Monday, 31 March 2014

Resume Untuk Allah

Assalamualaikum

Hari ini saya banyak berfikir. Berfikir tentang masa yang dah berlalu, berfikir tentang masa hadapan yang belum pasti. Teringat jika amalan-amalan yang telah lalu tidak diterima, apa yang akan saya bawa untuk dipersembahkan pada Allah nanti.

Usai solat Zohor tadi, saya termenung sejenak. Mengenangkan amal yang sedikit tapi sangat berkehendakkan kasih sayang dan syurga Allah. Mengenangkan kemungkinan kita 'pulang' dengan tangan kosong mengadap Sang Pencipta. Alangkah malu dan kecewanya.

Saya cuba membayangkan jika saya isi resume untuk bekerja dengan kerajaan Allah. Mengeluh sendiri..kerana saya lebih mengenali diri ini dari yang lain, kecuali Dia, Sang Pencipta. Bergetar perasaan didalam diri ini kerana takut, gerun, segalanya berbaur.

Kriteria apakah yang melayakkan kita berada disisiNya? Kelayakan apakah yang kita mahu 'isi' untuk memohon tempat disisiNya?

Solat yang diringankan? Dilengah2kan? Tunggang terbalik tanpa penghayatan? Jasad dan roh tak bersatu...

Kita lebih bersegera jika diajak oleh manusia sedangkan seruan Allah 5 kali sehari semalam kita pandang ringan. Panggilan menuju Allah kita kebelakangkan dek kerana kesibukan dunia yang memang tak akan habis.

Lalu, tak dapat saya membayangkan bagaimanakah 'resume' saya nanti dan yang lebih menggerunkan, bagaimanakah penerimaan Tuan punya Kerajaan Langit dan Bumi ini? Sememangnya jauh dari layak untuk saya menumpang walau sekecil-kecil 'jawatan' di kerajaan Allah.

Tekad, resume ini perlu saya sempurnakan. Kerana saya mahu merebut 'jawatan tertinggi' dalam kerajaan Allah. Saya mahu dekat dengan Raja segala Raja.

InsyaAllah
Terimalah Ya Allah

Resumeku untukMu

Sunday, 30 March 2014

Wah!!Glamor tu!!

Assalamualaikum

Saya nak bercakap ringkas aje pasal VIVIX kali ni sebab nak cerita jugak...sebab Ayu Raudhah pun guna. Patutla cun melecun dia

VIVIX ni supplement in liquid form dengan rasa pati anggur yang sangat saya suka. Suami pun suka. Katanya rasa macam bila kita tergigit biji anggur, tak pahit tapi sedikit kelat.

Nak cakap pasal kebaikan, memang seribu satu kebaikan. Anda cuba, baru anda boleh rasa.

Hanya satu sudu teh setiap malam, VIVIX memberi tenaga dan rasa sihat dikeesokan harinya. Sebotol VIVIX mampu bertahan 2 bulan.

Jika anda perhatikan, VIVIX antara produk Shaklee yang paling mahal sebab kebaikannya dan saya rasa sangat berbaloi mengamalkan VIVIX. Gajet beratus ribu hanya untuk keseronokan sementara kemudian kita bosan. Sedikit lebih untuk kesihatan, berpanjangan rasa sihat dan muda. Tak nak ke?

Jom cuba VIVIX. Kalau anda rasa mahal, daftarla jadi ahli. Jaaaaauh lebih murah harganya dan anda berpeluang dapat bonus bulanan dari Shaklee.

VIVIX best!!

PM saya untuk harga ye.

FB:Nurul Huda Ariza
Hp:0196354563

Jom Shaklee

Senyum

Sejuk Gedik...

Assalamualaikum..

Akhirnya tiba jugak malam Isnin. Yakni hari Ahad malam menandakan esok bermulalah balik rutin biasa saya sebagai kakitangan kerajaan di hospital. Nak tak nak kena gembira. Nak tak nak kena buat yang terbaik. Sebab umat Islam yang terbaik adalah mereka-mereka yang buat setiap perkara dengan terbaik. Ish..berbelit lidah rasa.

4 hari menghabiskan masa dengan anak-anak ibu, ibu rasa sangat seronok, sangat bermakna hari-hari yang dilalui. Bermula dengan naik ETS sama-sama tanpa ayah (ayah kerja) kemudian balik ke rumah opah di Ipoh, jumpa sepupu sepapat..seronok anak-anak ibu.

Hari ni selepas dekat setahun, kami sekeluarga gi berkelah di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor. Dekat Chemor, Perak. Dekat sangat dengan rumah mak saya di Meru tu. Awal-awal lagi Zuwairi dah book port biasa kami, agak terlambat sikit rupanya. Dah ada org amik port tu, dapat port sebelah..jadilah

Huhuhu...ggggg.....nak bagitau betapa sejuknya..air bukit yang turun jernih sangat menusuk sampai ke tulang. Konon-konon nak berendam, rendam kaki pun jadilah. Alasannya, nak nyusu Fathin, tak nak basah baju. Seronok tengok Faris, Husna, Luqman, Amirul dan Yaasir main sama-sama. Macam anak burung, disuap apa saja masuk aje. Sambil main sampai tak ingat nak menolak. Hehehe.

Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ni dah lama. Sejak kami kecil lagi sinilah port nya selain kebun tok yang sekarang dah jadi hak milik orang lain. Dari highway exit Jelapang tu dalam 10 minit je. Dari Mydin Meru adala dalam 5 minit aje. Orang Perak kata, dekat bebenor. :) Sekali-sekala seronok dapat rehat dengan suasana bunyi kocakan sungai dan air terjun, unggas2 dan pemandangan yang cukup menenangkan mata dan jiwa. Hilang segala stress, hanya rasa bahagia dpt bersama keluarga.

