Thursday, 4 September 2014

Dia yang telah pergi...Al Fatihah

Malam ni entah kenapa saya teringatkan seseorang. Arwah sahabat yang pernah saya kenal, dan perkenalan yang sekejap itu cukup memberi kesan kepada saya dan juga diri arwah.

Tahun 2004...

Ketika itu saya belajar di Tahun 4, di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Ye betul..belajar nak jadi doktorla. Tetiba pada suatu hari mak bagitahu saya Makcik Nor (jiran depan rumah) akan bawak adik ipar dia yang baru tahu dapat kanser hati untuk dapatkan rawatan disini.

Ok. Pertemuan pertama saya dengan arwah bukan disengajakan. Dah tentu saya teruja nak jumpa mak yang ikut teman Makcik Nor sampai ke Kubang Kerian. Itulah kali pertama saya lihat arwah. Dan pada kali pertama itulah saya dapat lihat tanda-tanda orang berputus asa, hilang keyakinan diri, malah hilang kebergantungan diri dengan Allah. Tiba-tiba terselit dihati saya, dia perlukan aku.

Maka bermulalah kisah singkat yang penuh hikmah dalam hidup saya, dalam hidup arwah.

No comments:

Post a Comment