Tuesday, 31 December 2013

Dunia Vitamin

Assalamualaikum.
Sekarang sudah masuk tahun 2014. Banyak sangat yang telah saya lalui dengan SHAKLEE. Bukan sahaja manfaat kesihatan, tetapi bonus bulanan dan yang paling penting saya bertemu dengan sahabat2 yang hebat, yang sentiasa positif dan sentiasa mendorong saya untuk lebih maju dan maju.

Kesihatan dan kesejahteraan badan ini anugerah Allah. Kita selaku hamba perlu berusaha untuk mendapatkannya. Samada mempertahankannya atau meningkatkannya. Sehari-hari sebaik2 amalan adalan senaman dan pemakanan cara sunnah yakni ambil makanan yang halal lagi toyyib.

Saya bukan cakap kosong dengan SHAKLEE. SHAKLEE buat saya ingin katakan pada dunia, 'Look, this is the new me!'. Walaupun dunia mungkin tak perasankannya tetapi terasa sekali SHAKLEE memberi perubahan kepada saya, luar dan dalam.

Tiada lagi lenguh2 badan, tiada lagi keletihan melampau dihujung hari bekerja, sakit ditumit setiap kali bangun tidur pun semakin berkurang, mudah untuk membuang dan yang paling best bila ada orang menegur 'Kulit Kakyong macam pearl, licin..clear je'. Wow!!! Yang ni memang saya tak sangka..kalau betul macam mutiara pun, mutiara yang hitam kelabu tu kot...hehehe...cumanya, penilaian orang sebegitu lebih meyakinkan saya..Ya...SHAKLEE memberikan hasil ini padaku. Alhamdulillah.

Sekali lagi, kesihatan dan kesejahteraan tubuh milik dan ketentuan Allah. Terima kasih Allah pertemukan aku dengan SHAKLEE. Produk hasil dari alam semulajadi, bersih, lagi halal. Bertindak lembut pada tubuh badan ini.

Selfish saya rasa diri ini jika hanya saya saja yang merasa kebaikan SHAKLEE, jika hanya saya saja yang dapat menikmati ganjaran2 bonus dari SHAKLEE, jika hanya saya yang dapat berkenalan dengan mereka2 yang hebat. Jom sahabat, kawan, makcik, pakcik, adik, kakak, sertai SHAKLEE bersama saya. Kita bina semua empayar, yang boleh diwarisi oleh anak cucu kita nanti. InsyaAllah

Dengan SHAKLEE, badan sihat, duit bertambah, senang hati. InsyaAllah. Bukan senang nak senang.

Allah merancang, kita merancang dan sesunggunya perancangan Allah yang paling hebat.

Sekadar usaha kecil untuk membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.

JOM SHAKLEE DENGAN SAYA!
Hubungi saya di 0196354563/0187812078

Tahun Baru

Assalamualaikum
Hari ini bermula tahun baru 2014
Masing-masing memasang azam baru itu dan ini.

Azamku tetap sama, ingin terus mencari mardhotillah.

Tercapai mardhotillah, tercapailah yang lain InsyaAllah.

Sedar tak sedar sudah lebih sebulan lembaran catatan baru telah kita buka, dan sudah lebih sebulanla segala amal baik dan jahat kita dicatat. Adakah timbangannya berat kepada kebaikan atau sebaliknya?

Sahabat2ku sayang,
Berazamlah kita sama2 untuk memperbaiki diri,
Memperbaiki diri menjadi yang lebih Allah cintai,
Bila dicintai kita tak perlu gusar lagi,
Kerana Sang Pencinta sentiasa ada disisi.