Dan malam ini..kegembiraan tadi macam tak mampu nak hilangkan rasa 'tak syok' saya nak kembali bertugas esok. Arghh..Ya Allah, permudahkan urusanku esok. Jadikanlah hari esok lebih baik daripada hari ini dan harini lebih baik dr semalam.

Amin.

Senyum..senyum..seronok bersama keluarga

Thursday, 27 March 2014

Shaklee untuk kulit cantik

Assalamualaikum

Saya yakin semua orang inginkan kulit yang cantik, putih, licin, tiada jerawat. Hatta orang yang dah sedia cantik kulitnya pun sibuk mencuba itu ini untuk mencantikkan kulit. Itu lumrah kita manusia, sukakan kecantikan, suka tengok perkara yang cantik, dan suka dipandang cantik. Apalagi dipuji, kembang hidung.

Dalam kita mencari solusi untuk kecantikan wajah, ada kalanya kita menjadi terlalu ghairah untuk mencuba pelbagai produk. Kadang-kadang sampai mengenepikan soal keselamatan produk, soal halal haram produk tersebut bagi orang Islam. Tengok saja iklan itu, order, cuba. Tengok iklan ini, order.

Berapa banyak produk kecantikan diluar sana yang mengandungi hydoquinon di dalamnya? Racun yang sangat berbahaya untuk kita dan berapa ramai dari kita yang menggunakannya? Ramai..terlalu ramai sebab kita ditipu dan disogok oleh pelbagai iklan yang sangat menarik perhatian kita. Akibatnya, kita sendiri yang menanggungnya.

Tahukah anda? Kecantikan sebenarnya bermula dari dalam diri anda? Tubuh yang sihat menghasilkan diri yang lebih sihat. Kehidupan harian kita menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai bahan berbahaya dan menyebabkan toksin dalam badan bertambah. Toksin berlebihan dalam badan menjadi punca kepada pelbagai masalah. Antaranya masalah kulit. Pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan kita kekurangan sesetengah vitamin yang perlu untuk kesihatan kulit seperti Vitamin C, Vitamin E dan kolagen itu sendiri.

Dengan Shaklee, kita merawat kulit dari dalam. Kita memberi keseimbangan kepada kesihatan kulit. Kita membekalkan vitamin mengikut keperluan kulit. Shaklee sangat diyakini kerana sudah berpuluh tahun bertapak dinegara kita, sudah beribu pelanggan mengamalkannya dan berjaya dan yang pastinya halal dan selamat.

Jadi, inilah masanya! Jika tidak sekarang..bila lagi? Kulit anda memerlukan 'makanannya', 'zat'nya yang cukup untuk kekal sihat, muda, cerah dan berseri. Pemakanan supplement untuk kulit yang berterusan pasti memberikan kebaikan yang bisa membuatkan anda tersenyum dikemudian hari. InsyaAllah.

Percayalah..kerana suatu masa dulu saya pun merasa sangsi sehinggalah saya sendir mencubanya.

Set Kesihatan dan Kecantikan Kulit Shaklee memang best!!!

Jom Sihat dan Cantik dengan Shaklee!!

PM saya Shaklee Independant Distributor anda kawasan Seri Manjung, Lumut, Sitiawan dan Seluruh Malaysia.

FB:Nurul Huda Ariza
Hp:0196354563

Senyum

Cuaknye!!!

Assalamualaikum

Fuh!! Lega...Alhamdulillah akhirnya sampai di stesyen KTM Tanjung Malim. Satu jam perjalanan dari stesyen KTM Batu Gajah rasa macam takkan berakhir.

Kali pertama ni ibu naik ETS dengan putera puteri ibu saja tanpa ayah. Adoi...menggeletar lutut jugak rasa. Dok fikir macamn nak angkat beg, nak dukung Fathin lagi, nak pegang tangan abang kakak lagi. Tapi sebab nak menggedik punya pasal, ibu redah aje. Kesian kat anak cuti sekolah tak kemana. Nak tunggu ayah dapat cuti panjang, alamat kucing pun tumbuh tanduk dulu.(entah bila..)

Cuak! Sepanjang perjalanan ibu cuak. Semua orang ibu pandang dengan pandangan suspicious. Ye la..risau..sekarang ni macam-macam jadi. Orang menegur anak-anak ibu pun ibu berdebar lain macam. Dalam hati Allah saja yang tahu.

Setiap perhentian, sibuk Faris dan Husna galas beg masing-masing. Ingat dah sampai ke destinasi. Setiap kali tu la mulut ibu ni bising suruh duduk. Takut jatuh. Tapi..best jugak naik ETS ni. Laju..tak rasa. Kelajuan dia 140km/jam. Dalam dia pun selesa, ada aircond, tv. Toilet tak tahu pulak macam mana. Malasla ibu nak 'ziarah' dengan tiga ketul ibu ni. Nasib baikla Husna tak rasa nak kencing. Kalau tak kat rumah tu semedang je nak kencing. Alhamdulillah

1 jam perjalanan...akhirnya sampai. Lega...terasa sikit menggeletar lutut bila sampai. Bukan senang nak angkut 3 budak sorang diri. Dengan keadaan dunia sekarang ni..macam-macam ibu fikir. Sampai aje, dah nampak opah dan wan. Lega...hilang cuak. Bebudak pun sangat enjoy. Suka ibu. At least ada special extra aktiviti untuk diorang cuti sekolah ni.

Next time nak ke KL pakai ETS. Ajak my love hubby skali. Menarik!!

InsyaAllah

Kembaraibuanak

LOVE

Wednesday, 26 March 2014

Cuaknye!!!

