Sunday, 30 March 2014

Sejuk Gedik...

Assalamualaikum..

Akhirnya tiba jugak malam Isnin. Yakni hari Ahad malam menandakan esok bermulalah balik rutin biasa saya sebagai kakitangan kerajaan di hospital. Nak tak nak kena gembira. Nak tak nak kena buat yang terbaik. Sebab umat Islam yang terbaik adalah mereka-mereka yang buat setiap perkara dengan terbaik. Ish..berbelit lidah rasa.

4 hari menghabiskan masa dengan anak-anak ibu, ibu rasa sangat seronok, sangat bermakna hari-hari yang dilalui. Bermula dengan naik ETS sama-sama tanpa ayah (ayah kerja) kemudian balik ke rumah opah di Ipoh, jumpa sepupu sepapat..seronok anak-anak ibu.

Hari ni selepas dekat setahun, kami sekeluarga gi berkelah di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor. Dekat Chemor, Perak. Dekat sangat dengan rumah mak saya di Meru tu. Awal-awal lagi Zuwairi dah book port biasa kami, agak terlambat sikit rupanya. Dah ada org amik port tu, dapat port sebelah..jadilah

Huhuhu...ggggg.....nak bagitau betapa sejuknya..air bukit yang turun jernih sangat menusuk sampai ke tulang. Konon-konon nak berendam, rendam kaki pun jadilah. Alasannya, nak nyusu Fathin, tak nak basah baju. Seronok tengok Faris, Husna, Luqman, Amirul dan Yaasir main sama-sama. Macam anak burung, disuap apa saja masuk aje. Sambil main sampai tak ingat nak menolak. Hehehe.

Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ni dah lama. Sejak kami kecil lagi sinilah port nya selain kebun tok yang sekarang dah jadi hak milik orang lain. Dari highway exit Jelapang tu dalam 10 minit je. Dari Mydin Meru adala dalam 5 minit aje. Orang Perak kata, dekat bebenor. :) Sekali-sekala seronok dapat rehat dengan suasana bunyi kocakan sungai dan air terjun, unggas2 dan pemandangan yang cukup menenangkan mata dan jiwa. Hilang segala stress, hanya rasa bahagia dpt bersama keluarga.

Dan malam ini..kegembiraan tadi macam tak mampu nak hilangkan rasa 'tak syok' saya nak kembali bertugas esok. Arghh..Ya Allah, permudahkan urusanku esok. Jadikanlah hari esok lebih baik daripada hari ini dan harini lebih baik dr semalam.

Amin.

Senyum..senyum..seronok bersama keluarga

No comments:

Post a Comment