Wednesday, 30 April 2014

Tonik Ajaib

Assalamualaikum

Saya nk kongsi pasal tonik ajaib ni. Dikata ajaib kenapa? Sebab sangat best setelah mencubanya. Tanyalah pada sesiapa saja yang dah cuba tonik ajaib ni,pasti terus-terusan mahukannya.

Apa kandungan tonik ajaib ni?

Dalamnya ada ekstrak beberapa jenis anggur dan beri. So, rasanya manis anggur dan sedikit kelat bila diminum. Banyak khasiat tonik ajaib ni. Banyak khasiat.

Apa yang saya rasa setelah cuba?

-makin cergas
-makin aktif
-makin cerah kulit
-makin berseri
-makin bertenaga
-makin gembira

Sebab itu saya promote pada anda.

Berapa harga sebotol?
Hanya RM475 dan ianya tahan 2 bulan.
Hanya 1 sudu kecil sehari sudah cukup memberikan anda kesegaran sepanjang hari.

Mahal?

Ini bukan air paip yang ditaruk dalam botol, bukan barang cheap sale. VIVIX dibuat dari bahan2 terbaik, untuk menghasilkan kesan terbaik. Tidak semahal harga sihat tubuh badan kita kan. Pada saya tak mahal. Jika anda sanggup berabih untuk gajet2 dan perhiasan diri, kenapa tidak untuk kesihatan?

Anda rasa, anda pasti gumbira. Anda pasti setia dengan VIVIX.

Place your order now.
PM saya di FB Nurul Huda Ariza

Or HP 0187812078

Or email nurulhudaariza@gmail.com

Pembayaran boleh dibuat thru Maybank/Bank Islam/BSN

Jom Shaklee.

Senyum

Tuesday, 29 April 2014

Masam citrus bikin kulit cantik

Assalamualaikum

Sharing is Caring

So harini saya nak bercerita tentang Sustained Release Vitamin C 500mg Shaklee. Saya dah amalkan Vitamin C ni sejak 5 bulan yang lalu. Setiap hari tanpa missed.

Kenapa 'sustained release'?
Ia bermaksud pelepasan secara perlahan Vitamin C (khasiatnya) ke dalam tubuh dan ini memastikan ia mampu kekal dalam darah selama 24 jam, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas

Apekah?

Yang saya tau, sejak saya makan Vitamin C ni, terasa kulit saya makin lembap, lebih cerah dan bintik-bintik hitam (pigmentasi) pada muka saya pun hampir tiada.

Bukan itu saja, terasa badan jugak makin segar, mudah untuk lelapkan mata diwaktu malam.

Dalam SHAKLEE, Vitamin C di combine dengan vitamin-vitamin lain untuk memberikan kesan yang lebih baik pada tubuh:

SET KESIHATAN OPTIMUM
1)VITALEA
2)VITAMIN B COM
3)VITAMIN C

SET KULIT CANTIK (A)
1)VITAMIN C
2)VITAMIN E

SET KULIT CANTIK (B)
1)VITAMIN C
2)ESP

SET PENYUSUAN OPTIMUM
1)VITALEA
2)VITAMIN B COM
3)VITAMIN C
4)ALFALFA
5)OSTEMATRIK
6)ESP

SET BERPANTANG
1)VITALEA
2)VITAMIN B COM
3)VITAMIN C
4)ZINK
5)ESP
6)OSTEMATRIK

SET JERAWAT
1)VITAMIN C
2)ALFALFA
3)VITAMIN B COM

Wah!! Banyak khasiat Vitamin C. Keperluan untuk seluruh tubuh. Kajian juga menunjukkan dengan pengambilan Vitamin C ketika demam, batuk dan selsema akan mengurangkan tempoh penyakit, kata lainnya, cepat menyembuhkan URTI.

Anda patut cuba. Memang best Vitamin C Shaklee ni. Saya taula sebab saya dah cuba. Anda tentu mahukan kulit yang cantik, putih, berseri, tubuh yang sihat, bebas kolesterol, Vitamin C la jawapannya.

BERMINAT?

PM SAYA SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR ANDA

Hp:0196354563 / 0187812078

Harga sebotol - RM92.50 (180biji)
Sebotol tahan untuk 6 bulan
Pengambilan - 1 biji sehari

Berbaloikan?!

Jom dapatkan sekarang.

Senyum

Monday, 28 April 2014

ESP kegemaran saya

Assalamualaikum

Saya nak kongsi tentang ESP hari ini. Kisah saya dan EsP. Kira kisah cinta saya dan ESP la.

Saya mula minum ESP masa dalam pantang. Dikatakanla kononnya masa tu ESP dan Alfalfa adalah milk booster. (Masa tu SID yang masih blurr). Demi kerana sayangkan anak, ewah! Saya pun mulalah ambil ESP.