Assalamualaikum

Fuh!! Lega...Alhamdulillah akhirnya sampai di stesyen KTM Tanjung Malim. Satu jam perjalanan dari stesyen KTM Batu Gajah rasa macam takkan berakhir.

Kali pertama ni ibu naik ETS dengan putera puteri ibu saja tanpa ayah. Adoi...menggeletar lutut jugak rasa. Dok fikir macamn nak angkat beg, nak dukung Fathin lagi, nak pegang tangan abang kakak lagi. Tapi sebab nak menggedik punya pasal, ibu redah aje. Kesian kat anak cuti sekolah tak kemana. Nak tunggu ayah dapat cuti panjang, alamat kucing pun tumbuh tanduk dulu.(entah bila..)

Cuak! Sepanjang perjalanan ibu cuak. Semua orang ibu pandang dengan pandangan suspicious. Ye la..risau..sekarang ni macam-macam jadi. Orang menegur anak-anak ibu pun ibu berdebar lain macam. Dalam hati Allah saja yang tahu.

Setiap perhentian, sibuk Faris dan Husna galas beg masing-masing. Ingat dah sampai ke destinasi. Setiap kali tu la mulut ibu ni bising suruh duduk. Takut jatuh. Tapi..best jugak naik ETS ni. Laju..tak rasa. Kelajuan dia 140km/jam. Dalam dia pun selesa, ada aircond, tv. Toilet tak tahu pulak macam mana. Malasla ibu nak 'ziarah' dengan tiga ketul ibu ni. Nasib baikla Husna tak rasa nak kencing. Kalau tak kat rumah tu semedang je nak kencing. Alhamdulillah

1 jam perjalanan...akhirnya sampai. Lega...terasa sikit menggeletar lutut bila sampai. Bukan senang nak angkut 3 budak sorang diri. Dengan keadaan dunia sekarang ni..macam-macam ibu fikir. Sampai aje, dah nampak opah dan wan. Lega...hilang cuak. Bebudak pun sangat enjoy. Suka ibu. At least ada special extra aktiviti untuk diorang cuti sekolah ni.

Next time nak ke KL pakai ETS. Ajak my love hubby skali. Menarik!!

InsyaAllah

Kembaraibuanak

LOVE

Tuesday, 25 March 2014

Kenapa Allah tak makbulkan doaku?!

Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..Allah beri kekuatan pada diri ini untuk menghadiri usrah mingguan. Allah Maha Mengetahui bahawa saya sangat memerlukannya...dan sebenarnya anda pun memerlukannya.

Setiap hari beribu permintaan kita minta pada Allah. Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat yang soleh dan solehah, berikan aku rezeki yang melimpah ruah, bagi aku naik pangkat, bagi bisness aku berjaya, bagi aku itu..bagi aku ini...apa yang kita tak pernah minta pada Allah? Segala2nya...sebab kita tahu hanya Dia yang Maha Memberi.

Tapi hairan...saban hari kita menanti jawapan kepada doa kita? Kenapa masih x makbul? Kenapa aku kasih tak dapat apa yang aku minta? Kenapa? Allah tak sayang aku aku? Dan seribu satu macam pertanyaan yang adakalanya sampai mempersoalkan urusan Allah.

Sedih...terkilan..hilang sabar....kecewa...lesu...semua menghantui kita. Tertanya kita mengapa Allah tak beri hak kita. Benarkah itu hak kita? Sudahkah kita pulak menunaikan hak Allah, hak Rasulullah? Hak untuk agama?

Teringat perbincangan usrah semalam berkenaan Hadith 40:Hadith 10

Antaranya:

Ketika Ibrahin bin Adham (ahli tassawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadaNya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara, iaitu:

1)Kamu mengenal Allah tapi kamu tidak tunaikan haqNya

2)Kamu sangka bahawa kamu cinta Rasululullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya

3)Kamu telah membaca AlQuran tetapi kamu tidak beramal dengannya

4)Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya

5)Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya

6)Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya

7)Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya

8)Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya

9)Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri

10)Kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak ambil iktibar daripadanya

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Lalu kita masih mahu bertanya...kenapa Allah tak makbulkan doa kita? Sedangkan kita hamba yang sangat mementingkan diri sendiri

Muhasabah

Bukakanlah pinta hati kami dan tetapkanlah kami dalam ketaatan kepadaMu Ya Allah

LOVE

Monday, 24 March 2014

Tragedi MH370

Assalamualaikum

Semalam disahkan oleh PM kita Datuk Ser Najib, pesawat MH370 berakhir dilaut Hindi. Apa maknanya? Terhempaskah meletupkah? Atau hilang begitu sahaja.

Adakah kita rasa gembira akhirnya ada penemuan? Supaya berakhir penantian? Atau kita rasa masih mengharapkan keajaiban? Ya..perasaan saya bercampur baur. apalagi perasaan ahli keluarga.

Tersentak..terkejut...macam tak percaya...sebak...sedih...semua menghantui saya semalam. Penantian dekat 2 minggu berakhir dengan tragedi, kemungkinan yang amat besar tiada survivor. Ya Allah...percaturanMu tak bisa kami telah.

Semalaman tidur saya tak lena. Berkali-kali terbangun...terkejut kerana mimpi ngeri mengenang MH370. Muka Najib pun masuk. Itu baru saya. Belum lagi ahli keluarga yang terlibat.

Lalu, redhakah kita? Pasrahkah kita? Tak perlu rasanya seribu satu spekulasi yang hanya akanebih mengkusutkan keadaan, menyesakkan dada, menyerabutkan fikiran. Andai kita redha, hati lebih tenang.

