Tuesday, 25 March 2014

Kenapa Allah tak makbulkan doaku?!

Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..Allah beri kekuatan pada diri ini untuk menghadiri usrah mingguan. Allah Maha Mengetahui bahawa saya sangat memerlukannya...dan sebenarnya anda pun memerlukannya.

Setiap hari beribu permintaan kita minta pada Allah. Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat yang soleh dan solehah, berikan aku rezeki yang melimpah ruah, bagi aku naik pangkat, bagi bisness aku berjaya, bagi aku itu..bagi aku ini...apa yang kita tak pernah minta pada Allah? Segala2nya...sebab kita tahu hanya Dia yang Maha Memberi.

Tapi hairan...saban hari kita menanti jawapan kepada doa kita? Kenapa masih x makbul? Kenapa aku kasih tak dapat apa yang aku minta? Kenapa? Allah tak sayang aku aku? Dan seribu satu macam pertanyaan yang adakalanya sampai mempersoalkan urusan Allah.

Sedih...terkilan..hilang sabar....kecewa...lesu...semua menghantui kita. Tertanya kita mengapa Allah tak beri hak kita. Benarkah itu hak kita? Sudahkah kita pulak menunaikan hak Allah, hak Rasulullah? Hak untuk agama?

Teringat perbincangan usrah semalam berkenaan Hadith 40:Hadith 10

Antaranya:

Ketika Ibrahin bin Adham (ahli tassawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadaNya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara, iaitu:

1)Kamu mengenal Allah tapi kamu tidak tunaikan haqNya

2)Kamu sangka bahawa kamu cinta Rasululullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya

3)Kamu telah membaca AlQuran tetapi kamu tidak beramal dengannya

4)Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya

5)Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya

6)Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya

7)Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya

8)Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya

9)Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri

10)Kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak ambil iktibar daripadanya

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Lalu kita masih mahu bertanya...kenapa Allah tak makbulkan doa kita? Sedangkan kita hamba yang sangat mementingkan diri sendiri

Muhasabah

Bukakanlah pinta hati kami dan tetapkanlah kami dalam ketaatan kepadaMu Ya Allah

LOVE

No comments:

Post a Comment