Sahabat2ku sayang,
Andai dulu tidak cukup solatmu 5 waktu sehari semalam, berazamlah untuk mencukupkannya walau kau terpaksa berpayahan kerana ianya kewajipan

Andai solatmu sudah lengkap 5 waktu sehari semalam, gandakanlah pahala ibadahmu dengan solat2 sunat kerana ia akan menampung kekurangan pada solat fardhumu

Andai dulu tak pernah sekali kau berdiri dimalam hari untuk mengadap Ilahi, cubalah untuk lakukannya kerana kau akan mengerti, betapa indahnya bersunyi2 denganNya di malam hari

Andai belum kau menutup auratmu sesempurnanya, berazamlah dan terus lakukannya kerana itu kewajipan dan kau pasti akan lebih dipandang mulia disisiNYA

Andai hari2mu selalu bermasam muka, senyumlah kerana senyum itu sedeqah dan bisa menjadi virus merebak ke serata dunia, semoga hari2mu lebih ceria

Andai dulu kurang sekali kau menjenguk kelas-kelas agama, lakukannya sekarang kerana ia adalah taman2 syurga dunia. Padanya terdapat seribu barokah dan kau akan lebih mengenalNYA

Marilah kita 'lompat' ke dalam 'sungai' perjuangan ini. Kerana jika kita pasti ada yang lain yang akan memikul tanggungjawab ini, maka jadilah kita mereka2 yang rugi, yang esok2 akan ditanya Allah, maka tergagap2lah kita menjawabnya. Nauzubillah.

Akhir kalam, ketahuilah sahabat..kunyatakan ini hanya semata kerana cinta. Bukan mahu mendabik dada, kerana akulah hamba sehina-hina, yang sentiasa mengharap petunjuk dariNYA

SELAMAT TAHUN BARU

Monday, 30 September 2013

Resepi singgang ikan tongkol kelantan

http://linapg.blogspot.com/2013/04/singgang-ikan-tongkol-malaysian-food.html?m=1

Fiqh Wanita

Fatwa – Fatwa Yang Berkaitan Dengan Darah Wanita ( bag 7)
April 24, 2013
Darah Nifas yang Berubah Warna

Fadhilatusy Syaikh ditanya tentang seorang wanita yang mendapati darah nifasnya keluar selama dua pekan, setelah itu darahnya berubah secara bertahap hingga berbentuk lendir cenderung berwarna kuning dan terus berlanjut hingga genap 40 hari. Apakah berlaku padanya hukum nifas selama masa perubahan warna tersebut?

Beliau menjawab:

Cairan kuning atau cairan yang seperti lendir selama belum tampak padanya kesucian yang jelas, maka hukumnya mengikuti hukum darah (hifas), tidak dihukumi suci kecuali sudah benar-benar bersih dari cairan tersebut. Jika dia telah suci dan benar-benar bersih dari cairan tersebut maka wajib baginya untuk mandi dan melaksanakan shalat walaupun belum genap 40 hari. Adapun yang disangka oleh sebagian wanita bahwa seorang wanita harus menunggu sampai genap 40 hari walaupun sudah bersih sebelum hitungan tersebut, maka ini adalah prasangka yang keliru dan tidak benar. Bahkan kapan saja seorang yang nifas mengalami suci walaupun baru 10 hari wajib baginya untuk shalat dan boleh baginya untuk melakukan apa saja yang dibolehkan bagi wanita yang dalam masa suci termasuk jima’.

Hukum Shalat Wanita yang Keguguran pada Usia 3 Bulan Kandungannya

Fadhilatusy Syaikh ditanya tentang seorang wanita yang mengalami keguguran pada usia 3 bulan kandungannya. Apakah dia tetap shalat atau harus meninggalkannya?

Beliau menjawab:

Yang dikenal di sisi para ulama, jika wanita mengalami keguguran pada usia 3 bulan maka dia tidak melaksanakan shalat, karena yang gugur dari kandungannya sudah berupa janin yang telah jelas padanya bentuk manusia, sehingga darah myang keluar darinya merupakan darah nifas yang menghalanginya dari pelaksanaan shalat.

Para ulama menyatakan: Dan sangat mungkin bentuk manusia itu begitu jelas jika sudah genap 81 hari usia kehamilan, dan hitungan ini kurang dari 3 bulan. Jika dia yakin bahwa janinnya gugur pada usia 3 bulan, maka darah yang keluar darinya darah nifas. Adapun jika usia kehamilannya sebelum 80 hari, maka darah yang keluar darinya dihukumi darah fasad (isthihadah), sehingga dia tidak boleh meninggalkan shalat hanya karena keluarnya darah tersebut.