Ya..kerana dunia ini bukan pengakhiran kita. Mereka hanya 'pulang' dulu ke tempat asal' sedangkan kita ditinggalkan...perlu untuk terus memilih jalan hidup yang kita mahu. Mahu kekanankah? Kekirikah? Syurgakah? Atau nerakakah?

Muhasabah sejenak tentang hakikat hidup. Harini kita ketawa gembira, siapa tau esok tiba ajal kita. Bersediakah kita?

AlFatihah untuk penumpang dan krew MH370.

Semoga bertemu kita disyurga sana.

InsyaAllah

Sunday, 23 March 2014

Pintu berhantu!!!

Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bermula kembali hari Isnin...hari yang sangat tidak berapa disukai oleh kebanyakan kita terutama yang bekerja...apa lagi yang sangat bercita-cita nak jadi WAHM. Saya pun...saya pun.

Nampak pintu tu? Pintu tu akan saya hadap sepanjang hari, menanti manusia dengan pelbagai kerenah untuk dirawat, dilayan kehendaknya. Pintu itu menjadi pendinding antara saya dengan dunia luar dengan seribu satu macam cerita.

Nombor ditekan...maka bermulalah debaran saya untuk hari itu. Menanti manusia bagaimanakah yang akan masuk melalui pintu itu? Yang ikhlas tersenyum walau dalam kesakitan? Yang perit menahan pedih dan sakit? Yang masam muka kerana dah lama menunggu? Yang penuh dengan skrip dan lakon layar palsu semata-mata untuk dapat cuti sakit? Semuanya datang kepada saya.

Memang berhantu pintu ini. Saya teruskan seharian saya melayan seribu satu kerenah manusia dengan pelbagai aduan dan kesakitan. Dan setiap hari saya tanamkan dalam diri untuk beri yang terbaik kepada mereka kerana itulah yang Islam ajar. Saya cuba memberikan senyuman kepada setiap mereka yang datang dengan seribu pertanyaan tentang masalah kesihatan mereka.

Apa terapi saya? Simple...saya bertanya pada diri, jika saya ditempat mereka..apa yang saya mahu? Dan apa Allah dan Rasul mahu saya buat. InsyaAllah.

Ini kerja hakiki saya. Semoga ianya memberi seribu kebaikan pada saya, memberi seribu kesenangan pada pesakit2 saya. Andai tak mampu saya kurangkan kesakitan dan derita anda, sekurang-kurangnya saya hadiahkan sedikit rasa gembira dan puas hati untuk anda. Saya mahu anda keluar dari pintu berhantu itu dengan senyuman atau sekurang2nya tanpa ada kecewa atau kesal

Ya Allah..permudahkan urusanku. Permudahkan urusanku. Berkatilah aku. Berkatilah aku.

Walaupun begitu..impian WAHM tetap terpahat kukuh. InsyaAllah..

Saya suka tersenyum, terapi dari luar ke dalam diri saya

Senyum

Takut tua!!

Assalamualaikum

Teringat saya senikata sebuah nasyid lama

Jaga mudamu sebelum tua,
Jaga kayamu sebelum miskin,
Jaga sihatmu sebelum sakit,
Jaga hidupmu sebelum mati.

Sangat mendalam jika kita perhatikan betul-betul senikata itu. Jaga mudamu sebelum tua. Waktu mudalah kita penuh dengan tenaga, semangat yang berkobar-kobar untuk segalanya. Tubuh masih kuat, sendi belum longgar, kulit masih tegang.

Mahu tak mahu, tua itu pasti datang. Bagaimana kita manfaatkan waktu muda kita agar waktu tua kita lalui dengan lebih bersedia, bertenaga, bersemangat? Disinilah kita harus manfaatkan masa muda kita. Perlengkapkan diri dengan tubuh yang sihat.

Mahu tubuh yang sihat, kita perlu makanan yang sihat. Gaya hidup sihat, amalan exercise yang sihat. Tapi, sejauh mana kita hidup dalam suasana sihat? Pastikah segalanya tip top? Jika anda tanya saya, jawapan saya 'TIDAK'.

Kerana apa?

-pemakanan saya tidak teratur. Ada waktu makan on time. Kekadang skip meals

-pemakanan saya tak mengikut saranan kalori. Kekadang makan fast food aje. Malas masak makan dikedai

-dunia kita terdedah pada pencemaran

-hidup seharian kita terlalu sibuk sampai takde masa untuk bersenam

-tidur yang tak menentu

Semua perkara yang tidak sihat ini akan mempercepatkan proses penuaan dalaman dan luaran anda. Anda akan kelihatan tua sebelum usia, anda akan rasa terlalu tak bermaya, tak padan dengan usia anda yang masih muda.(belum tua..:p)

Lalu...kita perlukan supplement..saya...anda...semua perlukan supplement. Bukan untuk menentang qadar Allah yang tua itu pasti tiba tapi nak melaluinya dengan cara yang terbaik. Nak mengelakkan tua sebelum usia. Nak mengurangkan segala ketakselesaan tubuh badan akibat aktiviti penuaan yang pantas lantaran sikap kita sendiri.

Saya....anda...amat perlukannya. Reverse the signs of AGING now..today! Jangan tunggu dah terlambat baru anda rasa diri sendiri dah tak berguna lagi.

Anda pasti berpuas hati. Kerana saya aaaaamat berpuas hati. Alhamdulillah


Ingin cuba? Takut tak cukup bajet? Jom sembang dulu dengan saya, kita sesuaikan dengan bajet anda. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri. Kitala yang paling utama kena menghargai diri kita.


Jom Shaklee

Saya SID anda

Hubungi saya di 0196354563

FB:Nurul Huda Ariza

Senyum


Saturday, 22 March 2014

Takut kenang MH370

Assalamualaikum

Gambar ni saya ambil masa hantar Muhammad Faris Farhan naik bas untuk ke Zoo Taiping, ikut rombongan sekolahnya.

