Assalamualaikum
Tinggal 6 minit sebelum 2 April 2014. Janji tetap janji. Saya mesti siapkan 1 entry untuk hari ini.
Hari ini usrah berbincang tentang 27 ayat terakhir surah Al Kahfi. Menceritakan tentang Dzulkarnain dan Yakjuj Makjuj. Telah diceritakan dalam Al Quran kewujudan suatu kaum mungkin, yang merosakkan muka bumi Allah. Sehingga kini terlalu banyak kita dengar tentang teori siapa Yakjuj Makjuj ini. Saya biarkan anda berfikir mencari siapakah mereka.
Antara pengajaran yang terkesan dihati saya bahawa Allah menyebut ada segolongan hambaNya yang sia-sia perbuatannya sedangkan disangka dia telah lakukan yang terbaik. Mungkinkah kita pun termasuk dalam golongan ini. Contoh mudah segolongan yang mencari sumber rezeki dengan cara tidak syariat lalu membuat sedekah dan kebajikan dengan wang itu. Disangka dia telah melakukan sebaik2 kebaikan, namun disisi Allah tiada nilainya. Nauzubillah
Jam sudah genap 12..saya perlu berhenti
Salam
No comments:
Post a Comment