Eh..yela...betul la. Macam milk booster. Memang susu saya jadi banyak, pekat. Tak kirala pada org lain, pada saya ESP milk booster saya. Baby sangat happy!

Hampir habis canister ke 2, saya terasa lagi perubahan besar bila saya tengok cermin.

Bintik hitam pudar, tona kulit makin sekata, lebam bawah mata makin pudar, tak kusam macam dulu. Yang best...abang pun tegur. Makin berseri. Haaa...dah cukup dah bagi saya. Tak perlu confirmation dari orang lain dahn hehehe.

Saya mula semakin minat pada ESP. Barulah terhegeh-hegeh nak google kelebihan ESP ni...fuh!! Boleh turunkan kolesterol jugak! Ini sudah bagus.

Banyak betul kebaikan susu soya ESP ni. Nak senaraikan tak terkira. ESP ni produk paling laris SHAKLEE tau.

Anda pun patut cuba ESP. Tak mahal.

1 canister ESP - RM150
1 canister ESP - 2 bulan

So, Matematiknya...sebulan hanya RM75 untuk dapat badan yang lebih segar dan bertenaga, kulit dah lebih putih berseri, kesihatan jantung.

Jom SHAKLEE

Sebarang pertanyaan atau order sila hubungi saya ye

HP: 0196354563 / 0187812078

FB: Nurul Huda Ariza (PM ye)

Email : nurulhudaariza@gmail.com

Saya SHAKLEE INDEPANDANT DISTRIBUTOR anda

Senyun

Tuesday, 15 April 2014

Mudahnya menjemput rezeki

Assalamualaikum

Sekarang fasa menenangkan diri. Tenangkan diri dari kekalutan 'kalau'. Tenangkan diri dari menduga masa depan yang belum pasti. Tenangkan diri dari keharuan jiwa yang takut untuk berjuang.

Masa untuk fokus menjemput rezeki. Fokus pada solat diawal waktu. Fokus pada qiamullail disepertiga malam. Fokus pada solat sunat dhuha. Fokus pada zikir munajat. Fokus pada menunaikan hak Allah.

Mudahnya menjemput rezeki. Hanya perlu 'bodek' si Pemberi Rezeki. Hanya perlu ber'kasih sayang' dengan Dia. Semakin kita hampir semakin Dia curahkan rezeki pada kita. Tiada teknik khas, hanya mengikut peraturan yang dah terpahat lama sejak dahulu lagi.

Jiwa lebih tenang. Kalut mencari apa yang kurang. Semuanya bercorak fizikal dan dunia. Sunyi dalam usaha meningkatkan iman.

Maafkan aku Ya Allah. Fokuskan aku dalam mencari redhaMu dan  aku mohon dariMu kebaikan dunia akhirat untukku, keluargaku dan semua yang menjadi kesayanganku, saudara seIslamku.

Amin

Sunday, 13 April 2014

Aku Mahu Kaya!!

Assalamualaikum

Pagi-pagi dah bercakap tentang dunia. Kaya. Bila sebut pasal kaya, terbayang sifat tamak, kedekut, membazir dan sebagainya. Semua dikaitkan dengan perkara yang negatif.

Kenapa aku mahu kaya? Mestila...orang Islam mesti kaya. Tidakla perlu menumpang pada hasil duit al kafiruun dan kemudian terhutang budi. Tidaklah ditekan dan dipandang rendah seolah2 Islam sinonim dengan kemiskinan, ketidakmampuan.

Kenapa aku mahu kaya? Ayat biasa..aku mahu tolong orang. Aku mahu tolong ahli keluarga. Tolong yang macamana? Tolong menikmati hidup yang mewah? Tolong sama2 mencorak definisi pembaziran? Tak..aku mahu tolong ummah. Aku mahu dengan hasil titik peluhku, Islam maju kehadapan. Aku mahu harta kekayaanku menjadi saksi disana nanti.

Aku mahu kaya! Kaya iman! Kaya akhlak! Kaya harta! Kaya anak! Dan aku mahu jadi billionaire dunia dan akhirat, capai kesenangan dunia dan kebahagiaan abadi diakhirat sana.

InsyaAllah

Friday, 11 April 2014

Jantung Hati Ibu

Muhammad Faris Farhan - 7 tahun

Nur Izzatul Husna - 4 tahun

Nur Fathin Hanani - 9 bulan

JANTUNG HATI IBU

Memandang kalian, rasa rindu
Memandang kalian tak pernah jemu
Ingin selalu ibu peluk
Ingin selalu ibu cium

Jantung hati ibu,
Selamanya kasih sayang takkan luak
Malah membuak-buak

Jantung hati ibu
Jadi saham untuk ibu ayah ke syurga ye

Amin

LOVE

Thursday, 10 April 2014

Akibat mengabaikan SOLAT

Assalamualaikum

Hari ini tetiba teringatkan sebuah kisah dengan seorang pesakit.