Ini kali pertama anak ibu berjalan sendirian dengan orang luar tanpa ibu. Jauh jugak Manjung ke Taiping, dalam sejam setengah perjalanan. Masa dapat borang untuk tandatangan kebenaran dulu, ibu ayah tak banyak bicara, tandatangan saja. Yakin dengan guru-guru sekolah. Lebih-lebih lagi yakin dengan Allah.

15 March 2014 ibu hantar Faris naik bas. Seronok benar kelihatan anak ibu ni. Tapi jauh disudut hati ibu agak gusar. Terkenang tetiba pesawat MAS MH370 yang dikatakan hilang dalam perjalanan.Bayangkan suasana semasa menghantar penumpang-penumpang. Ibu menghantar anaknya. Pasangan suami isteri yang gembira untuk berbulan madu. Sekumpulan orang yang ingin pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara. Pasti sangat teruja dan gembira sekali. Tapi..perancangan Allah itu terlalu jauh dari yang kita sangka. Sampai sekarang setelah 2 minggu, masih tiada jawapan. Hilangkah..meletupkah...dirampaskah...

Gusar hati ibu sembunyikan. Dari pagi sehinggalah Faris Farhan kembali ke pangkuan ibu tak henti-henti hati dan mulut berdoa kepada Allah. Semoga selamat pergi dan pulang.

Alhamdulillah. Semuanya selamat. Faris gembira dapat berjalan dengan kawan-kawan dan ibu sangat lega.

Terkenang kembali...dimana kau MH370?


Kembali pada Tuan punya segala keajaiban didunia ini. Hanya Allah yang Tahu.

Dayang Senandung Halus Kulitnya!!!

Assalamualaikum

Kenapa saya berbicara tentang Dayang Senandung? Siapa Dayang Senandung? Pernah tengok cerita zaman PRamlee dulu. Dayang senandung ni hitam pekat kulitnya, tapi sebenarnya dia sangat cantik!! Eh...apa kaitannya dengan saya ni?

Tahu tak bahawasanya Vitamin E Shaklee jugak boleh dibuat masker. Sapu pada malam hari setengah isi kapsulnya dan selebihnya anda makan. Tengok hasilnya nanti. Mesti cun melecun! Apa kaitannya dengan Dayang Senandung? Hehehe...bila pakai masker Vitamin E, warnanya gelap, hampir kehitaman. Tu yang nampak macam Dayang senandung.

VITAMIN E Shaklee

Best ke? Apa khasiatnya? Saya tahu Vitamin E ni untuk kulit. Dan ramai orang juga tau. Hatta untie-unti Cina yang datang ke klinik saya pun selalu minta Vitamin E. Maanyak solilah untie...ini gomen tarak Vitamin E. Itu maanyak mahai!! Orang-orang tua especially Cina sangat suka makan vitamin E. Memang nampak beza tahap kesihatan warga emas bangsa Cina berbanding bangsa Melayu.

Saya pun jadi teringin nak makan Vitamin E ni sebab banyak sangat permintaan dari patients saya. Sebelum tu sara buat research sket..iyerla..taknak makan membuta, melulu je. Senang esok-esok nak promote kat orang. Saya kan Shaklee Independant Distributor...:) yang suka tersenyum.

Antara khasiat Vitamin E ni:


  1. Melindungi jantung-pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik); mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet melekat ke dinding arteri; menghalang anemia hemolitik, sakit jantung dan lain-lain
  2. Mempertingkatkan kemampuan reproduktif-pengambilan 600IU-800IU oleh kaum lelaki mampu meningkatkan kiraan sperma
  3. Anti-penuaan-ini yang ramai suka sangat dengan Vitamin E kerana ia mampu mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia juga mampu memulihkan tekstur kulit
  4. Kelestarian tenaga
  5. Memperbaiki arthritis
  6. Menghalang keguguran
  7. Memperbaik parut
Banyak lagi kebaikan Vitamin E yang tak larat saya nak tulis disini. eh..taip. Maafkan saya. Hehehe...dan saya sendiri pun mulalh mengamalkan Vitamin E baru tak sampai sebulan..

Wah.......!!!! Amazing!!

  • Rambut saya yang selama ni terlalu teruk dengan masalah keguguran makin kurang gugur. Takle bersepah lantai dengan rambut saya aje
  • Muka saya makin bersih, clear, parut jerawat lama pun dah hampir hilang
  • Memang rasa semakin bertenaga
Baru setengah bulan....tunggu dan saya akan kingsikan lagi seribu satu kesan baik Vitamin E pada diri saya

Anda ingin cuba? Jom! Anda yang dapat manfaatnya. Diri anda, kulit anda, kesihatan anda

PM saya 
SID anda
0196354563

FB: Nurul Huda Ariza

JOM SHAKLEE

Senyum

Friday, 21 March 2014

The youngest SID?!!!

Assalamualaikum

Ini Nur Fathin Hanani saya. Sekarang Fathin dah 8 bulan. Rasa baru je ibu bersalinkan Fathin Ramadhan yang lepas..dah nak tiba dah Ramadhan tahun ni.

Ramai orang panggil Fathin 'Si Penyenyum'. Sebab dia suka senyum bila tengok orang...walaupun tengah meneran berak. Hehehe. Kot mana pun dia cuba gak senyum kalau ada orang senyum kat dia.