Maka wajib baginya untuk mengingat-ingat, jika kegugurannya sebelum 80 hari usia kehamilannya dia mengqadha shalat (yang dia tinggalkan), jika dia tidak ingat berapa kali shalat yang dia tinggalkan maka dia perkirakan kemungkinan yang paling besar jumlah shalat yang dia tinggalkan kemudian dia mengqadhanya.

Hukum Darah Setelah Keguguran

Fadhilatusy Syaikh ditanya tentang hukum darah yang keluar setelah keguguran?

Beliau menjawab:

Jika janin keluar, maka darah keluar mengikuti keluarnya janin tersebut. Jika telah nampak bentuk manusia pada janin tersebut, tampak tangan, kaki dan anggota badan lainnya, maka darah yang keluar adalah darah nifas sehingga dia tidak boleh shalat dan puasa sampai suci dari darah tersebut. Jika belum nampak bentuk manusia maka darahnya bukan darah nifas, sehingga dia tetap shalat dan puasa kecuali pada hari-hari yang biasanya dia mengalami haid. Sehingga pada hari-hari tersebut dia tidak melaksanakan shalat dan puasa sampai berakhir masa kebiasaan haidnya.

Airmata Rasulullah

AIRMATA RASULULLAH SAW
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.                            Ya اَللّهُ :
✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya, dan
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka
Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-MU.m
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
Usaha kirimkan semula agar kita sentiasa saling mendoakan.

Sahabat

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Sahabat2ku sekalian bacalah sejenak..

Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..

Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Ya Allah

Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.

Sunday, 29 September 2013

Hati


Carilah hatimu di tiga tempat..
 
1-Cari hatimu sewaktu membaca Al-Quran.
2-Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
3-Jika tidak kau temui,juga carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati.
 
Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, mintalah hati yang baru karena hakikatnya pada saat itu kau tidak lagi mempunyai hati."
(Imam Al Ghazali)
 
 

Tuesday, 9 July 2013

Rintihan

Sunyinya rasa saat ni. Bila semua dah pejamkan mata tapi diri sendiri masih x mampu untuk lelap. Macam2 perasaan dan fikiran datang dalam minda. Terasa tak diperlukan.... Terasa diri ini tak penting untuk sesiapa. Tertanya2 kiranya sesuatu terjadi, adakah insan2 yg akn terkesan? Lebih selesa mengutuk diri sendiri. Yes! Aku hanya insan biasa, x punya apa2, tiada sebarang kelebihan atau keistimewaan, kurang berkorban, x layak untuk disayangi, dibelai, dimanja, ditatang. Penuh kekurangan yang buat manusia jelik dan bosan denganku. Pasti tiada yang sedar jika aku lenyap begitu sahaja. Hanya Allah buatku bertabah. Yang kurasakan satu-satuNya yang tak pernah tinggalkan aku. Yang sentiasa buat aku rasa disayangi tatkala kurasa dunia x perlukan aku. Yang sentiasa menemani aku disaat aku sunyi. Yang tak pernah mengungkit kelemahan diri ini. Terima kasih Allah. Taktaula macam mana aku nak teruskan hidup tanpaMu. Kasih sayang hambaMu aku damba tapi aku kecewa. Cukupla Kau melengkapkan segala kesunyian. Cukupla Kau temani aku wahai Allah. Jangan tinggalkan aku, jangan abaikan aku Allah kerana aku tiada siapa selainMu, yang tak pernah jemu mencurahkan kasih sayang padaku. Terima kasih Allah.

