Assalamualaikum wbr
Nama saya Nurul Huda Ariza binti Abdul Razak. Saya berumur 34 tahun. Saya dilahirkan di Hospital Pulau Pinang pada 18 November 1980 pada jam 12.15 tengahari (panas tu). Saya adalah anak sulung dari 5 beradik dengan seorang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki.
Sekolah rendah saya, Sekolah Kebangsaan Jelapang, Taman Meru, Ipoh Perak. Sekolah Menengah saya Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Saya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dalam bidang perubatan. Sekarang saya bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Seri Manjung, Perak. Saya telah berlhidmat sebagai seorang doktor selama 7 tahun, pelbagai pengalaman yang telah saya lalui.
Saya dah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahayamata setakat ini. Ada rezeki saya nak ramaikan ummat lagi, InsyaAllah.
Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak membuatkan saya selalu rasa untuk berhenti kerja. Saya mahu menjaga suami dan anak dari rumah. Saya mahu saya sendiri menguruskan makan pakai mereka.
Secara peribadinya, saya seorang yang tegas tapi mudah mesra. Jika pertama kali berjumpa, ramai yang kata saya sombong sebab raut wajah saya ni macam orang sombong. Bila dah kenal, menyesal pulak. Haahha..sebab tak berhenti bercakap. Saya sangat setia pada persahabatan. Saya sangat suka menulis namun sejak berkahwin, mood untuk menulis tu selalu ke laut.
Sekarang, demi berusaha mencapai impian saya menguruskan anak dan suami sendiri, saya sertai Shaklee. Teruja dengan seribu-satu kebaikan produk Shaklee, saya juga jatuh hati dengan ahli-ahli Shaklee yang rata-ratanya sangat Islamik dan sangat sesuai dengan jiwa saya. Bukan hanya bisnes semata, tetapi dalam masa yang sama kita membantu orang lain untuk jadi lebih sihat, juga menambah pendapatan keluarga.
Apa tak cukup ke gaji saya sebagai doktor? Bila impian setinggi gunung, pasti tak cukup. Impian saya banyak. Dan kesemuanya untuk berbakti dan membantu. Terutamanya untuk kesihatan. Saya ingin sekali membantu mereka yang susah, bagi ubat free, perkhidmatan kesihatan free, pendidikan kesihatan free daripada saya sendiri.
Saya nampak saya mampu melakukannya dengan Shaklee. Sangat dekat dihati saya bila Shaklee sangat mempromosikan kesihatan dan kecantikan disamping pendekatan spiritual yang buat kita makin hampir dengan Allah.
Sekarang, saya masih seorang doktor. Dan mungkin selama-lamanya saya akan berkhidmat untuk orang ramai, tetapi dimedan yang berbeza, dimana anak-anak saya dihadapan mata saya, segala urusan anak-anak dan suami menjadi tanggungjawab saya. Ewah! InsyaAllah
*Saya tahu ramai diluar sana yang ingin keluar dari kemiskinan, keluar dari kepompong yang menyekat kemajuan diri, jadi jomla sertai saya di Shaklee. Anda mampu berubah! From zero to hero!
Saya Dr Nurul Huda Ariza binti Abdul Razak
Medical Officer
Breastfeeding Peer Counselor
Shaklee Independant Distributor
PM saya tentang apa sahaja yang mendatangkan faedah dan memberi manfaat.
0187812078
Senyum
Sayang kat Dr nurul huda. ❤
ReplyDelete