Bila difikirkan balik..kenapa ye? Ye la...anak-anak saya sebelum ni ketat mulut sikit. Susah sangat nak senyum dengan orang. Apa lagi nak bercakap dengan orang yang baru jumpa. Tapi si Fathin ni...murahnya senyuman..manisnya senyuman..:)

Mungkin...mungkin kesan ibu yang sangat suka senyum masa mengandungkan Fathin. Kerja di klinik begitulah. Kita suka, kita benci, kita nak marah pun..kita tetap kene senyum. Ibu suka sangat senyum..ibu suka sangat layan kerenah pesakit terutama makcik2 dan pakcik2...orang2 tua. Dan ramai pesakit mintak nak jumpa saya balik next lawatan sebab sukakan saya. (Ups..unsur riak disitu..hhu)

Yela..mungkin.

Fathin Hanani sejak dalam perut ibu dah kenal Shaklee. Dok 'baca' sama2 ibu pasal Shaklee, dalam pantang 'makan' Shaklee sama2 ibu. Dan sekarang...berniaga Shaklee dengan ibu. Bukan itu aje..masa mengandungkan Fathin ni macam2 bisnes kecil2an yang ibu buat. Tetiba datang mood nak berniaga. Mungkinkah Fathin akan jadi bussinesswomen yang berjaya suatu hari nanti? Bisneswomen dengan alHafizah (itu wajib!). InsyaAllah.

Suatu hari, tunggula saat itu. Mana tau Nur Fathin Hanani di Master Celebration...The Youngest SID in the world!!! Untuk sambung legasi ibu, untuk sambung perjuangan ibu menjana pendapatan untuk dikongsi bersama ummah. Untuk membantu setiap perkara yang membantu meningkatkan syiar Islam. InsyaAllah

Nur Fathin Hanani Al Hafizah binti Shahrul Amin
The Youngest Shaklee Indipendant Distributor

Amin

Love

Senyum

Geram aku si VIVIX!

Assalamualaikum

Sejak mula ambil Shaklee sebagai supplement dulu, saya betul-betul teringin nak makan VIVIX. Ye la...bukak blog ni...VIVIX...blog tu VIVIX...testimonialnya pulak...pergh!!! Ayu Raudhah pun ambik VIVIX tau!!

Dah maju sikit dalam Shaklee, saya masih berkira-kira. Betulke nak ambil VIVIX ni? Ye ke bagus? Sangat bagus ke? Betul ke 'anti-aging'? Haish...masih berdolak-dalik walhal hati sangat kepingin dan rasa yakin.

Sampai satu hari saya sembang dengan Ummi. Rupanya Ummi ada sorang regular customer, pengguna tegar VIVIX. 2 bulan sekali mesti dapatkan VIVIX. Dan yang paling best sekali, customer tu bekerja sebagai pak guard. Wow! Ni memang hebat ni. Pak guard pun sanggup berhabis utntuk VIVIX. (Macam berhabisla sebab terasa harga VIVIX mcm agak mahal masa tu)

Argh!! Tak kira...saya pun beli 2 botol VIVIX sekali. Satu untuk saya dan suami...satu untuk mak...dan..

Fuh!!! Patutla ramai pengguna tegar VIVIX. Apa yang saya, suami dan mak rasa setelah makan VIVIX?

-kelesuan hilang! Mak yang selalu keletihan (maklumla faktor usia jugak) tapi nampak seri wajah makin naik dan makin bertenaga. Kalau dulu nak naik tangga rumah saya pun bercintaaa...sekarang takde hal!)

-naik seri wajah...iyer..saya tengok mak saya makin berseri wajahnya..mak selalu komplen pasal jeragatnya dan sekarang jeragat di muka mak makin kurang...seronok mak..:)

-hilang merekah dikaki..saya dah lama cari macam2 ubat, minyak, losyen untuk tapak kaki saya yang suka merekah ni...tak sangka!! Lepas ambil VIVIX, makin menghilang rekah dikaki saya

Alhamdulillah...saya masih menunggu apa lagi VIVIX dapat lakukan...dengan izin Allah pastinya. Itu kami baru makan sorang setengah botol....Alhamdulillah...

Kalau nak banding kesan kebaikan yang VIVIX beri, apala sangat nak banding dengan harganya...saya rasa semua orang patut cuba VIVIX Shaklee ni. Diyakini selamat, halal dan InsyaAllah berkesan.

Nak cuba VIVIX?
Hubungi saya, SID anda
0196354563
Fb:Nurul Huda Ariza

Saya sedia membantu

Senyum

Monday, 17 March 2014

Buncit tanda kasih sayang?

Assalamualaikum
Sensasi tak tajuk entry saya ni? Hehe...sape tak pernah dengar quote ni? Ramai orang kata suami boroi tanda isteri sayang tapi isteri buncit? Emm....musykil jugak nak jawabkan..
Ramai dikalangan kita ni, badan dah kiut miut tapi bila tang perut, alamak! 3 bln preggy beb! Buncit! Pernah tak orang tanya anda, "Berapa bulan dah?". Ouch!! Dan kita pun pura2 la selamba walhal dalam hati Tuhan saja la tau. Bercakap pasal ni saya sendiri pun pernah buat kesilapan yang sama. Saya boleh tanya dengan sorang staff saya, "Bila due akak?"...dan..dia sebenarnya tak mengandung...bayangkan situasi tu...yang kene tanya berlagak selamba..yang bertanya ni la terkulat2.
Buncit...buncit..buncit..anda suka? Saya tak suka? Malah kekadang saya sendiri pun jenuh nak menutup buncit ni. Macam mana boleh buncit ye? Sedangkan badan slim melim.
1)Peningkatan umur
2)Perubahan hormon
3)Stress
4)Pengambilan makanan mengandungi tinggi gula hari-hari
5)Kurang senaman
6)Tidur selepas makan
7)Pengambilan high carbohydrate diet yang tinggi
8)Merokok
Tengok...setiap kita ada faktor2 ni..patutla buncitkan walaupun badan slim je. Habistu? Macam mana nak hilangkan lemak di perut ni? Haa..saya ada beberapa saranan
1)Pengambilan pemakanan 4-6 kali sehari. (Small but frequent). Ini akan meninggikan kadar metabolisme tubuh kita, membakar lemak berlebihan diperut kita.
2)Kurangkan makanan bergula dan berkalori tinggi
3)Perbanyakkan makan makanan berserat
4)Buat exercise secara konsisten
5)Kurangkan stress dalam kerja sehari-hari
6)Yang merokok, berhentilah merokok
Tak susah nampakkan tapi nak membuatnya jenuh..perlukan bantuan? SHAKLEE mampu membantu merealisasikan usaha anda. Saya tahulah..sebab saya dah berjaya. Di samping memiliki berat badan ideal, sekali dengan kempiskan perut. Anda boleh cuba
1)Herb Lax atau
2)Omega Guard atau
3)Lecithin atau
4)Kombinasi diatas
Terbukti berkesan. Saya sendiri dan suami pun dah berjaya. Anda bila lagi? Sangat tak best ka kalau orang kata perut kita buncit, boroi..ish..ish..memang tak best.