Thursday, 18 April 2013

Perancangan

Ntah nak mula dari mana. Hari ini cuti Keputeraan Sultan Perak. Kebetulan jatuh hari Jumaat. Sepatutnya kita amik peluangla gandakan ibadat sunat hari ini, takde alasan sibuk bekerja. Tapi cik abang dah sambung balik tido ni, budak2 masih tak bangun. Aku dok mengadap facebook tengok info pilihanraya. Semalam rasa sangat sedih ( aku tak sangka aku akan rasa begitu sedih ). Terjumpa kak lin anaest tengah jalan on the way balik, rupa2 nya pengarah dah offer hafizah anaest turunke blood bank since kononnya hafizah tu nak buat master in pathology. Terus hati rasa sangat kecewa, aor mata bergenang (nasib baik kak lin tak perasan), dan rasa takde mood sangat. Termenung sekejap dalam kereta sambil nangis. So inilah jawapannya. Inilah petunjuknya. Apa lagi yg boleh aku ckp melainkan redha. Dah tentu kita merancang, DIA merancang dan kita jangan lupa sebaik2 perancang adalah Allah. Hikmah pasti ada. Walaupun hati sangat rasa nak keluar dari OPD tu, tapi jln tu dah tertutup terus. I have to stay still in OPD. I need to renew,refresh my iman. Aku kene sentiasa perbaharui dan perbetulkan niat aku bekerja. Supaya ia jadi ibadah dan keseronokan bagiku. Jauh disudut hati, macam-macam perancangan yang aku rancang tapi belum satu pun aku mulakan. Sekadar berangan2, kosong sambil masa terus berlalu pergi. Impian untuk jadi penulis masih tak kesampaian. Begitu jugak impian untuk berdakwah melalui blog. 1 minggu 1 buku masih belum terlaksana. Entah kenapa sangat liat untuk membaca buku skrg, walaupun yg berunsurkan agama yang sebenarnya sangat aku minat. Aku kena mulakan sekarang!! Sikap bertangguh dah sebati dalam diri. Itulah puncanya!! Memaksa diri untuk buat benda baik pasti xkan membinasakan. Kita yg banyak sangat alasan. Ayuh Nurul!!!! Its never too late!! Inn shaa Allah!!

Saturday, 13 April 2013

Menulis

Seperti yang aku dah luahkan di FB, niat dan keinginan begitu tinggi untuk jadi penulis. Menulis perkara2 yang boleh menjadi contoh teladan kepada pembaca. Menulis sesuatu yang dapat dikongsi dengan orang lain. Menulis sambil me'release'kan tension. Tapi begitulah setiap kali hasil penulisanku tak pernah yang selesai sebab sentiasa terbelenggu dalam belenggu 'perfectionist' , mengharap agar dapat menulis sesuatu yang perfect sedangkan yang menilai perfect atau tidak hanyalah diri sendiri yang amat cetek dengan pengetahuan penulisan ni. Mencari tips untuk menulis antara nasihat yang sangat terkesan di hati bila sepatutnya kita menulis tanpa henti, bukan sekali sekala. Dengan itu bakat sendiri boleh di asah. Penting juga untuk kita banyakkan membaca. Impian aku pada suatu hari nanti aku dapat hasilkan novel2 Islamik hebat seperti habiburrahman, fatimah syarha n hilal asyraf. Amin

Saturday, 9 February 2013

Syukur

Syukur Alhamdulillah. Sepatutnya setiap detik aku lafazkan kata-kata ni. Tak terkira banyaknya pemberian Allah padaku. Syukur kerana hari ini ku celikkan mata lagi. Syukur kerana hari ini aku bisa bernafas lagi. Syukur kerana hari ini aku masih dikelilingi mereka yang ku sayangi. Selalu saja terlupa untuk mengucapkan syukur bila berjalan aku tanpa jatuh, bicara aku tanpa herot bibir ini, melihat aku tanpa kabur, mendengar aku jelas sekali, bernafas aku tak tersekat-sekat. Alhamdulillah Ya Allah.

Friday, 1 February 2013

Rintihan Hamba

Ya Allah. Maha Pemurahnya Engkau. Aku tak dapat bayangkan kalau Kau tidak memiliki semua itu. Kenapa Kau tak pernah jemu mengasihi kami Ya Allah? Kenapa tak berhenti nikmatMu pada kami Ya Allah? Sedangkan kami hambaMu yang jahat. Tidak taat! Selalu tidak ingat padaMu. Selalu lupa untuk berterima kasih padaMu. Selfishnya kami Ya Allah. KurniaanMu semua kami nak bolot tapi bukan berlari, merangkak padaMu pun jarang sekali.

Ya Allah. Apa akan jadi padaku jika tanpa rahmatMu? Belas ihsanMu? Kerana aku bukan hamba yang selayaknya untuk berada dekat denganMu. Malamku nyenyak dibuai mimpi. Siangku leka mengejar dunia. Kalau Kau berkira Ya Allah, pasti binasalah aku hamba yang lupa ini! Tapi Maha Suci Engkau dari segala kekurangan.

