Showing posts with label performance drink. Show all posts
Showing posts with label performance drink. Show all posts

Monday, 14 July 2014

SHAKLEE dan Abah

Assalamualaikum wbr

Semalam abang telefon Ma di kampung. Tanya khabar bulan-bulan puasa ni. Baru-baru ni saya cuba call Ma tapi tak dapat.

Rupanya Abah dah dekat seminggu tak lalu makan minum. Sahur pun tak lalu, buka puasa pun kena paksa dengan Ma baru Abah nak makan, itu pun sikit sangat. Kata Kaklong, Abah dah tinggal kulit dan tulang aje. Kurus kekik..kata orang pantai timur.

Abah, bapa mertua saya. Dah 80an umurnya. Abah cuma ada gout sahaja, selebihnya Abah sihat. Abah masih boleh memandu kereta dari Besut ke Kota Bharu. Hebatkan? Saya satu-satunya menantu perempuan Ma dan Abah. Jadi terasa sangatla dimanjakan. Abah pantang dengar menantu dia ni teringin nak makan apa-apa, pasti segera dicarinya. Abah yang pendiam jadi banyak bercerita bila dengan saya. Sampai adik-adik ipar dan kakak ipar cakap, menantu kesayangan.

Dengar abah tak lalu makan sampai kurus kering, lemah badan, cepat-cepat saya bungkuskan SHAKLEE untuk abah. Abang nak poskan harini.

1 SET KESIHATAN OPTIMUM
Set Kesihatan Optimum merangkumi Vitalea(multivitamin), Vitamin B Complex dan Vitamin C

Saya bekalkannya pada abah kerana Set Kesihatan Optimum ini membantu untuk menguatkan badan abah, meningkatkan selera makan, membuang toksin dalam badan abah, juga membantu menjaga kesihatan dalaman abah. Juga mengganti sumber zat yang abah tak dapat kerana tak lalu makan.

1 PERFORMANCE DRINK
Abah tak lalu makan dan minum. Kulit abah jadi sangat kering dan abah jadi sangat lesu. Itu semua tanda-tanda dehidrasi.

Dengan Performance Drink, abah akan dapat tenaga segera, menggantikan kehilangan mineral dan air yang banyak dalam badan abah kerana berpuasa dan InsyaAllah, tubuh akan semakin segar.

1 VIVIX
Semua orang tau kehebatan VIVIX. VIVIX ada tindakan antipenuaan, melawan radikal bebas yang bahaya untuk badan, ada tindakan antikanser, bagus untuk kesihatan sendi, kulit, otak dan keseluruhannya.

Memandangkan abah tak lalu makan, VIVIX ikhtiar mudah untuk abah. Abah perlu ambil 1 sudu kecil sahaja setiap hari. InsyaAllah akan bantu abah.

Ini ikhtiar kita. Kita wajib beriktiar untuk sihat. Saya harap saya dapat bantu Abah melalui SHAKLEE. Dengan izin Allah.

Dan sebenarnya, niat saya untuk bantu lebih ramai lagi orang melalui Shaklee. Harap Allah mudahkan urusan saya.

Anda juga mampu, anda juga boleh. Anda patut sertai SHAKLEE dengan saya. Nikmati nikmat membantu dan memberi. Alhamdulillah.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:
Nurul 0187812078

Fb:Nurul Huda Ariza

*sila klik dibawah untuk membuat tempahan terus dengan Shaklee

Sunday, 29 June 2014

Menyusu dibulan Ramadhan:Cabaran yang boleh diatasi

Assalamualaikum

Hari ini hari kedua berpuasa di tahun 1435H. Dan seperti selalu, kita di Malaysia berpuasa pada musim kemarau, El Nino.

Selepas EBM tadi, teringat pula saya pada ibu-ibu lain yang menyusukan anak. Bagaimana ye keadaan ibu-ibu? Masih terus menyusukan anak atau sudah mengambil rukhsah berbuka puasa kerana bimbang susu akan kurang?

Saya ingin kongsi sikit pengalaman saya menyusukan anak. Sejak ada anak kecil bermula 7 tahun yang lalu, samada saya berpuasa semasa menyusukan anak, atau mengandung. Sebab Alhamdulillah..kedua-dua anak sebelum ni saya berjaya menyusu penuh. Sekarang Fathin Hanani dah nak masuk setahun, Alhamdulillah masih menyusu susu badan ibu sepenuhnya.