Monday, 10 March 2014

Assalamualaikum

Hari ini saya nak cerita pasal Ostematrix. Sebab...sejak makan Ostematrix ni saya rasa badan sangat selesa. Ingat lagi kali pertama saya nak cuba Ostematrix sebabnya Ostematrix ni termasuk dalam Set Penyusuan Extravaganza. Wow!! Apa lagi, sebab tersangatla eagernya untuk menyusu Nur Fathin Hanani yang baru lahir. Alhamdulillah memang takde masalah dalam penyusuan tapi rasa nak makan sesuatu untuk support badan kita

Bermulanya saya makan ostematrix, saya terperasan sesuatu. Kalau dulu bangun pagi saya mesti sakit tumit dan pergelangan kaki..(dah tua kot,,hehehe) tapi sejak makan Ostematrix saya terperasaan yang sakit tu hilang serta merta. Wah..ini sangat baik, Sangat menyelesakan. Dan sangat perlu untuk dikongsi dengan orang lain

Ye la...teringat pulak pada pesakit yang sangat ramai datang dengan masalah yang lebih kurang sama dengan saya ni. Alangkah baiknya kalau saya boleh promote Shaklee saya ni di tempat kerja dan alangkah baiknya kalau saya boleh suggest Ostematrix untuk mereka.

Apa Ostematrix ni?
Apa bezanya Ostematrix ni dengan yang lain?

Perbezaan Shaklee:
  • Ostematrix adalah supplement yang mengandungi kalsium yang paling seimbang memastikan kadar penyerapannya 99%
  • Formula unik, bukan sahaja mengandungi Kalsium, juga mengandungi Magnesium, Fosforus dan Vitamin D, zinc, kuorum, manganes dan boron
  • Nutrien di atas membantu penyerapan Kalsium di tahap optimum
  • Kajian membuktikan supplement Kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan

Kebaikan Ostematrix? Sangatla banyak!!!
Antaranya
  1. kuatkan tulang
  2. perbaiki kekejangan dan kejang-kejang
  3. melegakan stress
  4. perbaiki sakit perut
  5. vitamin D-meningkatkan penyerapan Kalsium
  6. magnesium-bantu sistem saraf, stabilkan denyutan tidak sekata
  7. zinc, boron, manganes, kuprum-halang arthritis, pelihara metabolisme kerangka tulang
dan...banyak lagi la..

Tak rugi...mai cuba Ostematrix. PM saya or hubungi ni 0196354563

JOM SHAKLEE

SENYUM

Saturday, 8 March 2014

Puteri-Puteri Beta

Assalamualaikum

Ini gambo 2 orang puteri saya. Comelkan? Hehehe..tak kirala apa orang nak kato..ambe tetap rasa dua2 comel. 

Yang kakak namanya Nur Izzatul Husna. Sekarang kakak 4 tahun. Sangat bersemangat gi skolah tadika kesayangannya, Brainy Bunch International Islamic Montessory. Hari-hari cakap English ala Jerman dengan ibu, ayah dan yang paling selalu kena layan kerenah dia, adik dia la.

"Fathin Hanani, no!"
"Fathin Hanani, quiet"...bla..bla..bla..konon membebeal kot English..adik pun macam faham je apa kakak dia cakap. Kononnya menurut perintah la tu.

Husna suka sangat menyanyi. Macam-macam lagula. Paling suka lagu Let It Go cerita Frozen yang glamer tu. Jangan dibagi pakai gown, mulala berangan jadi princess dan menari habis pusing satu rumah. Bingit telinga semua orang, tapi kami bahagia sebenarnya. Seronok tengok gelagat anak-anak.

Dah hujung tahun, Husna pun dah nak habis tadikanye di BB tahun pertama ni. Sekarang disekolahnya sibuk berlatih untuk Graduation Day. Ha...ko hado? Hehehe..Graduation Day bagai. Kat Hotel Orient Star tau. Hari-harila dengar dia dok hafal poem, menyanyi entah apekemende 'hura...hura'...siap dengan gaya. Seronok gak tengok. Macam anak omputih spekong memanjang. Kikiki. Tak sabar ibu ayah nak gi Graduation Day Husna Sabtu 15 November 2014 ni.

Fathin Hanani sekarang dah setahun 4 bulan. Geram nak kenyek aje rasa. Comel..dah makin banyak perangai. Paling suka menyakat semua orang. Orang bentang sejadah dia gi tarik. Orang nak bentang tempat tidur, dia gi landing sesiap. Hehehe...cubit baru tau. Makan sekarang Alhamdulillah. Ibu tengok adik suke makan, ibu pun rajin buat macam-macam. Sampai Ummi Fauziah (nursery) tanyala resepi nak masakkan untuk bebudak di nursery. Hehehe. 

