Asalamualaikum
Saya orang Ipoh, tapi sesungguhnya tak berapa tau apa yang best di Ipoh sebab asal balik Ipoh, masakan mak la saya tuntut.
Bila dah kahwin dan duduk di Manjung, seronok jugak recce restoran best-best di Ipoh. Kebetulan adik saya yang bongsu kerja di satu kedai nasi arab di Kinta Riverview, apalagi, try la.
Hadramawt nama kedainya. Bebetul di tepi sungai Kinta di Kinta Riverfront, bersebelahan dengan Hotel Kinta Riverfront. Tak silap berhadapan dengan sekolah.
Macam biasa, kedai Arab, resepi Arab la. Nasi Ayam Mendi, Daging Mendi, khabsa..bla..bla..bla..Tak sempat nak belajar sebab semua adik saya yang order dalam bajasa Arab. Ces!
Saya makan Nasi Ayam Mendi dengan Fresh Orange. Side dishnya pulak apa ke nama, roti dicicah dengan kuah kacang. Haaa...bukan kuah kacang manis macam kita tau. Kacang pedas sikit rasanya. Memula saya pun buat muka pada adik, bila rasa...wallaweh!! Fantastik! Cuma kaki pedas macam saya kene mintak cabai potongla nak taruk dalam kuahnya. Agak kurang pedas..:)
Emm...terfikir pulak saya. Berapa banyak kalori makan sepinggan nasi arab ni ye? Hehehe..boleh tahan la. Nasi penuh sepinggan dengan ayam potong empat. Apalagi, balik rumah saya terus makan Lecithin dan malam pulak saya makan Omega Shaklee untuk burn lemak-lemak yang saya makan tadi, dan lemak-lemak lama yang terpendam.
Cerita pasal Lecithin dan Omega ni, teringat saya pada Alfalfa. 3 kawan baik ni la sangat berjasa pada saya selepas pantang anak ketiga haritu. Baju saya semuanya ketat-ketat jadinya. Agak panik! Nasib baik ada 3 suplemen ni. Alhamdulillah. Pada awalnya cuba diet sendiri, sedikit exercise tapi tak jadi. Bila tambah suplemen yang 3 ni, cepat aje mengempis apa-apa yang patut. Anak-anak pun tak merungut dah ibu buncit. Hehehe..
Berbalik pada Restoran Hadramawt..anda mesti cuba! Memang best! Kalau bulan Ramadhan, lagi berbondong orang ke sana.
Nanti saya update map dan contact number ek...
Saya Shaklee Independant Distributor
Apa2 mau tahu dan mahu cuba Shaklee, PM saya ye.
Nurul 0187812078
No comments:
Post a Comment