Apa yang ibu-ibu risaukan dibulan puasa ni? Susu kurang? Letih yang melampau? Anak tak cukup susu? Jangan risau. Masalah2 yang boleh diatasi dengan persediaan dan tindakan yang betul. Nak kongsikan disini, pengalaman saya, susu badan saya lebih banyak dibulan puasa. Mungkin sebab saya sangat bersedia untuk menghadapinya.

Persediaan. Penting tu. Persediaan yang paling penting untuk ibu-ibu menyusu yang pertama:

MIND SET

Mind set sangat penting untuk mendorong tubuh kita sekaligus mental kita untuk terus kuat menjayakan penyusuan ibu. Siapkan set dalam kepala dari awal yang 'saya akan menyusu anak denga jayanya di bulan puasa ini'. 'Susu badan saya tak akan berkurang apa lagi kering kerana saya berpuasa'. Anda mesti letak keyakinan yang tinggi. Contoh mudah..kita lihat sahaja orang Afrika yang kebuluran, masih tak putus menyusukan anak. Inikan kita. Pasti boleh!!

SAHUR YANG LENGKAP

Dah tertulis dalam hadith, besarnya kifayah bangun sahur ni. Ambillah peluang ni, bukan hanya mengisi perut, tapi juga menambah amal. Ibu-ibu harus pastikan sahur yang diambil mengandungi nutrisi lengkap. Banyakkan serat dan makanan tinggi protein kerana protein akan menyimpan tenaga yang lebih lama dalam badan, manakala serat akan memastikan perut kita sentiasa selesa sepanjang berpuasa. Elakkan makanan yang pedas. Jika saya, saya akan banyakkan minum susu. Susu soya atau apa-apa jenis susu dan juga buah kurma. Ambil air yang secukupnya

EBM 2-3 JAM SEKALI

Bagi ibu bekerja, ibu-ibu perlu teruskan memerah susu macam biasa. Tiada alasan bulan puasa perlu perah kurang dari biasa sebab takut susu habis. No! No! Itu pandangan yang salah. Susu badan kita akan lebih banyak terhasil jika kita lebih kerap mengosongkan payudara kita (EBM). Surirumah juga, perlu meneruskan 'brestfeeding on demand' macam biasa.

BERBUKA PUASA DAN SELEPASNYA

Pastikan ibu-ibu merebut setiap peluang pahala yang ada dibulan Ramadhan ni. Mulakan berbuka dengan kurma atau air kosong jika tiada kurma. Jangan keterlaluan semasa berbuka. Adalah lebih baik jika ibu-ibu makan secara sederhana dan ulanginya selepas beberapa jam. Dan bagi saya, bermulalah episod meneguk air sebanyak-banyaknya. Lebih banyak minum susu soya atau susu biasa dan kurma lebih bagus. Pastikan bermula selepas berbuka sehinggalah ke sahur ibu-ibu minum sekurang2nya 2 liter. Saya boleh...kenapa ibu-ibu tak boleh? InsyaAllah

DOA YANG TIDAK PERNAH PUTUS

Kita berusaha Allah menentukan. Rezeki menyusu anak ini juga dari Allah. Tapi dia tak datang dengan miracle. Hanya ibu-ibu yang berusaha sahaja yang akan berjaya. Namun begitu, ada sesetengah keadaan dimana ibu-ibu sangat berusaha untuk menyusukan anak anda tapi tidak berjaya, jangan kecewa, anda sudah membuktikan yang anda adalah ibu yang baik

MENYUSU DAN SUPLEMEN

Ini tambahan dari saya. Menyusukan anak ketiga ini, saya ditemani SET PENYUSUAN OPTIMUM SHAKLEE. Jadi bulan puasa kali ini lebih berbeza bagi saya. Menyusukan anak dengan amalan-amalan pemakanan dan minum seperti yang diatas tadi ditambah dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE. Apa yang berbeza? Badan lebih segar, tidak melampau letih seperti sebelum ini kerana saya tetap EBM amaun susu yang sama malah lebih dibulan puasa ini tanpa perlu saya tidak berpuasa. Suplemen sangat perlu untuk sokong badan kita ibu-ibu. Yang terlalu keletihan kerana banyak kehilangan air semasa berpuasa berbanding orang lain yang tidak menyusukan anak-anak. Vitamin-vitamin dalam badan turut keluar dan tenaga akan berkurang. SET PENYUSUAN SHAKLEE banyak bantu saya.

