Saturday, 14 June 2014

With Allah, anything is possible

Assalamualaikum

I read statuses from Facebook today and this word captured me. 'With Allah, anything is possible'. It is very true indeed. For how many times, HE open the way for me. When I was in sorrow, in counfusing state, felt lost, HE never let me alone.

I always hold this believe. A mutual believe of HIS will. A real understanding of how small ourselves in HIS view. How much that we really need HIM in every single thing we do in this world, HIS world.

With Allah, anything is possible. I once had a very hard situation. I have to choose between 2 most important things in my life and yet, I want both. There was no chances for me to have both. Not that I can think of. No way. And it hurt me. I prayed a lot. Istikharah, Hajat prayer, always asked..."Ooo Allah..please guide me to the correct path...please open me the way. I am lost. I am totally lost". I cried and cried in front of HIM. With 100% confident that  HE will never let me alone. And...a miracle happen. The path looks so smooth, my mind was so clear, easily, calmly....I get both. I manage to get both! With nothing that I can think of, HE gave me the solution. Again, I cried of thankfullness. Sujud syukur.

With Allah, anything is possible.

I am now a SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR. It is my dream to be a WAHM, taking care of my family at home, at the same time boosting our family income. I want to become a Master Coordinator within 2 years in my involvement in Shaklee. I want to repair my parents house. I want have my very owned Homeschool. I want to help others. I want to do goods. I want to be a muslimah millionaire, spending most of my money for Islam.

And I know, nothing is impossible as Allah is always with me. Anything can happen by HIS will. Kun fayakun!

Oo Allah...never let me alone...Guide me to be a good Muslim, Guide me to right path, my family and all muslim.

Thank you Allah. You always surprise me with miracle! Alhamdulillah

"Allah is what HIS servant expectation"....

Alhamdulillah
With Allah, anything is possible.

#projekjutawan
#kayahartakayaiman

Soon...very soon..InsyaAllah

Friday, 13 June 2014

Patah kakiku! Pasti ada hikmahnya...

Assalamualaikum

Aduh...tengah kesakitan sekarang ni. Walaupun dan bersimen separuh, masih terasa berdenyut sakit akibat patah.

Malang tak berbau. Memang tak terbau pun. Bukannya dijalanraya, dalam rumah sahaja. Masih boleh berlaku dan sampai patah kaki ni.

Imbas kembali kejadian 2 malam lepas. Sambil dukung Nur Fathin Hanani, 11 bulan nak bawa masuk bilik untuk tidur, sambil melambai-lambai opah, abi dan umi, ibu pusing untuk ke bilik. Elok pusing nak melangkah, anak saudara lalu melintas. Nak mengelak jatuh atas dia, nak selamatkan Fathin dari jatuh terhempas, ibu alami free fall.

Ibu tak ingat macam mana ibu jatuh. Ibu tak rasa sakit sejurus selepas jatuh. Yang ibu tau, Fathin masih selamat dalam pelukan ibu, tak tercampak, tak terhantuk. Selepas itu baru ibu sedar kaki ibu terlipat dua dan kembali ke asal. Kesakitan yang tak dapat nak digambarkan! Diluar sedar, cerita mak dan siti (adik perempuan), mulut ibu tak berhenti-henti cakap."kaki kakyong patah..kaki kakyong patah!".

Malang tak berbau. Hari ketiga kaki kiri bersimen separuh dari bawah lutut ke bawah. Sejujurnya, azab dirasa. Apapun tak mampu. Semua kerja pun perlu bantuan. Ke tandas asalnya bertongkat, hampir jatuh dek kerana licin, sudahnya merangkak. Sakit lutut, sakit kaki yang patah bergegar.

Banyak baring, terlalu risau kalau displaced. Lagi panjang ceritanya nanti. Duduk sendiri, memberi ruang untuk berfikir. Apa yang aku mahu? Apa yang aku perlu? Masa depan macam mana yang aku nak? Berapa surah yang aku mahu hafal? Macam mana nak kembangkan Projek Jutawan (SHAKLEE) saya?

