Friday, 13 June 2014

Patah kakiku! Pasti ada hikmahnya...

Assalamualaikum

Aduh...tengah kesakitan sekarang ni. Walaupun dan bersimen separuh, masih terasa berdenyut sakit akibat patah.

Malang tak berbau. Memang tak terbau pun. Bukannya dijalanraya, dalam rumah sahaja. Masih boleh berlaku dan sampai patah kaki ni.

Imbas kembali kejadian 2 malam lepas. Sambil dukung Nur Fathin Hanani, 11 bulan nak bawa masuk bilik untuk tidur, sambil melambai-lambai opah, abi dan umi, ibu pusing untuk ke bilik. Elok pusing nak melangkah, anak saudara lalu melintas. Nak mengelak jatuh atas dia, nak selamatkan Fathin dari jatuh terhempas, ibu alami free fall.

Ibu tak ingat macam mana ibu jatuh. Ibu tak rasa sakit sejurus selepas jatuh. Yang ibu tau, Fathin masih selamat dalam pelukan ibu, tak tercampak, tak terhantuk. Selepas itu baru ibu sedar kaki ibu terlipat dua dan kembali ke asal. Kesakitan yang tak dapat nak digambarkan! Diluar sedar, cerita mak dan siti (adik perempuan), mulut ibu tak berhenti-henti cakap."kaki kakyong patah..kaki kakyong patah!".

Malang tak berbau. Hari ketiga kaki kiri bersimen separuh dari bawah lutut ke bawah. Sejujurnya, azab dirasa. Apapun tak mampu. Semua kerja pun perlu bantuan. Ke tandas asalnya bertongkat, hampir jatuh dek kerana licin, sudahnya merangkak. Sakit lutut, sakit kaki yang patah bergegar.

Banyak baring, terlalu risau kalau displaced. Lagi panjang ceritanya nanti. Duduk sendiri, memberi ruang untuk berfikir. Apa yang aku mahu? Apa yang aku perlu? Masa depan macam mana yang aku nak? Berapa surah yang aku mahu hafal? Macam mana nak kembangkan Projek Jutawan (SHAKLEE) saya?

Macam-macam! Mungkin Allah ingin memberi ruang untuk aku lebih hampir, lebih banyak ber'sembang' denganNya. Walau asalnya jiwa tertekan juga, tapi bila dibanyakkan zikir, Alhamdulillah, redha tu mengatasi segalanya.

Ya..Allah tak akan uji seorang hamba dengan ujian yang tak tertanggung olehnya.

InsyaAllah. Semoga kesakitan dan kesusahan ini membuka lebih ruang untukku mendekatiMU. Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment