Bermula MC panjang, saya menyusun jadual untuk meghabiskan buku-buku yang saya beli dah berapa lama dulu. Suka membeli, masanya untuk membaca kurang. Di tempat kerja dah tentu sibuk dengan pesakit, balik ke rumah, sibuk melayan anak-anak sampai ke malam nak juga masa berdua-dua dengan suami, sudahnya tidur. Tak baca buku.
Inilah kesempatan saya. Patah kaki, terpaksa duduk saja dirumah, anak-anak kami hantar dirumah seperti biasa. PROPHETIC Parenting:Cara Nabi Didik Anak. Lama dah saya cari buku ni akhirnya dapat. Dan sekarang baru berkesempatan membaca.
Membuka lembaran awal buku ini pun hati kita dah tersentak. Tersentak dek kehalusan budi dan bahasa penulis dalam kata pengarang, betapa penulis mengangkat ibu dan ayah serta pendidiknya. Kagum. Banyak doa amalan untuk kita menghasilkan anak yang soleh. Semuanya dari Al Quran. Hanya menunggu untuk kita gali. Macam mana nak gali kalau takde cangkulnya?
Rupanya, antara hak seorang anak ke atas ayahnya ialah mencari ibu yang baik untuknya. Mantik bukan? Si anak belum lahir, perlu ada seorang isteri untuk menjadi seorang ibu, tapi hak itu sudah dituntut oleh anak, untuk mendapatkannya ibu yang solehah untuk membentuknya dengan iman dan Islam.
Lalu kita beriktibar. Betapa pentingnya memilih pasangan yang baik. Betapa pentingnya memilih isteri yang solehah, kerana isteri solehah itulah yang akan mendidik, menghasilkan anak yang soleh. Betapa besarnya peranan seorang ibu itu dalam pendidikan anak di dalam Islam.
Lihat sahaja kata-kata ini.."Di belakang seorang lelaki yang hebat ada seorang wanita yang hebat". Siapa wanita itu? Isterinya? Bukan...wanita itulah ibunya yang membentuknya menjadi orang yang hebat. Yang tidak salah membentuk si anakl dengan acuan yang betul. Kita imbau kisah Nabi Isa. Nabi Isa a.s terkenal sebagai seorang nabi dan Rasul yang sangat penyabar. Lihatlah tarbiahnya. Siapa ibunya? Maryam yang redha dengan setiap ketentuan Allah. Maryam yang taat dengan perintah Allah. Maryam yang sabar menghadapi apa pun dugaan pada waktu itu. Lalu lahirlah Nabi Isa.
Saya seorang ibu. Perlu solehahkan diri saya ini dulu untuk saya dapat anak-anak soleh solehah.
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment