Sunday, 6 April 2014

Falsafah atau falsampah?

Assalamualaikum

Pagi-pagi ni agak kekeringan idea. Tapi terfikir pulak nak mengutuk diri sendiri. Eh, tak baiklah. Kena positif. Hehehe

Hidup kita ni penuh dugaan, penuh cabaran. Memang Allah jadikan hidup kita begitu untuk menguji siapa yang paling beriman. Sedari dalam kandungan saat roh ditiupkan, bermulalah kehidupan kita sebagai hamba, dan bermulalah tuntutan Allah pada janji-janji kita suatu masa dahulu.

Falsafah atau falsampah?

Hidup kita, aturan kita dengan izin Allah. Kita pilih, mahu berjaya atau sebaliknya, mahu syurga atau neraka. Kita pilih, mahu suka atau duka. Kita pilih untuk berusaha atau duduk saja.

Hari-hari kita menulis peta di minda. Hari ini mahu buat apa? Beli apa? Pergi mana? Nak makan apa? Ada tak kita bertanya, nak sedekah berapa? Nak zikir apa? Nak solat dhuha pukul berapa? Nak hafal berapa surah?

Semuanya berkisar tentang kehendak kita, kehendak fizikal kita. Tapi kehendak roh kita ketepikan walhal itulah keutamaannya. Roh yang sihat akan melahirkan diri yang sihat, sihat fizikal, sihat rohani.

Falsafah atau falsampah?

Kenapa saya bilang begini? Kerana kita biasanya hebat dalam merancang tetapi kita gagal melaksana. Maka, falsafah tinggal falsampah. Kita hari ini masih ditakuk ini, masih kita 10 tahun yang dulu? Masih hanya menghafal 3 qul, masih tunduk bangun solat tanpa kenal pencipta, masih membaba Al Quran tanpa mengambil pelajaran dengannya.

Lalu kita masih mahu bertanya? Mengapa umat Islam dihina? Mengapa Islam sentiasa dibawah? Siapa? Silap siapa?!!! Jawablah sendiri.

Falsafah atau falsampah?

Hanya kita yang tahu dan hanya kita yang mampu mengubahnya.

Dengan izin Allah

No comments:

Post a Comment