Macam-macam! Mungkin Allah ingin memberi ruang untuk aku lebih hampir, lebih banyak ber'sembang' denganNya. Walau asalnya jiwa tertekan juga, tapi bila dibanyakkan zikir, Alhamdulillah, redha tu mengatasi segalanya.

Ya..Allah tak akan uji seorang hamba dengan ujian yang tak tertanggung olehnya.

InsyaAllah. Semoga kesakitan dan kesusahan ini membuka lebih ruang untukku mendekatiMU. Amin Ya Allah.

Thursday, 12 June 2014

Pengalaman menyusu anak pertama...penuh cabaran!

Assalamualaikum

Tetiba harini teringat nak berkongsi pengalaman menyusu putera sulung ibu, Muhammad Faris Farhan.

Bertugas sebagai doktor, masih dalam tempoh latihan waktu itu, ibu dah mengandungkan Faris Farhan. Setiap detik dalam hati ibu, penuh tekad untuk menyusu penuh Faris Farhan, sekurang-kurangnya 6 bulan.

Waktu itu ibu takde guidance. Ibu agak-agak sahaja. Ibu google serba sedikit. Ibu beli breastpump, ibu beli storage bottle and bag. Ibu sentiasa berdoa, permudahkan cita-cita ibu ini. Dapat menyusukan Faris Farhan 6 bulan pun jadila.

Tanggal 17 Disember 2007 Faris Farhan pun dilahirkan. Bermulala projek EBM ibu. Buat stock untuk bekalan Faris Farhan bila ibu kembali bekerja. Waktu ini ibu masih tak pandai. Tergapai-gapai menguruskan masa. Bila nak menyusu Faris? Bila nak EBM? Bila nak berehat? Nak simpan banyak mana dalam setiap botol? Semua hay wire. Tapi ibu teruskan jugak.

Waktu itu ibu bertugas di Jabatan Bius. Masih baru disitu, perlu tagging sebelum betul-betul layak untuk oncall. Semua kes ibu kena attend. Masih ingat bila baju ibu selalu kebasahan sebab susu keluar. Breast dah terlalu engorge sampai sakit-sakit. Takde masa untuk ibu EBM regularly. Selalu ibu menangis sendiri menahan sakit. Sekali sekala ibu curi masa untuk memerah.

Bila Faris Farhan umur 5 bulan..stock susu makin kritikal. Ada waktu ibu terpaksa berkejar balik untuk hantar susu pada Faris. Ibu tetap bertekad, walau susah macam mana pun, ibu akan menyusu Faris penuh sekurang2nya sehingga 6 bulan.

Keadaan di Jabatan Bius memang sangat tak mengizinkan untuk ibu EBM regularly. Lama kelamaan susu ibu makin kurang. Susahnya ibu rasa nak menjayakan penyusuan ibu ni. Ibu selalu letih, ibu kurang rehat, ada masa ibu menangis seorang diri kerana terlalu letih. Letih memaksa diri, letih oncall, letih itu ini.

Kalaulah waktu tu ibu dah bertemu dengan SHAKLEE. Pasti ceritanya berbeza. Pasti ibu tak selesu itu. Pasti ibu tak se tension itu.

Akhirnya, saat yang ibu takuti terjadi juga. Stock susu ibu untuk Faris Farhan habis! Ibu terpaksa juga beli susu formula untuk Faris. Sepanjang perjalanan pergi kedai dengan ayah ibu menangis. Kecewa sebab terpaksa campur susu formula. Rasa bersalah pada anak ibu yang berhak dapat yang lebih baik dari ni. Itulah...memang niat ibu sekurang-kurangnya 6 bulan...cukup 6 bulan susu badan macam dah tak nak keluar. Waktu itu pula ibu sangat jahil tentang ilmu penyusuan ni.

Sekarang, Faris Farhan dan 7 tahun. Ibu dah berjaya susukan Husna sampai 2 tahun dan sekarang masih meneruskan perjuangan menyusukan Fathin yang hampir 1 tahun.