Ya Allah. Jangan Kau jemu denganku. Aku selalu lupa Ya Allah tapi sesungguhnya aku ingin dekat denganMu. Sering kali terlajak juga aku melakukan dosa, dan setiap kali itu aku merasa sangat kecewa dengan diri hina ini. Kenapa tidak teguh iman ini Ya Allah? Mudahnya aku ditipu syaitan. Selalu aku biarkan ia menang, ketawa kepuasan. Dan aku, makin jauh dariMu.

Ya Allah. Tak mampu aku untuk menyatakan harapan kerana betapa tak layaknya aku. Malu aku untuk mengaku cinta sedangkan jauh sekali aku berusaha mendapatkan cintaMu. Jauh sekali untuk aku bermimpi menjadi yang terhampir denganMu. Tapi Ya Allah, semuanya ada dilubuk hati ini. Bercinta dengan angan-angan, aku sering tewas. Tapi Kau tak pernah letih Ya Allah. Berkali-kali aku jauh dariMu dan berkali-kali jualah Kau mengingatkan aku.

Ya Allah. Imanku terumbang-ambing. Malam ini aku rindu padaMu. Esok aku lupa kembali. Bila senang aku ketawa alpa, bila susah aku terminta-minta. Ku harap ada sedikit nilai air mata ini disisiMu Ya Allah. Bukan lakonan semata tapi aku...hanya Kau yang menilainya Ya Allah. Walau seribu kali aku hanyut, berkali-kali juga aku kembali, tetapkanlah aku dalam mencintaiMu Ya Allah. Tiada yang kuharapkan selain rahmat dan keampunanMu. Matikanlah aku dalam keimanan kepadaMu. Berilah kesudahan yang baik untukku Ya Allah.

Ampunkan aku Ya Allah. Terimalah taubat hambaMu ini Ya Allah. Ampunkanlah aku Ya Allah.....


Thursday, 31 January 2013

Info Sihat


 


OBESITI

Hari ni Dr Nurul nak cerita sikit tentang obesiti. Apa itu obesiti? Siapa yang dikatakan obesiti? Kenapa kita bimbangkan sangat obesiti ni? Apasal doktor-doktor sibuk dok suruh pesakit turunkan berat badan? Bukan untuk nampak cantik semata. Yang paling penting adalah nak sihat. Semu kena sedar yang obesiti membawa banyak bahana dan bahaya.



Siapa tak suka tengok budak-budak 'gebu' macam ni. Doktor pun sangatla geramnya. Tapi disudut hati dah terfikir komplikasi-komplikasi yang akan adik comel ni hadapi. So ibu ayah di luar sana, dari kecik pun kita mesti jaga pemakanan anak-anak. Bukan nak bagi dia gemuk apatah lagi obese dan jadi kegeraman ramai. Tapi nak dia sihat. Sihat sekarang belum tentu sihat masa depan.


Siapa obese? Haa....cek diri sendiri. Bukan untuk menuding fizikal anda tapi doktor nak anda sihat minda, sihat tubuh badan. Anda obese jika:

  • Berat badan anda 2 kali lebih berat dari berat badan ideal
  • Berat badan anda lebih 45kg atau lebih dari berat badan sepatutnya
  • Indeks Jisim Badan (BMI) lebih 40 atau 35. (nanti doktor ajar cara kira ye)

 
 
Gambar ni bukan saja-saja diletak. Nak bagitau pada semua, terlalu kurus atau terlalu gemuk semuanya tak baik. Bersesuaianla dengan konsep wasatiah yang Rasulullah ajar kita kan. Siapa yang kenal doktor mesti tersenyum. Anyway, doktor sekarang dah tak termasuk dalam kategori underweight ye. Itu zaman bujang-bujang dulu.

Apa itu BMI?

  • formula untuk menilai berat badan berbanding ketinggian
  • formulanya- Berat (kg) / (Tinggi(m)xTinggi(m)) = kg/ m2 (kuasa dua ye)
Dah kira BMI tengoklah samada anda ni dalam kumpulan berat badan ideal atau sebaliknya ye.




