Thursday, 25 September 2014

The Zenith Hotel, Kuantan

Assalamualaikum

Harini nak kongsi pasal Hotel Zenith, Kuantan.

Cuti umum, Hari Malaysia baru-baru ni, kami sekeluarga ke Kuala Terengganu, ada kenduri kahwin sepupu suami saya. Memandangkan Seri Manjung ke Kuala Terengganu teramatlah jauhnya, maka kami buat keputusan untuk terus ke Kuantan selepas makan kenduri. Transitla kira-kiranya. Dah jimat 2-3 jam dah situ. Tambahan pulak, Kuantan tempat abang belajar masa Matrikulasi dulu. Seronok abang mengimbau kenangan di sana.

Menjadi kebiasaan saya, langkah pertama untuk carik hotel, saya akan bukak website halaljakim. Tengok Hotel Zenith antara yang dicertified halal dapurnya oleh Jakim. Buka website Zenith Hotel, emm..menarik. bookingla kami.

Kami tiba di Hotel Zenith dalam 4 petang. Berlainan sekali rupa bandar Kuantan kata abang. Hotel ni berhadapan dengan Parkson Grand...besar mallnya..sesuai sekali. Jalan kaki je boleh sampai.

Lobi hotel ni sangat luas. Tapi simple. Bilik pun cantik, agak luas untuk bilik standard. Toiletnya pun sangat luas. Bilik di hotel ni bercirikan moden, macam kebanyakan hotel. Sangat selesa.

Yang paling best, sarapan pagi disini. Walla!! Beraneka pilihan dan semuanya sedap-sedap. Hotel ni jugak ada swimming pool, seronokla anak-anak saya bermain dan juga Children's Playroom. Tak payah nak keluar jauh-jauh, anak-anak dah sangat seronok walau hanya jalan-jalan dalam kawasan hotel.

Kata abang, kalau ke Kuantan pasti akan menginap di Zenith lagi. Kami sangat rindui makanannya yang sedap, biliknya yang sangat selesa.

Tunggu, The Zenith! We will come back! InsyaAllah

No comments:

Post a Comment