Sekarang ibu rasa sangat mudah menyusukan anak. Ibu tak seletih dulu. Badan kuat. Hati tenang. Memang rasa bertenaga walaupun terpaksa bangun 2 jam sekali untuk menyusu Fathin. Semuanya jasa SET MENYUSU EXTRAVAGANZA SHAKLEE...dengan izin Allah.

Kalaulah dapat ibu suggest pada semua ibu menyusu SET MENYUSU EXTRAVAGANZA SHAKLEE ni..

Saya Shaklee Independant Distributor anda bermula bila saya yakin dengan Shaklee

Anda pun boleh sertai saya

Anda pun patut cuba Shaklee

Jom SHAKLEE

PM SAYA NURUL-0187812078

#projekjutawan
#kayahartakayaiman
#breastfeedingmadeeasy
#hebatnyasusuibu

Bila nikmat ditarik

Assalamualaikum

Semalam, saya bekerja seperti biasa. Berjalan ke sana ke sini, rawat pesakit, tulis ubat untuk pesakit. Balik rumah, sibuk uruskan rumah tangga pula. Sibuk turun naik tangga.

Hari ini, semua pergerakan itu sudah tak boleh saya lakukan. Sekelip mata nikmat kaki saya ditarik. Dalam sekelip mata. Satu saat sebelumnya saya masih berjalan baik, sesaat kemudian kaki ini sudah patah akibat jatuh. Bukan kemalangan di jalanraya, hanya jatuh dirumah mak sahaja.

Aduh....sakitnya tak terkata. Kesian pada kaki, kesian pada diri. Tak mampu berjalan lagi, malah tak mampu lagi untuk menampung diri.

Kaki ini kubawa berjalan ke tempat kerja. Melangkah turun naik tangga dirumah. Ke hulu ke hilir ke mana sahaja. Tidak jatuh melangkah longkang, tidak terlanggar dek kenderaan yang lalu lalang, tidak terseliuh berjalan semedang.

Bila hari ini kaki ini mula tidak dapat kuguna...aku tersedar. Bila aku pernah bersyukur dengan ada kakiku ini? Bila aku pernah berterima kasih pada Allah kerana kaki ini masih kuat, bebas melangkah? Bila aku ungkap syukur kerana kaki ini tidak jatuh terjelepuk tiba-tiba?

Insaf...betapa besar nikmat Allah...tapi berapa ramai dari kita yang bersyukur?

Bila nikmat ditarik....baru ku sedar erti syukur. Terima kasih Allah, KAU pimpin aku ke jalanMu.

#jombinaiman

Wednesday, 11 June 2014

Ramping dan kekal kurus cara saya

Assalamualaikum semua!!

Seronoknya topik harini kan? Semua orang nak badan yang langsing, perut yang kempis, peha yang sedang elok. Saya pun nak juga.

Jika diikutkan keturunan, memang tak dinafikan mak saya pun tak besar mana. Tapi masih juga memerut dan berlemak sana sini. Tapi jika faktor umur, bolehla diterima.

Selepas bersalin anak ketiga haritu saya jadi panik sekejap. Sangat panik bila mencuba baju-baju sebelum mengandung dulu, semuanya dah cukup-cukup badan, menampakkan bonjol sana sini. Jubah yang sepatutnya jadi pakaian sopan dan jadi pakaian menjolok mata. Apalagi bila anak-anak tegur, buncitla perut ibu...fuh..Sangat panik!

Apa regim saya untuk kembali langsing seperti saya yang dulu?

1)Senaman-ringkas aje senaman saya. Buat sit up 20 kali setiap kali sebelum tidur dan mengayuh 'exercise bike' di rumah tu 15 minit sekali setiap hari. Istiqomah

2)Jaga pemakanan-saya mengawal pengambilan makanan yang manis, banyakkan makan makanan berserat dan tinggi protein

3)Wajib sarapan pagi-ini mengelakkan saya menjadi terlalu lapar dan mengakibatkan makan banyak?