Haa...doktor letak besar-besar ni biar semua orang senang nampak dan buatlah apa yang perlu untuk capai apa yang sepatutnya ye.

Apa risikonya jika obese? Kenapala doktor sibuk-sibuk sangat ye? Ini antara risiko-risiko yang anda kena set mind untuk tanggung kalau degil jugak nak jadi obese. Jangan marah. :)


Macam mana nak jaga pemakanan?
Ikutlah piramid makanan. Bukan untuk orang obese aje. Sesiapa jugak.


Agak berpinar mata ek sebab copy paste. Kalau tak jelas bukak aje dalam internet. :)  Lagi satu yang teramat penting adalah exercise. Tak payah buat exercise yang beria-ria. Yang sempoi-sempoi cukup janji istiqomah. Kan itu Rasulullah ajar jugak. Amalan yang baik adalah yang sikit tapi berterusan. termasuklah senaman ni. Contoh aktiviti senaman yang kita semua sama-sama boleh buat:

Ini semua contoh saja tau. Peringatan untuk yang obese atau overweight, senaman yang paling baik adalah non-weight bearing exercise macam swimming, cycling sebab berat badan anda akan menyebabkan lutut anda terutamanyalah kehausan kalau buat senaman yang perlu ampu berat badan. Bila berat badan dah berkurang barulah boleh banyakkan berjalan kaki. Senaman ni bukan untuk obesiti saje. Tapi banyak kebaikannya. Antaranya:

  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain
Emm...jadilah dulu serba sedikit pasal obesiti ye. Banyak lagi maklumat yang doktor nak kongsi di sini. Tunggu...step by step ye. Maklumat ni banyaknya doktor ringkaskan supaya mudah difaham, tidal terlalu detail. Hanya mengharap ianya bagi sedikit kesedaran pada masyarakat. Itu tugas saya, Doktor Muslim.



Sabar

Sabar. Memang tepat benar ia separuh daripada iman. Sabar buat kita redha dengan setiap ketentuan. Sabar buat kita lalui kehidupan hari-hari dengan penuh ketenangan. Ini pengalaman aku hari ini. Pagi-pagi dah diuji dengan kerenah anak-anak. Si abang dengan macam-macam permintaan sebelum masuk toilet untuk mandi pagi. Husna pulak dah bersiap, sempat 'melabur' habuan untuk ibu. Sebelum naik kereta berkejar dengan Husna, terpaksa didukung untuk masuk kereta. Tapi Alhamdulillah. Semuanya aku hadapi dengan senyuman. Mungkin berkat 'baby' ibu di dalam perut ni, mengandung kali ni ibu lebih penyabar. Alhamdulillah sepanjang perjalanan walaupun terdetik juga rasa bimbang lewat sampai ke office, Al Ma'thurat tetap dapat kuhabiskan. Tiba dihospital waktu hampir 8 pagi. Ku lihat ramai yang kelam kabut untuk ke punch card. Takpela. Semoga Allah permudahkan urusan ku. Seperti biasa siapa datang lewat jauhla parkingnya. Tapi hari ini luar biasa untukku. Sebaik aku lintas parking paling hadapan, kebetulan ada kereta nak keluar dan tiada kereta lain disitu. Alhamdulillah. Terasa besar rahmat Allah. Aku tak perlu berjalan jauh apa lagi bergegas ke tempat punch card. Terima kasih Allah. Aku tersenyum kerana terlintas senyuman sewaktu melayan kerenah anak-anak tadi, dapat balasan baik dari Allah. In shaa Allah. Aku akan terus belajar menjadi lebih bersabar sebab langsung tak rugi apa-apa pun orang yang bersabar ni.

Wednesday, 30 January 2013

Permulaan Baru

Tahun ini ku harap menjadi permulaan baru untuk aku. Permulaan dalam pencarian dan penambahan ilmu. Permulaan dalam perkongsian ilmu. permulaan dalam menjadikan diri lebih dekat dengan sang pencipta melalui penulisan. Lihatlah pada apa yang disampaikan. Jangan lihat pada diri yang penuh kekurangan ini kerana kamu akan kecewa.