Assalamualaikum
Setiap hari aku selalu diperantaraan ini. Dah tentu untuk berjaya aku perlu terus berjuang. Tapi adakalanya aku ter'berhenti' di persimpangan 'atau' kerana 1001 masalah dek kerana negativiti dalam diri.
Mengalah? Tidak sekali. Kenapa aku mesti mengalah? Kerana apa aku mesti teruskan perjuangan ini? Mengalah tidak merugikan sesiapa, hanyalah aku. Jika aku mengalah, aku akan terpaksa melihat orang lain semakin maju dan maju, meninggalkan aku terpinga-pinga dibelakang. Jika aku mengalah, bukan mukmin sejati namanya. Kerana sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah mereka yang sentiasa berjuang mengejar kejayaan.
Lalu aku bertanya pada diri. Nurul, kejayaan bagaimana yang kau mahukan? Mahu berjaya didunia dan kau lepaskan akhirat? Mahu berjaya material tetapi roh sunyi sepi? Perjuangan bagaimanakah yang aku harus pilih untuk dilalui?
Apakah garis panduan ku? Bagaimana untukku berjaya cemerlang didunia dan diakhirat? Disisi manusia dan lebih2 lagi disisi Allah? Perjuangan yang bagaimana?
"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahnyangnya. Dan yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta. Dan mereka yang menjaga kehormatannya." (Al-Mukminun 1-5)
Formulanya sudah ada. Aku perlu fokus, mengejar dunia dan akhirat sekali gus. Makanya aku ambil keputusan untuk terus berjuang. Kerana orang mukmin kental berjuang. Tetap terus berjuang walau penuh mehnah dan tribulasi. Kerana disitu ada nilai disisi Yang Maha Kuasa.
Ya...mengalah bukan pilihan yang bijak. Walau sekellilingku adakalanya mengendurkan semangatku, namun demi menjadi sebaik-baik hamba, aku akan terus berjuang.
Berkatilah hambaMu ini Ya Allah
Amin
No comments:
Post a Comment