Wednesday, 25 June 2014

Antara ubi dan tin kosong..mana kau pilih?

Peribahasa Melayu kata...

"DIAM-DIAM UBI BERISI"

Lagi satu perumpamaan kontra untuk ini..

"TIN KOSONG"

Sistem pendidikan mengajar kita bahawa bidalan yang atas itu pasti lebih baik maknanya dari yang bawah.

Orang-orang yang diam-diam ubi biasanya dikaitkan dengan positiviti. Dan tin kosong sering pula dikaitkan dengan negativiti

Saya tak setujula. Sangat tak setuju!

Bukan ubi saja diamnya berisi, apa saja namanya tumbuhan, memang diamnya berisi. Tapi perlu disiram, perlu dijaga kerana ketakmampuannya bergerak. Ya, jika kena gayanya, ubi itu masak baik. Jika tidak kena gayanya, busuk dia di dalam tanah. Kecewa si tuan bila nak mengutip. Apa hebatnya ubi? Menyorok di dalam tanah sahaja.

Tin kosong tak bagus ke? Berbunyi-bunyi ditolak angin. Bergolek sana sini. Untung nasib si miskin tin kosong boleh dijual untuk recycle. Tin yang kosong bila-bila masa boleh diisi, mahu isi dengan apa? Mahu isi yang bagaimana, semua terpulang. Walaupun penyek, tin kosong tetap berbunyi. Walaupun berkarat, masih tin kosong tak henti berbunyi. Biarla hujan, panas, tin kosong tetap berbunyi.

Kalau ubi? Banjir boleh buat ubi rosak. Tanah kat Malaysia ni pun dah tak banyak nak tanam ubi.

Hahaha...apa aku merepek ni?

Hanya yang tahu...tahu..

Kisah ubi dan tin kosong..

Hakikatnya kita semua manusia sama. Siapa kamu untuk menilai orang? Hanya Allah yang tahu.

Senyum

No comments:

Post a Comment