Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Bermula kembali hari Isnin...hari yang sangat tidak berapa disukai oleh kebanyakan kita terutama yang bekerja...apa lagi yang sangat bercita-cita nak jadi WAHM. Saya pun...saya pun.
Nampak pintu tu? Pintu tu akan saya hadap sepanjang hari, menanti manusia dengan pelbagai kerenah untuk dirawat, dilayan kehendaknya. Pintu itu menjadi pendinding antara saya dengan dunia luar dengan seribu satu macam cerita.
Nombor ditekan...maka bermulalah debaran saya untuk hari itu. Menanti manusia bagaimanakah yang akan masuk melalui pintu itu? Yang ikhlas tersenyum walau dalam kesakitan? Yang perit menahan pedih dan sakit? Yang masam muka kerana dah lama menunggu? Yang penuh dengan skrip dan lakon layar palsu semata-mata untuk dapat cuti sakit? Semuanya datang kepada saya.
Memang berhantu pintu ini. Saya teruskan seharian saya melayan seribu satu kerenah manusia dengan pelbagai aduan dan kesakitan. Dan setiap hari saya tanamkan dalam diri untuk beri yang terbaik kepada mereka kerana itulah yang Islam ajar. Saya cuba memberikan senyuman kepada setiap mereka yang datang dengan seribu pertanyaan tentang masalah kesihatan mereka.
Apa terapi saya? Simple...saya bertanya pada diri, jika saya ditempat mereka..apa yang saya mahu? Dan apa Allah dan Rasul mahu saya buat. InsyaAllah.
Ini kerja hakiki saya. Semoga ianya memberi seribu kebaikan pada saya, memberi seribu kesenangan pada pesakit2 saya. Andai tak mampu saya kurangkan kesakitan dan derita anda, sekurang-kurangnya saya hadiahkan sedikit rasa gembira dan puas hati untuk anda. Saya mahu anda keluar dari pintu berhantu itu dengan senyuman atau sekurang2nya tanpa ada kecewa atau kesal
Ya Allah..permudahkan urusanku. Permudahkan urusanku. Berkatilah aku. Berkatilah aku.
Walaupun begitu..impian WAHM tetap terpahat kukuh. InsyaAllah..
Saya suka tersenyum, terapi dari luar ke dalam diri saya
Senyum
No comments:
Post a Comment