Assalamualaikum
Nak kongsi kebahagiaan dengan semua. Weekend kali ni abang dapat cuti 3 hari. Kebetulan 31 Ogos jatuh hari Ahad, so ganti cuti pada hari Isnin.
Weekend ni kami agak sibuk. Projek upgrade Master Bedroom tak habis lagi. Tapi jiwa rasa meronta-ronta sangat nak bercuti. Nak rest & retreat. Baru hari Sabtu tu terperasan abang cuti sampai Isnin. Kebetulan pula abang ada ajak pergi kenduri kahwin kawan dia di Taiping. Emm...apalagi..terus berkira-kira..dapat bercuti 2 hari 1 malam pun jadila.
Haa..memang kepakaran saya meng'google' hotel-hotel bila nak bercuti. Yang pertama sekali saya akan google hotel yang diiktiraf Halal oleh Jakim. Di Taiping Perak ada 3 hotel yang ada sijil Halal Jakim
1)Hotel Flemington
2)Hotel Seri Malaysia
3)Hotel SSL Traders
Confirm...hujung minggu yang panjang biasanya hotel-hotel ni yang habis dulu. Selesa dan harga berpatutan. So..klik-klik, keluar 'Sentosa Villa'. Actually lama dah tau kewujudannya tapi sebab rasa-rasa macam mahal dan takde sijil Halal, tidakla ambil tahu. Tapi kali ni nak sangat-sangat bercuti, berehat tak kisahlah, makanan boleh gi round bandar Taiping, lagi best.
Akhirnya, kami sekeluarga jejakkan kaki ke Sentosa Villa. Subhanallah...cantiknya. Resort dipinggir hutan..dengan suasana semulajadi yang best. Ada chalet-chalet dan bungalow, ada kolam ikan, ada tempat barbeku, ada itik jinak, ayam belanda dan paling best untuk anak-anak, kolam mandi semulajadi..sejuk dan bersih! Bestnya!
Anak-anak sangat seronok. Saya lagila seronok. Tenangnya rasa. Alhamdulillah. Saya dengan abang dah mula merancang-rancang nak buat family trip ke sini. InsyaAllah.
Biarlah gambar berbicara. Seronoknya stay di Sentosa Villa, Taiping, Perak.
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment