Thursday, 19 June 2014

Allah is the best companion

Tatkala dalam kesakitan ini baru aku sedar. Tiada sandaran lain selain Allah.

Saat kakiku sebelah kiri ini tidak dapat berfungsi, segala beban tugasku sebelum ini jatuh pada abang. Siapkan anak ke sekolah, hantar dan ambil ketiga-tiga kesayanganku itu, menyediakan makanan, menyiapkan beg pakaian anak-anak untuk ke nursery. Pendek kata, padat dengan tugas-tugas harian. Dan manusia tentu akan keluh kesah. Sedikit terusik. Aku kesian pada abang, dalam masa yang sama kesian pada diri sendiri.

Kaki kiriku sakit, bebalut sehingga bawah lutut. Bukan selesa, lenguh sana-sini, sakit bukan hanya tempat patah, sakit pada sendi yang tak dapat bergerak, pada tumit yang ditekan-tekan, sakit betis menahan bebas kaki, sakit keseluruhan badan yang perlu aku seimbangkan bila mahu berfungsi. Sakit! Tak selesa. Aku perlu abang untuk mengadu, aku perlu abang untuk tanya keadaanku, aku perlu abang untuk sedikit sebanyak bagi simpati padaku. Tapi aku tak mahu menagih semua itu. Cukuplah banyak pengorbanan yang abang dah buat, ku anggapkan tanda cinta dan sayang yang tak terluah. Taknak kupaksa-paksa layan kerenah ini. Biarlah aku menangis sendiri.

Tiada yang lain, aku berpaling padaNya. Di saat aku gembira aku berkongsi denganNya, saat aku bersedih begini DIA lah pendengar setia. Tidak pernah mengecewakan, hati yang rawan bagaikan terpujuk. Kaki yang sakit serta merta hilang, hanya ada rasa tenang dan bahagia. Lalu, kembali mengintai hikmah disebalik musibah ini. Dengan Allah, aku tak pernah rasa tersisih. Dengan Allah, aku tak pernah rasa diri tak berguna, dengan Allah, aku tak pernah rasa sunyi. DIAlah peneman aku disaat aku suka dan duka.

Aku syukur atas kehadiran suami yang sangat sabar macam abang. Sangat membantu tanpa mengeluh. Cuma mungkin permintaan aku yang berlebihan. Minta diberi perhatian macam baby yang baru lahir..memang tak dapatla.

Ya Allah, tabah dan sabarkanlah hati kami hadapi dugaanMu ini. Aku mohon Ya Allah, kekalkanlah hubungan cinta aku dan abang sehingga ke syurga. Jadikanlah kami pasangan yang menerima kelemahan pasangan yang lain dan yang pandai menunjukkan rasa kasih dan cinta antara satu sama lain.

Abang...kaki sayang lenguh sangat...
..
..
..
..
..

Ya Allah, kaki aku lenguh sangat
Terima kasih Allah, jadilah temanku buat selama2nya kerana tiada yang sebaikMU wahai Allah.

Jangan biarkan nasibku ini ditentukan oleh diriku walau kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.

Amin

No comments:

Post a Comment