Wanita 40an, mengandung beberapa bulan, temujanji dengan klinik berdekatan rumah tapi datang ke hospital sebab katanya tak yakin dengan doktor dan staf disana.

Kakak ni nampak restless. Menyalahkan orang itu, orang ini. Merasakan dianiaya oleh orang. Begitu yakin diri dianiaya dek kakitangan klinik berkenaan.

Aku ambil buku mengandungnya. Aku selak, aku teliti, aku amati. Tiada apa yang salah dengan management disana. Kakak ini mengidap kencing manis sewaktu mengandung (Gestational Diabetes) dan memerlukan pemeriksaan lanjut untuk memastikan terkawal atau tidak. Aku maklumkan padanya, tiada apa yang salah. Jika aku, perkara yang sama akan aku buat. Katanya, mereka mahu naya dia. Disuruh minum air gula banyak nak suruh mati cepat. Ramai kawan-kawan kata tujuan minum air gula tu nak bagi gula naik tinggila.

Ish..pemahaman yang cetek. Kurang pendidikan, kurang penerangan mungkin. Aku cuba terangkan biar dia faham. Semakin tinggi pulak suara kakak ni. Katanya, ramai yang kene cucuk lepas minum air gula. Doktor nak bagi dia cepat mati. Aku putus angin. Aku tolak buku mengandungnya jauh dan aku kata padanya, suruhlah kawan2nya yang 'bertauliah' doktor tu rawat. Aku dah tak mampu buat dia faham.

Terdiam sekejap, kakak tu kembali meraban. Kali ni katanya staffnurse di klinik berkenaan gosip dia dengan doktor. Kata dia nak mengorat doktor di klinik tersebut. Katanya staff mahu bunuh dia dalam diam. Aku hilang sabar. Masih ramai pesakit sebenar diluar yang memerlukan rawatan dari aku. Sudah hampir sejam aku buang masa dengan kakak ini.

Akhirnya aku tanya pada dia..

Aku : Akak, saya nak tanya satu je. Solat 5 waktu cukup tak ni? Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya'?

Pesakit : Adala jugak doktor. (Acuh tak acuh jawapnya)

Maka mulala leteran aku.

"Akak, ini lah puncanya. Akak tak solat. Akak abaikan solat. Tu la yang jiwa tak tenang. Salahkan orang tu, orang ni. Yang betul akak nampak salah, yang salah akak kata betul. Jiwa tak tenang akak. Akak nak saya tolong, saya boleh tolong. Tapi akak kena tolong diri sendiri dulu. Kita orang Islam, jadilah yang baik, yang taat. InsyaAllah Allah pelihara. Tak kene fitnah, tak kena aniaya...." Panjang lagi untuk aku teruskan.

Terfikir sejenak..aku ni doktor ke ustazah? Huhu...jadilah dua2. Selamatkan ummat dengan cara dan ruang lingkup sendiri.

InsyaAllah..

Jangan abaikan solat!

Kemalasan Bersarang di Minda yang Lemah

Assalamualaikum

Pagi Jumaat yang mulia, sedikit kesempatan untuk berbakti dan memberi, semoga meningkat kemuliaan disisi Allah.

Hidup ini suatu perjuangan yang perlu diteruskan. Mahu tidak mahu, masa akan terus berlalu meninggalkan kita. Samada kita ingin mengikut arus masa, maju dan semakin maju atau kita mahu terus tinggal ditakuk lama, menyembunyikan diri dalam tempurung yang kita tahu kita mampu keluar daripadanya.

Lalu apakah masalah terbesar kita? Mengapa tidak maju? Mengapa tidak berdaya saing? Mengapa tidak kaya? Mengapa tidak pandai? Mengapa? Adakah ianya suratan?

Kemalasan. Malas. Semua patut akur dan bersetuju. Malas adalah masalah terbesar kita. Malas senyum, malas kerja, malas masak, malas keluar rumah, malas nak berniaga, malas nak join party, malas nak baca buku, malas nak baca Quran, malas nak bangun solat malam. Malas segala-galanya!!! Lalu ia terus bersarang dalam minda..semakin lemah dan semakin lemah kita jadinya.

Otak yang malas kabur dengan visi. Kontang dengan misi. Otak yang malas hanya nampak yang ada didepan mata, cacat anggotanya, kelu lidahnya, pekak telinganya. Mahu membiarkan diri ditahap lama, selesa dengan kemunduran dan kekurangan.

Siapa muslim? Siapa mukmin? Mampukah kita mendabik dada menyatakan...aku muslim!!! Aku mukmin!! Malu mungkin. Kerana tiada 'mukmin'nya kita. Bertopeng nama dan agama pada kad pengenalan tapi dimana 'muslim' dan 'mukmin'nya kita!!

