunjuk keputusan darahnya.

"Buah pinggang dah rosak pun akak."

Frust...

Bukan sekali dua pujuk pesakit. Berkali kali. Siap carta dan gambarajah.

Maafkan saya. Setakat ini sahaja kemampuan saya. Hidayah itu milik Allah.

#ibrahdimanamana
#ilovemyjob
#sayadoktorbiasa

Dialog-Dialog Kantoi

Antara dialog-dialog kantoi

"Kak, ayah akak ni perlu makan ubat..bla..bla..bla"

"Ini suami saya doktor."
.......................................................................
.
"Bila due?" Sambil muncung mulut ke arah perut

"Saya tak mengandung. Baju besar kot."
...................................................................

"Anak makcik ni suka makan luar ye." (Dah besar panjang pun mak nak cakapkan)

"Ini suami saya doktor."

Uhuks. Maafkan saya.

:p

#ilovemyjob
#sayadoktorbiasa