Hari kedua berpuasa dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE, walaupun sudah jam 3 dan cuaca sangat terik diluar sana, Alhamdulillah badan tidak rasa letih dan lesu. Mata pun belum mengantuk. Tekak pun belum kering. Dibulan puasa ini juga saya mengambil PERFORMANCE DRINK untuk mengekalkan tenaga dan mengelakkan keletihan yang melampau kerana berpuasa dimusim panas, ditambah dengan menyusukan anak sepenuhnya.

Kalau saya boleh, anda pasti boleh. Dan anda perlu dapatkan SET PENYUSUAN OPTIMUM+PERFORMANCE DRINK untuk memastikan badan kita kekal segar dan sihat, walaupun tetap berpuasa sambil menyusukan anak.

Berbeza. Memang berbeza!!

Terima kasih Shaklee
Terima kasih Allah

Alhamdulillah

PM saya jika anda berminat
Nurul 0187812078

Fb:Nurul Huda Ariza

Shaklee Independant Distributor anda

*pembayaran boleh dibuat secara online atau cash deposit ke bank islam/maybank/bsn

Senyum

Wednesday, 25 June 2014

Kenapa PERFORMANCE DRINK minuman isotonik terbaik?

Assalamualaikum

Sangat suka nak cerita pasal PERFORMANCE DRINK musim musim panas terik dan kemarau ni. Indahnya perasaan bila kering tekak dibasahi dengan rasa oren hebat PERFORMANCE DRINK dari dalam peti sejuk rumah saya. Aish....tempting. Badan pun rasa fresh lepas minum PERFORMANCE DRINK.

Kenapa PERFORMANCE DRINK SHAKLEE ni best?

-sebab rasanya sedap

-sesuai untuk orang kencing manis juga sebab rendah indeks glisemik

-dia bagi tenaga segera pada kita

-seisi keluarga boleh minum, sejuk-sejuk lagi best

-cepat gantikan air yang hilang sewaktu aktiviti fizikal

Bila saya baca lebih, rupa-rupanya PD ni asalnya direka khusus untuk angkasawan NASA, USA. Dan juga digunakan sebagai minuman isotonik pilihan atlet2 terkemuka.

Memang bagusla PD ni. Tak rugi saya spare 1 kat rumah. Bukan saya sahaja, anak-anak dan suami juga boleh minum

Anda mahu PERFROMANCE DRINK?

PM saya ye

Nurul 0187812078

Shaklee Independant Distributor anda, jatuh cinta setelah mencuba.

Senyum

Keringnya tekak, mujur ada PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Asalamualaikum

Sekarang ni Malaysia dilanda El Nino. Kemarau yang teruk. Habis telaga kontang, pokok-pokok mati kekeringan, kurang air.

Ditambah pulak dengan jerebu akibat pembakaran hutan di Riau. Sangat tak sihatnya udara disekeliling kita.

Tekak ni tak usah cakapla. Kering memanjang. Badan pun asyik berpeluh, semakin banyak peluh keluar, semakin dehidrasi kita. Musim-musim kemarau begini, kena minum air banyak.

Anak-anak jangan dibiarkan main berpanjangan bawah terik matahari. Tak elok.

Badan cepat jadi lesu, sebab banyak mineral badan keluar bersama peluh dan bahan kumuh lain. Biasanya saya akan cadangkan minum minuman isotonik pada pesakit.

Nasib baik ada PERFORMANCE DRINK (PD) SHAKLEE

Inilah minuman isotonik yang saya cari.

-tanpa gas
-rendah indeks glisemik
-rasa oren yang sedap

Senang saja. Saya bancuh siap-siap dalam tumbler dan letak dalam peti ais. Bila-bila masa boleh minum. Di musim kemarau ni, fuh...freshnya rasa tekak dan badan dapat minum PD

Saya rasa semua orang patut spare PD kat rumah

Hubungi saya jika berminat:

Nurul 0187812078
Fb : Nurul Huda Ariza

Saya Shaklee Independant Distributor, jatuh cinta selepas sendiri mencuba.

Senyum