Kembali..kembalilah pada yang Hak. Jadilah hamba yang berterima kasih, ummat yang mengenang budi. Buanglah jauh-jauh segala kemalasan, bangkitlah demi agama ini. Umat Islam harus cemerlang! Umat Islam harus menjadi yang paling kaya! Paling pandai! Paling kuat! Paling hebat! Siapa? Ya..anda! Saya! Kita semua!!

Jom..kita buang jauh-jauh segala bentuk kemalasan dalam diri. Mulalah membina pemikiran kelas pertama dalam minda kita.

Ayuh!!!

Tuesday, 8 April 2014

Senyum Seindah Suria

Assalamualaikum

Senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyumlah dari hati duniamu berseri...

Senyum umpama titian, dalam kehidupan. Kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum.

Pagi ini kita bicara pasal senyum. Senyumlah. Semoga senyuman kita akan meredakan segala gundah di dalam dada.

Senyum satu sedekah. Tak peru wang, tak peru harta, Allah bagi semua hamba peluang untuk mendapat pahala. Dan inilah semudah-mudah pahala. Senyum

Pernah dengar istilah 'virus'. Virus ni satu organisma yang menjangkiti manusia. Bila dijangkiti, amat mudah pula berjangkit. Begitulah senyum. Jika kita senyum pada orang, kita akan membuatkan orang itu pun mahu tersenyum, lalu dia tersenyum pada yang lain dan seterusnya yang lain pun turut tersenyum.

Senyumlah. Dan sebarkan salam. Rasulullah kata itu penguat ummah. Kita muslim semua bersaudara. Mari kita doakan kesejahteraan semua.

Senyum

Sunday, 6 April 2014

Vision Board untuk anak ibu

Assalamualaikum

Pengalaman mendengar ceramah hari Sabtu tempoh hari memberikan suatu dimensi pemikiran yang baru pada aku.

Pemikiran yang melangkaui apa yang aku lakukan sebelum ini, dan tak pernah aku lakukan walaupun terfikir.

Ibu ayah memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak. Samada kita mahukan anak kita membesar menjadi khalifah dimuka bumi Allah ini atau sebaliknya.

Panduan, dorongan ibu ayah tersangat penting untuk anak-anak. Bisikan kata-kata semangat ditelingan anak-anak sebelum terlena dimalam hari memberi impak yang besar kepada siapa anak kita pada esok hari.

Bermulalah sekarang. Jangan dinanti bila waktu sudah terlewat baru kita menyesal. Siapa yang pernah mendoakan anak-anaknya masuk syurga tanpa hisab? Siapa yang selalu mendoakan anaknya untuk menjadi billionaire suatu hari nanti? Memiliki berekar2 tanah, rumah besar, perniagaan besar dan maju. Siapa? Mata duitankah kita?

Kembali kepada sirah Rasulullah, kita lihat siapa Saidina Uthman bin Affan, siapa Saidina Abu Bakar, siapa Saidatina Khadijah Ibn Khuwailid? Mereka semua hartawan dizaman itu. Yang mengorbankan seluruh harta demi Islam. Mengapa tidak kita juga begitu? Orang Islam mesti menjadi yang terkaya, terbijak, terhebat, tersohor kerana orang beriman itu adalah sebaik-baik manusia disisi Allah.

Anak-anak ibu..

Ibu doakan anak2 jadi khalifah yang mengibarkan panji2 Islam ke seantero dunia. Khalifah yang Al Quran menjadi panduan hidupnya. Khalifah yang seluruh kekayaannya untuk ummah. Khalifah yang cintanya tak berbelah bahagi untuk Allah dan Rasul. Khalifah yang bisa mengajak seluruh umat dunia kembali kepada Islam.

AMIN

Kalsium oh Kalsium

Assalamualaikum

Hari ini saya nak bercerita sikit pasal Kalsium

APA ITU KALSIUM?

Kalsium adalah mineral paling banyak dalam badan. Kalsium sangat penting untuk kontraksi salur darah, fungsi otot, fungsi sarah dan rembesan hormon. Semua fungsi ini dikawal oleh 1% kalsium tubuh manakala 99% disimpan di dalam tulang dan gigi dan menyokong dan mengekalkan struktur dan fungsinya.

Berapa banyak badan kita perlu KALSIUM?