Haa...menyusu tak lepas lagi. Asal ambil di nursery je terus tak nyempat dalam kereta tu la nak menyusu. Macam supermom pulak ibu sambil drive sambil nyusu. Mintak dijauhkan dari bahaya Ya Allah. Dah makin besar ni, makin banyakla akalnya. Suka mengadu hal kakak abang kat ibu ayah. Kalau terkena sikit pun bunyinya huh, macam kena teruk. Kecik ni comel je ibu nampak. Hehehe...jangan melarat mengada-ngada sampai besar udah.

Dua orang puteri ibu ni, sayang sangat kat ibu. Berebut malam-malam ni nak tidur dengan ibu. Kakak pun kalau dapat rasa tangan ibu baru boleh tido. Kalau tak selagi tu tahan mata tak tidur. Fathin toksah cakapla...menyusukan. Mesti nak menyusu dulu baru boleh tido.

Harapan ibu...

Puteri-puteri ibu jadi anak solehah. Hamba Allah yang taat, umat Nabi Muhammad yang sentiasa ikut sunnah baginda. Penghafaz Al Quran InsyaAllah. Ibu doakan puteri-puteri ibu berjaya dunia akhirat, disayangi makhluk langit dan bumi. Ibu juga doakan Husna dan Fathin dapat jodoh yang baik, dikalangan hamba yang Allah sayang, dapat zuriat keturunan yang sihat dan baik.


I LOVE U BOTH!!

*nanti kita cerita pasal abang ye

Saturday, 1 March 2014

Soya?!!! Best ke?

Assalamualaikum

Bila bercakap tentang susu soya saya pasti teringatkan bulan puasa. Antara barang wajib untuk keluarga saya sebagai juadah berbuka puasa. Rasa tak lengkap kalau takde soya. Sebab apa kami suka? Sebab sedap...dan rasa berkhasiat!(Walaupun x pernah tau khasiat soya).

Dulu, apa yang saya dengan tentang soya:

-ibu mengandung kalau minum air soya banyak2 mesti anak putih gebu
-minum soya dari kecik gigi sihat

Habis2 itu jela. Tapi dek kerana suka dengan kesedapannya, x kisah sangat khasiatnya tu. Hehehe.

Sejak bersama SHAKLEE, barulah saya sedar besarnya rahmat Allah turunkan hasil bumi yang bernama SOYA ni. Teramat banyak!!! Dan yang paling penting, kebaikan itu ada dalam 1 canister ESP Shaklee ni!!

Bab Memutihkan

Ini saya nak kata bangga diri tu tidakla. Disebabkan masa saya mula2 start makan ESP dulu saya ada terbaca promo2 SID (Shaklee Independant Distributor) tentang ESP. Yang paling tertarik bab putihkan kulit. Saya apalagi...istiqomahla minum 3 sudu ESP sehari. Dan semasa saya mula minum ESP, saya stop semua krim2 yang saya pakai. Yela...nak tgkla...betul ke bagus sangat ESP ni boleh memutihkan?!

Masuk canister kedua...wah!!! Cik abang pun dah mula menegur. Muka saya makin cerah, kulit lembap dan tak kusam macam dulu!! Bangga I!!! Seronokla kan suami sendiri puji.. Alhamdulillah..memang saya akui..dan ramai kawan2 pun akuinya..(Bukan nak riak..nak promo ESP je..hehehe)

Bab Kurangkan Paras Kolesterol

Ini anda kene rajin baca journal sket. Banyak study yang di 'published' di PubMed, WebMD yang menunjukkan signifikan penurunan tahap kolesterol dengan pengambilan susu soya yang berterusan. Bila paras kolesterol optimum, risiko terhadap penyakit jantung sangat kurang.

Saya pun eksperimen pada seorang customer..saya ambil bacaan kolesterol sebelum dan selepas makan ESP...Alhamdulillah...betul...turun paras kolesterolnya...:) Saya lagi suka nak promo ESP ni!

Bab Kurangkan PMS dan simptom Menopause

Soya diketahui menstabilkan paras estrogen dalam badan. Estrogen yang kurang akan sebabkan simptom PMS dan menopause sangat ketara. Sangat tak selesa, sangat memberi tekanan. Kajian menunjukkan soya menaikkan aras estrogen sekaligus mengurangkan simotom2 tadi..bukan itu saja, estrogen juga boleh membantu dalam membentuk kulit yang cantik...:)

So, banyak sangat kebaikan susu soya ni..dan sebenarnya banyak lagi!

Dan...kenapa ESP(Energizing Soy Protein) Shaklee?
Anda mesti memiliki ESP!!!
Kenapa?

-ESP Shaklee adalah makanan tambahan protein pertama disunia, sudah diketahui kebaikannya dan terkenal diseluruh dunia

-ESP hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism)

-ESP Shaklee satu-satunya produk dalam pasaran yang ada 9 asid amino penting yg x dpt dihasilkan oleh badan, 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

-ESP Shaklee mengandungi Indeks Glisemik yang rendah, maka ia sesuai utk penyakit kencing manis

-1 hidangan ESP bersamaan dengan 2kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu TAPI ia RENDAH LEMAK, TIADA KOLESTEROL DAN TIADA ACID URIK

Jadi..apa tunggu lagi?!!!
PM saya deras2. Saya bagi anda harga special ESP dan anda dapat 1001 kebaikannya!!!

InsyaAllah

SAYA SID ANDA
0187812078

Sedia Membantu

Senyum