Assalamualaikum
Belum cerita dah nak tergelak. Tergelak mengenangkan kisah 3 beradik ni. Tiga beradik yang selalu menenangkan hati ibu.
Sekarang...Muhammad Faris Farhan dan 7 tahun, Nur Izzatul Husna dan 4 tahun dan Nur Fathin Hanani pulak dah nak masuk 11 bulan. Boleh bayangkan tak macam mana kelaku budak 11 bulan ni?
Sekarang ni Fathin dah makin aktif. Kalau kat rumah ni, kira dia la buli abang kakak. Adoi...nak tidur tadi tergelak-gelak ibu sakit perut. Mana taknya, dia pergi kat abang dan kakaknya dan dia gomol. Tak bagi peluang langsung abang kakak nak tidur.
Kat mana abang kakak ada, Fathin pun sibuk gi 'landing' kat situ. Kaki dok kuis-kuis abang kakaknya. Muka tak usah cakap....geram ibu tengok muka tersengih puas hati buli abang kakak.
Hehehe...abang kakak pulak cool aje. Gelak aje kene buli dengan adik...semua tergelak2 dalam bilik yang gelap tu..nak tidur tak jadi tidur. Akhir sekali terpaksa hantar Fathin keluar. Gergasi comel ni banyak kacau...pos sekejap kat ayah. Hem...takde maknanya. Tak sempat beberapa minit dah masuk balik. Sampaila dia sendiri letih...barulah aman.
Comelkan..hati saya sangat seronok dapat ketawa bersama-sama si kecil-si kecil saya ni hilang segala stress.
Nur Fathin Hanani sangat aktif. Alhamdulillah. Otaknya pun nampak cepat tangkap pelajaran baru. Mungkin sebab Fathin baby SHAKLEE saya. Sejak lahir lagi dah minum susu ibu ni yang penuh dengan khasiat Shaklee. Alhamdulillah, demam dan sakit-sakit pun jarang berbanding abang kakak masa kecil, kulit pun kental tak macam kakaknya masa baby dulu. Tak sia-sia la ibu tekun ambil Shaklee.
Abang kakak pun sejak dikenalkan dengan Shaklee, selera makan bertambah-tambah, pun dah semakin jarang demam selsema. Jika dulu dua-dua ada masalah buang air besar, sekarang tidak lagi.
Alhamdulillah. Ibu bersyukur. Ibu tersenyum
Dengan izin Allah. Semoga terus kekal rezeki bahagia dan kesihatan yang Allah bagi ni.
Semoga terus-terus Shaklee membantu saya sekeluarga untuk lebih sihat dan gumbira, dengan izinNYA.
Saya SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR anda
PM saya untuk sembang-sembang Shaklee. Izinkan Shaklee membantu anda untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri anda dan keluarga anda.
Senyum
Nurul-0187812078
FB: Nurul Huda Ariza
No comments:
Post a Comment