[1]Age/Male/Female/Pregnant/Lactating

0–6 months/200 mg/200 mg 

7–12 months/260 mg/260 mg  

1–3 years/700 mg/700 mg  

4–8 years/1,000 mg/1,000 mg  

9–13 years/1,300 mg/1,300 mg  

14–18years/1,300mg/1,300mg/ 1,300 mg/1,300 mg

19–50 years/1,000 mg/          1,000 mg/1,000 mg/1,000 mg

51–70 years/1,000 mg/1,200 mg  

71+ years/1,200 mg/1,200 mg  

SUMBER KALSIUM
MAKANAN
-susu, soya, cheese, sayur-sayuran

SUPPLEMENT
-OSTEMATRIX SHAKLEE

SESETENGAH UBATAN

Apa faktor mempengaruhi penyerapan KALSIUM?
-jumlah pengambilan
-umur dan cara hidup
-pengambilan Vitamin D meningkatkan penyerapan KALSIUM

Apa akibat kekurangan KALSIUM?
-kesan jangka pendek mungkin tiada simptom
-biasanya berlaku dalam penyakit tertentu seperti sakit buah pinggang
-antara simptom kekurangan KALSIUM ialah kebas2, mencucuk di jari2, kekejangan, keletihan, kurang selera makan
-kesan jangka panjang akan menyebabkan osteoporosis dan meningkatkan risiko patah tulang

Siapa yang berisiko tinggi mengalami kekurangan KALSIUM? (Maknanya perlu extra KALSIUM)
1)wanita putus haid
2)wanita mengalami masalah haid tak tetap dan lambat
3)lactose intolerance
4)vegetarian
5)pengambilan diet tak seimbang

Kita dapat lihat betapa pentingnya KALSIUM untuk tubuh. Jika bukan sekarang, anda akan menghadapi masalah dihari tua jika tidak mengambil KALSIUM harian yang cukup. Pasti hampir semua diantara kita tidak mengira pengambilan KALSIUM harian kita.
Jadi...cara mudah memberi anda bekalan KALSIUM...

OSTEMATRIX SHAKLEE!!!

Supplement Kalsium terbaik dipasaran dengan hampir 99% penyerapan. Mengandungi Vitamin D bagi meningkatkan penyerapan KALISUM dan mineral2 penting untuk menyokong kekuatan tulang, gigi anda.

PM saya
FB:Nurul Huda Ariza
Hp:0196354563

JOM SHAKLEE
SENYUM

Boleh ke kurus?

Assalamualaikum

Semua orang nak tubuh badan yang kurus, x gemuk. Dan seelok2nya, berat badan yang optimum.

Dalam perubatan, kita menentukan berat badan ideal kita dengan mengira BMI. Secara umum BMI normal adalah antara 19-23kg/m2. (Sila Google utk kira BMI)

Ramai orang teringin nak badan yang kurus, langsing, cantik. Kerana kita mahu dipandang cantik. Kita malu bila kita terasa diri tak cantik. Hakikatnya penciptaan Allah semuanya ada kecantikan tersendiri. Tak ramai dari kita memasang niat untuk turunkan berat badan untuk sihat. Untuk elak penyakit jantung, untuk elak bermacam-macam komplikasi. Tak kra apa reason anda, target tetap sama, nak badan lebih kurus.

Shaklee ada jawapannya. Kaedah yang selamat dan berkesan dan pasti halal. Bermula dari serendah-rendah bajet sehinggalah set lengkap untuk turunkan berat badan.

Set Kurus Bajet Shaklee
1)Lecithin
2)Alfalfa

Set Kurus Premium (Lengkap) Shaklee
1)Cinch
2)Alfalfa
3)Herb Lax
4)Lecithin
5)Omega guard

Wow!!! Boleh tahan kan?

Boleh kurus ke?

Pasti boleh dengan izi Allah dengan mematuhi syarat-syarat berikut:

-makan vitamin ikut dos dan aturan
-minum air secukupnya
-senaman yang berterusan sekurang2mya 20minit setiap kali, 3 kali seminggu
-kurangkan pengambilan high calories diet
-kurangkan pengambilan makanan manis
-banyakkan high fiber diet
-rehat yang cukup
-mengatur makanan ikut jadual (sedikit tetapi kerap)

InsyaAllah, pasti berjaya!!!

Ramai yang dah berjaya dengan iltizam dan kesungguhan.

Tak boleh mengharap supplement semata tanpa usaha dari diri anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Boleh ke kurus? BOLEH!!! PASTI BOLEH!!

INSYA ALLAH

PM saya untuk harga
Saya Shaklee Independant Distributor anda

FB:Nurul Huda Ariza
Hp:0196354563

Senyum

Falsafah atau falsampah?

Assalamualaikum

Pagi-pagi ni agak kekeringan idea. Tapi terfikir pulak nak mengutuk diri sendiri. Eh, tak baiklah. Kena positif. Hehehe

Hidup kita ni penuh dugaan, penuh cabaran. Memang Allah jadikan hidup kita begitu untuk menguji siapa yang paling beriman. Sedari dalam kandungan saat roh ditiupkan, bermulalah kehidupan kita sebagai hamba, dan bermulalah tuntutan Allah pada janji-janji kita suatu masa dahulu.

Falsafah atau falsampah?

