Assalamualaikum
Hari ini hari kedua berpuasa di tahun 1435H. Dan seperti selalu, kita di Malaysia berpuasa pada musim kemarau, El Nino.
Selepas EBM tadi, teringat pula saya pada ibu-ibu lain yang menyusukan anak. Bagaimana ye keadaan ibu-ibu? Masih terus menyusukan anak atau sudah mengambil rukhsah berbuka puasa kerana bimbang susu akan kurang?
Saya ingin kongsi sikit pengalaman saya menyusukan anak. Sejak ada anak kecil bermula 7 tahun yang lalu, samada saya berpuasa semasa menyusukan anak, atau mengandung. Sebab Alhamdulillah..kedua-dua anak sebelum ni saya berjaya menyusu penuh. Sekarang Fathin Hanani dah nak masuk setahun, Alhamdulillah masih menyusu susu badan ibu sepenuhnya.
Apa yang ibu-ibu risaukan dibulan puasa ni? Susu kurang? Letih yang melampau? Anak tak cukup susu? Jangan risau. Masalah2 yang boleh diatasi dengan persediaan dan tindakan yang betul. Nak kongsikan disini, pengalaman saya, susu badan saya lebih banyak dibulan puasa. Mungkin sebab saya sangat bersedia untuk menghadapinya.
Persediaan. Penting tu. Persediaan yang paling penting untuk ibu-ibu menyusu yang pertama:
MIND SET
Mind set sangat penting untuk mendorong tubuh kita sekaligus mental kita untuk terus kuat menjayakan penyusuan ibu. Siapkan set dalam kepala dari awal yang 'saya akan menyusu anak denga jayanya di bulan puasa ini'. 'Susu badan saya tak akan berkurang apa lagi kering kerana saya berpuasa'. Anda mesti letak keyakinan yang tinggi. Contoh mudah..kita lihat sahaja orang Afrika yang kebuluran, masih tak putus menyusukan anak. Inikan kita. Pasti boleh!!
SAHUR YANG LENGKAP
Dah tertulis dalam hadith, besarnya kifayah bangun sahur ni. Ambillah peluang ni, bukan hanya mengisi perut, tapi juga menambah amal. Ibu-ibu harus pastikan sahur yang diambil mengandungi nutrisi lengkap. Banyakkan serat dan makanan tinggi protein kerana protein akan menyimpan tenaga yang lebih lama dalam badan, manakala serat akan memastikan perut kita sentiasa selesa sepanjang berpuasa. Elakkan makanan yang pedas. Jika saya, saya akan banyakkan minum susu. Susu soya atau apa-apa jenis susu dan juga buah kurma. Ambil air yang secukupnya
EBM 2-3 JAM SEKALI
Bagi ibu bekerja, ibu-ibu perlu teruskan memerah susu macam biasa. Tiada alasan bulan puasa perlu perah kurang dari biasa sebab takut susu habis. No! No! Itu pandangan yang salah. Susu badan kita akan lebih banyak terhasil jika kita lebih kerap mengosongkan payudara kita (EBM). Surirumah juga, perlu meneruskan 'brestfeeding on demand' macam biasa.
BERBUKA PUASA DAN SELEPASNYA
Pastikan ibu-ibu merebut setiap peluang pahala yang ada dibulan Ramadhan ni. Mulakan berbuka dengan kurma atau air kosong jika tiada kurma. Jangan keterlaluan semasa berbuka. Adalah lebih baik jika ibu-ibu makan secara sederhana dan ulanginya selepas beberapa jam. Dan bagi saya, bermulalah episod meneguk air sebanyak-banyaknya. Lebih banyak minum susu soya atau susu biasa dan kurma lebih bagus. Pastikan bermula selepas berbuka sehinggalah ke sahur ibu-ibu minum sekurang2nya 2 liter. Saya boleh...kenapa ibu-ibu tak boleh? InsyaAllah
DOA YANG TIDAK PERNAH PUTUS
Kita berusaha Allah menentukan. Rezeki menyusu anak ini juga dari Allah. Tapi dia tak datang dengan miracle. Hanya ibu-ibu yang berusaha sahaja yang akan berjaya. Namun begitu, ada sesetengah keadaan dimana ibu-ibu sangat berusaha untuk menyusukan anak anda tapi tidak berjaya, jangan kecewa, anda sudah membuktikan yang anda adalah ibu yang baik
MENYUSU DAN SUPLEMEN
Ini tambahan dari saya. Menyusukan anak ketiga ini, saya ditemani SET PENYUSUAN OPTIMUM SHAKLEE. Jadi bulan puasa kali ini lebih berbeza bagi saya. Menyusukan anak dengan amalan-amalan pemakanan dan minum seperti yang diatas tadi ditambah dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE. Apa yang berbeza? Badan lebih segar, tidak melampau letih seperti sebelum ini kerana saya tetap EBM amaun susu yang sama malah lebih dibulan puasa ini tanpa perlu saya tidak berpuasa. Suplemen sangat perlu untuk sokong badan kita ibu-ibu. Yang terlalu keletihan kerana banyak kehilangan air semasa berpuasa berbanding orang lain yang tidak menyusukan anak-anak. Vitamin-vitamin dalam badan turut keluar dan tenaga akan berkurang. SET PENYUSUAN SHAKLEE banyak bantu saya.
Hari kedua berpuasa dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE, walaupun sudah jam 3 dan cuaca sangat terik diluar sana, Alhamdulillah badan tidak rasa letih dan lesu. Mata pun belum mengantuk. Tekak pun belum kering. Dibulan puasa ini juga saya mengambil PERFORMANCE DRINK untuk mengekalkan tenaga dan mengelakkan keletihan yang melampau kerana berpuasa dimusim panas, ditambah dengan menyusukan anak sepenuhnya.
Kalau saya boleh, anda pasti boleh. Dan anda perlu dapatkan SET PENYUSUAN OPTIMUM+PERFORMANCE DRINK untuk memastikan badan kita kekal segar dan sihat, walaupun tetap berpuasa sambil menyusukan anak.
Berbeza. Memang berbeza!!
Terima kasih Shaklee
Terima kasih Allah
Alhamdulillah
PM saya jika anda berminat
Nurul 0187812078
Fb:Nurul Huda Ariza
Shaklee Independant Distributor anda
*pembayaran boleh dibuat secara online atau cash deposit ke bank islam/maybank/bsn
Senyum
No comments:
Post a Comment