Wednesday, 26 March 2014

Cuaknye!!!

Assalamualaikum

Fuh!! Lega...Alhamdulillah akhirnya sampai di stesyen KTM Tanjung Malim. Satu jam perjalanan dari stesyen KTM Batu Gajah rasa macam takkan berakhir.

Kali pertama ni ibu naik ETS dengan putera puteri ibu saja tanpa ayah. Adoi...menggeletar lutut jugak rasa. Dok fikir macamn nak angkat beg, nak dukung Fathin lagi, nak pegang tangan abang kakak lagi. Tapi sebab nak menggedik punya pasal, ibu redah aje. Kesian kat anak cuti sekolah tak kemana. Nak tunggu ayah dapat cuti panjang, alamat kucing pun tumbuh tanduk dulu.(entah bila..)

Cuak! Sepanjang perjalanan ibu cuak. Semua orang ibu pandang dengan pandangan suspicious. Ye la..risau..sekarang ni macam-macam jadi. Orang menegur anak-anak ibu pun ibu berdebar lain macam. Dalam hati Allah saja yang tahu.

Setiap perhentian, sibuk Faris dan Husna galas beg masing-masing. Ingat dah sampai ke destinasi. Setiap kali tu la mulut ibu ni bising suruh duduk. Takut jatuh. Tapi..best jugak naik ETS ni. Laju..tak rasa. Kelajuan dia 140km/jam. Dalam dia pun selesa, ada aircond, tv. Toilet tak tahu pulak macam mana. Malasla ibu nak 'ziarah' dengan tiga ketul ibu ni. Nasib baikla Husna tak rasa nak kencing. Kalau tak kat rumah tu semedang je nak kencing. Alhamdulillah

1 jam perjalanan...akhirnya sampai. Lega...terasa sikit menggeletar lutut bila sampai. Bukan senang nak angkut 3 budak sorang diri. Dengan keadaan dunia sekarang ni..macam-macam ibu fikir. Sampai aje, dah nampak opah dan wan. Lega...hilang cuak. Bebudak pun sangat enjoy. Suka ibu. At least ada special extra aktiviti untuk diorang cuti sekolah ni.

Next time nak ke KL pakai ETS. Ajak my love hubby skali. Menarik!!

InsyaAllah

Kembaraibuanak

LOVE

No comments:

Post a Comment