Hidup kita, aturan kita dengan izin Allah. Kita pilih, mahu berjaya atau sebaliknya, mahu syurga atau neraka. Kita pilih, mahu suka atau duka. Kita pilih untuk berusaha atau duduk saja.

Hari-hari kita menulis peta di minda. Hari ini mahu buat apa? Beli apa? Pergi mana? Nak makan apa? Ada tak kita bertanya, nak sedekah berapa? Nak zikir apa? Nak solat dhuha pukul berapa? Nak hafal berapa surah?

Semuanya berkisar tentang kehendak kita, kehendak fizikal kita. Tapi kehendak roh kita ketepikan walhal itulah keutamaannya. Roh yang sihat akan melahirkan diri yang sihat, sihat fizikal, sihat rohani.

Falsafah atau falsampah?

Kenapa saya bilang begini? Kerana kita biasanya hebat dalam merancang tetapi kita gagal melaksana. Maka, falsafah tinggal falsampah. Kita hari ini masih ditakuk ini, masih kita 10 tahun yang dulu? Masih hanya menghafal 3 qul, masih tunduk bangun solat tanpa kenal pencipta, masih membaba Al Quran tanpa mengambil pelajaran dengannya.

Lalu kita masih mahu bertanya? Mengapa umat Islam dihina? Mengapa Islam sentiasa dibawah? Siapa? Silap siapa?!!! Jawablah sendiri.

Falsafah atau falsampah?

Hanya kita yang tahu dan hanya kita yang mampu mengubahnya.

Dengan izin Allah

Saturday, 5 April 2014

Klinik Keluarga

Assalamualaikum

Hari ini sepagi bersama Ustazah Isfadiah. Seseorang yang sangat saya kagumi ilmu mendidik anaknya. Sungguh tak sangka, dpt bertembung mata dan bersalaman dengan ustazah.

Hari ini program Parents Conference anjuran Brainy Bunch, Islamic Montessory, senang cerita, sekolah tadika Husna. Program ini diakan untuk ibu bapa kepada pelajar-pelajar di Brainy Bunch dan hari ini, terbuka kepada semua.

Klinik Keluarga. Program bertujuan membantu merawat umat dewasa ini yang dah semakin tenat. Program untuk mengingatkan kembali ibu bapa tentang betapa pendidikan anak-anak itu bermula dari dalam rumah. Program untuk menyediakan seorang khalifah yang billionaire di dunia juga diakhirat.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk hadir. Walaupun terpaksa mengangkut 3 ketul kesayangan ibu, ibu angkut juga. Sebab ayah bekerja, tak dapat hadir. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan ibu, hampir 5 jam menadah telinga untuk ilmu, bukan mudah dengan 3 putera puteri ibu. Sekejap Husna nak terkencing. Sekejap Faris nak makan. Fathin pulak nak menyusu. Husna dan Faris gelisah nak keluar dari dewan. Fathin gelisah asyik duduk dikerusi. Macam-macam. Tapi rasa seronok kerana berjaya ibu harungi. Sempat juga ibu mencatit mutiara-mutiara kata yang keluar dari ketiga2 ilmuwan yang datang.

Bukan senang nak senang. Bukan senang nak didik seorang anak menjadi manusia, terus, mejadi pemimpin ummah. Ibu bapa terlebih dahulu kena mulakan dari dalam diri. Ibu bapa harus memenuhkan diri dengan ilmu dan taqwa.

Kurniakanlah aku zuriat yang sleh dan solehah Ya Allah

Amin

Friday, 4 April 2014

Kalsium dan ibu mengandung

Assalamualaikum

Kehamilan adalah satu tempoh yang membahagiakan bagi seorang wanita. Kehamilan menyuntik rasa keibuan kepada seorang wanita dan diwaktu ini betapa kekuatan fizikal dan emosi seorang wanita diuji.

Ibu hamil perlu memastikan diri dan bayi didalam kandungan mendapat nutrien yang secukupnya. Nutrien yang cukup memastikan pertumbuhan sempurna bayi dalam kandungan.

Antara nutrien penting untuk kesihatan bayi dan ibu hamil adalah KALSIUM. KALSIUM sangat perlu untuk pertumbuhan tulang, gigi, otot, salur darah dan saraf bayi. Ibu perlu mengambil KALSIUM seharian yang secukupnya bagi memastikan ini terjadi. Jika tidak, bayi akan mula menyerap KALSIUM daripada ibu dan mengakibatkan tubuh ibu hamil kekurangan KALSIUM.

Gejala kekurangan KALSIUM pada ibu mungkin tidak berlaku semasa kehamilan. Tetapi masalah akan timbul dikemudian hari. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi semasa hamil boleh melemahkan kekuatan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di masa hadapan.

Kajian menunjukkan pengambilan KALSIUM yang optimum mengurangkan risiko osteoporosis dan risiko patah tulang. Ibu hamil memerlukan 1200mg KALSIUM.sehari.