4)SET SLIMMING SHAKLEE
   -Lecithin
   -Alfalfa
   -Omega

Pantas! Sangat pantas! Dalam 3 minggu dah nampak perubahan. Tak perlu malu pada anak-anak lagi sebab perut ibu muncit. Baju-baju yang tadi ketat dah makin longgar. Kulit juga makan cantik, gatal-gatal dan bersin-bersin pun hilang

Sekarang, saya hanya perlu maintain..

Jom cuba!

Pm saya, Nurul-0187812078

#projekjutawan
#kayahartakayaiman

Senyum

Indahnya pengalaman menyusukan anak

Assalamualaikum

Harini saya nak kongsi keindahan menyusukan anak. Ramai juga yang dah merasainya dan tak kurang ramai yang tak ada peluang atau sengaja melepaskan peluang untuk merasainya.

Penyusuan ibu atau breastfeeding mengeratkan ikatan ibu dan anak. Bila saya menyusukan baby saya, macam ada satu ketenangan timbul dalam diri, hati jadi tenang, otak jadi relaks dan rasa nak tidur je sebab terlalu tenang. Apalagi bila mata sikecil memandang kita sewaktu menyusu.

Indahnya saat itu. Tak dapat nak digambarkan perasaan bila baby ibu memandang ibu sambil menyusu. Tersenyum pulak tu. Luruh jantung ibu. Sayu, terharu, penuh kasih dan sayang.

Sebab itu, walau perlu bersusah, ibu akan teruskan menyusu baby ibu. Saat tu hanya lalu sekali. Bila kitalah satu-satunya cinta hati anak-anak. Bila kitalah satu-satunya yang sangat dirindui anak-anak. Bila kitalah yang membuat anak-anak kita tak keruan.

Indahnya penyusuan ibu.

Saya akan teruskan.

#breatfeedingmadeeasy
#hebatnyasusuibu

Monday, 9 June 2014

Filem kegemaran saya

Assalamualaikum

Harini saya nak ceritakan tentang filem kegemaran saya. Terkejut? FROZEN? Kartun?

FROZEN ni terlalu banyak berkait dengan kehidupan saya. Memang jalan ceritanya sangat menyentuh jiwa. Kisah dua beradik yang berselisih, dengan si kakak yang punya kuasa membekukan. Habis semua beku dek kerana marah dan takutnya dia.

Apa yang meleraikan sumpahan FROZEN tu? A true love thawed the FROZEN heart.

Bila difikirkan...dalam definisi cerita ni. A true love thawed a FROZEN heart. Very true, indeed.

Hanya dengan kasih sayang dan cinta yang ikhlas bisa melembutkan hati yang keras. Aplikasi untuk cinta kita sesama manusia, begitu juga kecintaan kita dengan Allah. Cinta yang sesungguhnya memberi tanpa minta dibalas. Pasti cair hati yang beku, lembut hati yang keras.

FROZEN juga sangat digemari Husna, my 4 year old little princess. Sangat suka menyanyi lagu 'Let it go' sambil tiru gaya emosional 'Elsa' dalam filem FROZEN. Ibu pun jadi terngiang-ngiangkan lagu Let it go.

FROZEN juga sangat berkait rapat dengan dunia SHAKLEE saya. Kali pertama saya sertai program SHAKLEE, Supermom Idol Penang, FROZEN adalah tema utamanya. Kerana FROZEN sangat diminati oleh Master Hadhatina Mkb. Dan sejak itu, menonton FROZEN, mendengar lagu2 dalam FROZEN, mengingatkan saya pada pesanan-pesanan orang hebat dalam keluarga SHAKLEE saya.

InsyaAllah...

Dengan gigih saya akan teruskan berSHAKLEE. Sebab ramai orang yang perlu untuk saya bantu

Jom SHAKLEE dengan saya

#projekjutawan
#kayahartakayaiman

Senyum