Monday, 24 March 2014

Tragedi MH370

Assalamualaikum

Semalam disahkan oleh PM kita Datuk Ser Najib, pesawat MH370 berakhir dilaut Hindi. Apa maknanya? Terhempaskah meletupkah? Atau hilang begitu sahaja.

Adakah kita rasa gembira akhirnya ada penemuan? Supaya berakhir penantian? Atau kita rasa masih mengharapkan keajaiban? Ya..perasaan saya bercampur baur. apalagi perasaan ahli keluarga.

Tersentak..terkejut...macam tak percaya...sebak...sedih...semua menghantui saya semalam. Penantian dekat 2 minggu berakhir dengan tragedi, kemungkinan yang amat besar tiada survivor. Ya Allah...percaturanMu tak bisa kami telah.

Semalaman tidur saya tak lena. Berkali-kali terbangun...terkejut kerana mimpi ngeri mengenang MH370. Muka Najib pun masuk. Itu baru saya. Belum lagi ahli keluarga yang terlibat.

Lalu, redhakah kita? Pasrahkah kita? Tak perlu rasanya seribu satu spekulasi yang hanya akanebih mengkusutkan keadaan, menyesakkan dada, menyerabutkan fikiran. Andai kita redha, hati lebih tenang.

Ya..kerana dunia ini bukan pengakhiran kita. Mereka hanya 'pulang' dulu ke tempat asal' sedangkan kita ditinggalkan...perlu untuk terus memilih jalan hidup yang kita mahu. Mahu kekanankah? Kekirikah? Syurgakah? Atau nerakakah?

Muhasabah sejenak tentang hakikat hidup. Harini kita ketawa gembira, siapa tau esok tiba ajal kita. Bersediakah kita?

AlFatihah untuk penumpang dan krew MH370.

Semoga bertemu kita disyurga sana.

InsyaAllah

No comments:

Post a Comment