Sumber KALSIUM terbaik adalah daripada produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, sayur hijau dan makanan laut. Bagi meningkatkan tahap penyerapan KALSIUM, badan kita memerlukan Vitamin D yang tinggi dalah telur dan ikan.

Namun, ramai ibu hamil menghadapi masalah dengan produk tenusu. Begitu juga dengan selera makan yang tidak menentu. Ini akan menganggu mencapai tahap optimum KALSIUM dalam badan yang diperlukan ibu dan bayi. Oleh itu, pengambilan supplement amatlah disarankan.

Ciri-ciri suplement KALSIUM terbaik untuk ibu hamil:

-penyerapan tinggi
-mengandungi vitamin D
-sumber organik
-halal
-selamat
-berkesan

Ya..OSTEMATRIX SHAKLEE memenuhi semua kriteria ini.

PM saya untuk info lanjut.
0196354563

Senyum

Thursday, 3 April 2014

Luarbiasakah dia?

Assalamualaikum

Luarbiasakah dia? Kulihat satu juga kepalanya, 2 biji mata, hidung pun satu, sepasang kaki dan tangan. Luar biasakah dia?

Dia mencorak hidup dengan berjaya sekali. Suatu ketika yang penuh dengan kesempitan dan kesusahan dia harungi dan saat ini dia sudah tersenyum bahagia. Bahagia kerana berjaya mengejar cita-cita, bahagia kerana telah keluar dari kemelut kemiskinan. Luar biasakah dia?

DNAnya aku pasti sangat dengan DNAku. Jantungnya juga mempunyai 4 kamar, sama seperti jantungku. Tapi mengapa dia begitu berjaya? Ada keturunan alienkah? Ada formula tertentukah? Dia insan biasa yang bisa mengeluarkan semaksimum potensi diri yang ada dalam dirinya. Kita adalah sebaik-baik penciptaan Allah. Diciptakan kita dengan suatu anugerah yang Maha Besar dari Allah, dengan pelbagai kelebihan tetapi disini juga kita. Kita ke luar biasa?

Cukup lah memerhati dan terus memerhati. Orang semakin jauh meninggalkan kita. Ini masanya. 'Aku' sudah lama menunggu untuk mengeluarkan potensinya. 'Aku' tak sabar-sabar lagi untuk keluar dari kepompong ini. Kerana 'aku' tahu, dia punyai banyak potensi. 'Aku' tahu kita semua adalah sebaik-baik penciptaan. Dikurniakan akal kita untuk berfikir dan bertindak. Ini masanya. Bukan selepas ni, buka esok.

Luar biasakah dia? Dia insan biasa yang mampu memaksimakan potensi diri, menghasilkan sesuatu yang luarbiasa. Ya...sesuatu yang luar biasa. Bukan masa untuk duduk memerhati, ini masanya untuk bertindak!

Aku mahu berjaya!!
Ya..aku insan biasa yang mahu menghasilkan sesuatu yang luarbiasa, dan yang pasti aku mahu setiap yang ku usahakan semakin mendekatkan aku padaNya...bukan menjauhkan.

Amin Ya Allah

Tulang ko rapuh ek?

Assalamualaikum

Ya..ya..saya tanya anda. Jawab dalam hati sudahla.

Tulang rapuh boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Saya, anda, muda atau tua. Dalam tak sedar, kita banyak terleka bahawa kita sangat perlukan kalsium untuk tubuh badan kita. Kalsium perlu untuk pertumbuhan tulang, gigi, salur darah dan saraf. Dari bayi sehinggalah ke orang tua. Semua amat memerlukan kalsium.

Pelbagai gejala akan timbul akibat kekurangan kalsium. Antaranya tulang rapuh atau osteoporosis. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi mengganggu pembentukan tulang dan ketumpatannya. Kajian menunjukkan bahawa, pengambilan kalsium yg optimum mengurangkan risiko osteoporosis dan tulang patah.

Berapa ramai dari anda yang tahu bahawasanya tubuh dewasa memelukan dalam 2000-3000mg Kalsiun sehari. Jumlah ini termasuklah semua makanan dan minuman dan supplement yang anda ambil. Harus diketahui bahawa tubuh kita menyerap hanya 500mg kalsium pada satu-satu masa. Jadi adalah disarankan kita mengambil makanan yang tinggi kalsium dengan kadar yang kerap dalam sehari.

Tertanya pulak saya, mampukan saya, anda, memenuhi keperluan kalsium tubuh hanya dengan pemakanan? Jawapan saya tidak. Kita sentiasa berhadapan dengan pemakanan yang tidak seimbang, diet yang tidak teratur. Dah tentu pengambilan kalsiun juga tidak memenuhi tuntutan tubuh kita.

Jadi, disinilah pentingnya supplement. Saya, anda amat memerlukan supplement kalsium untuk kesihatan tulang kita khasnya. Supplement kalsium terbaik adalah supplement yang disertai dengan Vitamin D untuk meningkatkan kadar penyerapan kalsium. Dan Shaklee ada:

OSTEMATRIX

-sumber kalsium dari bahan organic dengan kadar penyerapan tertinggi
-memberi keselesaan dan kesihatan tulang pada beribu-ribu orang
-diyakini keberkesanannya dan halal
-jika cuba, pasti nak lagi

PM saya.
0196354563
Lagi tentang ostematrix..nantikan

Senyum

Mengalah atau teruskan perjuangan?

Assalamualaikum

Setiap hari aku selalu diperantaraan ini. Dah tentu untuk berjaya aku perlu terus berjuang. Tapi adakalanya aku ter'berhenti' di persimpangan 'atau' kerana 1001 masalah dek kerana negativiti dalam diri.

Mengalah? Tidak sekali. Kenapa aku mesti mengalah? Kerana apa aku mesti teruskan perjuangan ini? Mengalah tidak merugikan sesiapa, hanyalah aku. Jika aku mengalah, aku akan terpaksa melihat orang lain semakin maju dan maju, meninggalkan aku terpinga-pinga dibelakang. Jika aku mengalah, bukan mukmin sejati namanya. Kerana sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah mereka yang sentiasa berjuang mengejar kejayaan.

Lalu aku bertanya pada diri. Nurul, kejayaan bagaimana yang kau mahukan? Mahu berjaya didunia dan kau lepaskan akhirat? Mahu berjaya material tetapi roh sunyi sepi? Perjuangan bagaimanakah yang aku harus pilih untuk dilalui?

Apakah garis panduan ku? Bagaimana untukku berjaya cemerlang didunia dan diakhirat? Disisi manusia dan lebih2 lagi disisi Allah? Perjuangan yang bagaimana?

"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahnyangnya. Dan yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta. Dan mereka yang menjaga kehormatannya." (Al-Mukminun 1-5)

Formulanya sudah ada. Aku perlu fokus, mengejar dunia dan akhirat sekali gus. Makanya aku ambil keputusan untuk terus berjuang. Kerana orang mukmin kental berjuang. Tetap terus berjuang walau penuh mehnah dan tribulasi. Kerana disitu ada nilai disisi Yang Maha Kuasa.

Ya...mengalah bukan pilihan yang bijak. Walau sekellilingku adakalanya mengendurkan semangatku, namun demi menjadi sebaik-baik hamba, aku akan terus berjuang.

Berkatilah hambaMu ini Ya Allah
Amin

OSTEMATRIX

Assalamualaikum

Hari ini saya nak menceritakan tentang OsteMatrix, salah satu vitamin paling laris keluaran Shaklee. Dah tentu laris sebab keberkesanannya, harganya dan status halalnya.

Apa OsteMatrix?
Perbezaan Shaklee:

OsteMatrix adalah kalsium yang isinya paling seimbang dengan kadar penyerapan 99%

OsteMatrix mempunyai formula unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zink, kuprum, manganese dan boron.

Nutrien di dalam OsteMatrix ini perlu diambil bersama penyerapan yang optimum

Kajian menunjukkan supplemen kasium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Terbukti betapa hebat dan perlunya kita pada Kalsium untuk kesihatan tulang terutamanya di hari tua kelak. Penjagaan awal menghasilkan tulang yang kuat dan sihat.

JOM SHAKLEE

Order sekarang, saya pos pada anda

PM saya di 0187812078

Tuesday, 1 April 2014

Sebelum Mata Terlena

Assalamualaikum

Tinggal 6 minit sebelum 2 April 2014. Janji tetap janji. Saya mesti siapkan 1 entry untuk hari ini.

Hari ini usrah berbincang tentang 27 ayat terakhir surah Al Kahfi. Menceritakan tentang Dzulkarnain dan Yakjuj Makjuj. Telah diceritakan dalam Al Quran kewujudan suatu kaum mungkin, yang merosakkan muka bumi Allah. Sehingga kini terlalu banyak kita dengar tentang teori siapa Yakjuj Makjuj ini. Saya biarkan anda berfikir mencari siapakah mereka.

Antara pengajaran yang terkesan dihati saya bahawa Allah menyebut ada segolongan hambaNya yang sia-sia perbuatannya sedangkan disangka dia telah lakukan yang terbaik. Mungkinkah kita pun termasuk dalam golongan ini. Contoh mudah segolongan yang mencari sumber rezeki dengan cara tidak syariat lalu membuat sedekah dan kebajikan dengan wang itu. Disangka dia telah melakukan sebaik2 kebaikan, namun disisi Allah tiada nilainya. Nauzubillah

Jam sudah genap 12..saya perlu berhenti

Salam