Monday, 29 September 2014

Bila anak ibu tak sihat...

Harini saya EL (Emergency Leave). Nur Fathin Hanani saya demam. Dah beberapa hari tapi pagi tadi terlampau panas. Dia pun asyik merengek. Saya tak fikir apa dah, jam 5.30 pagi selepas solat tahajud, terus saya whatsapp bos, assiatant dan partner saya.
 
Sepanjang hari Fathin merap. Nak didukung, nak dipeluk. Makan harini agak kurang daripada biasa. Kebanyakan masa nak mengempeng aje kerjanya. Ibu rela sayang. Suppository PCM 5hourly ibu terpaksa sumbat. Kesian pada Fathin tapi demi nak cepat sihat. Makin ke petang nampak Alhamdulillah, makin jarak demamnya. Malam ni suhu badan Fathin ok. Fathin pun dah tergedik-gedik main dengan ayah, abang dan kakak. Harap teruslah ok.
 
Ikut hati ibu, taknak ibu pergi kerja sampai betul-betul Fathin atau Faris dan Husna sihat. Teringat ibu pada Nutriferon Shaklee. Kalau ada mungkin ibu tak perlu nak sumbat ubat pada Fathin. Sayangnya Nutriferon sekarang tak ada stok seluruh Malaysia. Sangat bagus untuk pertahanan badan.
 
Begitulah kita yang bergelar ibu. Anak adalah segala-galanya. Kesian pada anak jika tak sihat tapi ibu terpaksa bekerja. Inilah yang ibu nak usahakan. Ibu nak bekerja sendiri, atur masa ibu sendiri agar anak-anak ibu menjadi priority dalam kawalan ibu sendiri. Saya tengah usahakannya. Saya yakin, suatu hari impian saya pasti tercapai. Impian untuk menguruskan keluarga sendiri. InsyaAllah
 
Ya Allah...sembuhkanlah Nur Fathin Hanani. Peliharalah Fathin daripada demam yang melarat. Sembuhkanlah adik ibu sepenuhnya. Lindungilah dia dari sebarang komplikasi.
Amin Ya Allah..

Saturday, 27 September 2014

Western Food best di Seri Manjung...yummy!

Assalamualaikum

Kisah semalam, mencari makan malam. Saya sangat teringin western food. Kebiasaan kami sekeluarga akan makan di Swissomet Restaurant, western foodnya sedap, orang Melayu punya kedai walaupun namanya agak debom. Kedainya cantik, tertutup dan berhawa dingin. Dalam kedai dipasang lagu-lagu Inggeris zaman 80an. Memang feel la makan di situ.

Tapi saya bukan nak cerita pasal Swissomet. Kecewa betul semalam sampai di Swissomet...full! Mentang-mentang gaji dah masuk. Semua pakat gi makan kedai. Nak tunggu memang takla. Lapor sesangat dah ni. Anak-anak pun kecewa, sebab suka sangat suasana kedai. Yang si kecik Fathin menangis bila masuk kereta balik. Hehehe. Macamla tau nak gi mana. Nasib baik minggu lepas bersembang dengan doktor junior di ofis, katanya ada lagi satu kedai Wester food sedap di Manjung, Iwan Grill.

Ok, sebab teringin bebenor western food, kami pun ke Iwan Grill. Iwan Grill terletak di jalan menuju ke kubur Cina (Manjung) orang Manjung pasti tahu, sebaris dengan pusat sukan Misa, Chef Noodle. Mula buka petang dalam pukul 6 petang sehingga pukul berapa tak pasti. Kedai makan terbuka, dihadapannya ada gerai satay.

Tengok resepinya, wow! Ada yang tak pernah dengar dan tengok. Kami order..

1)Grill Chicken Chop with black pepper sauce
2)Mozarella Grill Steak
3)Spagetti Aglio Olio
4)Mushroom Soup
5)Garlic Bread
6)French Fries
7)Fresh Orange
8)Limau Ais

Disebabkan lapar sesangat, sampai aje dish, saya terus makan. Sampai lupa nak snap gambo. Best!! Semua dish yang kami order ni best. Teringat-ingat saya pagi ni. Chicken Chop tu, ayam dia so tender, gravy dia sangat sedap. Mozarella Steak tu, walla! Rasa cheese sampai ke isi. Daging batang pinang tuu...nyum..nyum. Aglio olio, nampak simple, tapi aroma dan rasanya...subhanallah, sedap. Tambah pulak dia letak cabai sikit untuk pedas. Kena betul dengan selera saya. Sup dia sejibik rasa sup pizza tapi jauh lebih murah..

Alhamdulillah...Ya Allah, rupanya ada kedai western sedap lain di Manjung. Tak tau..sekarang, sangat sangat suggest Iwan Grill ni. Saya rasa si Iwan ni dulu dia kerja chef hotel. Kelas ko punya dish Iwan! Alhamdulillah.

Untuk sesiapa yang nak mai jalan-jalan Manjung, sini salah satu kedai yang saya syorkan sangat.

IWAN GRILL

Yummy!

Friday, 26 September 2014

Aktiviti pagi Sabtu : Hoorey!!

Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Agaknya apa aktiviti pagi ni ye? Pagi ni saya sekeluarga bersarapan di taman permainan kanak-kanak. Dah lama sangat dah kami sekeluarga tak ke taman. Beberapa minggu ni sibuk dengan projek rumah, sampai tak menyempat bawa anak-anak ke taman.

Pagi-pagi ni kemas rumah serba sedikit, terus ajak suami keluar dengank anak-anak. Singgah gerai tepi jalan, beli nasi bungkus dan sedikit kuih, kami pun terus ke Taman Permainan Pantai Teluk Batik.

Excitednya anak-anak bermain. Melompat sana-sini. Menjerit-jerit suka. Saya suka tengok anak-anak gembira. Rasa release segala tekanan bila buat aktiviti bersama keluarga macam ni. Anak naik buai, kita pun naik buai. Anak main bola, kita pun sepak sekali. Ada lagi 1 keluarga juga bawa anak-anak bermain disini.

Anak-anak memerlukan ruang untuk mereka melepaskan segala aura negatif dalam diri mereka. Caranya dengan outdoor aktiviti. Outdoor aktiviti memberi kebebasan pada anak-anak untuk explore sendiri persekitaran mereka dan melepaskan segala 'tekanan' mereka. Kanak-kanak yang lebih banyak outdoor aktiviti bersama keluarga lebih tenang, mengikut kata, mudah dinasihati mengikut kajian. Ibu bapa juga perlu main peranan meluangkan masa bersama anak-anak, bermain bersama anak-anak, bukan hanya berada ditempat anak bermain tetapi sibuk dengan facebook, whatsapp, dan online game.

Tengah ralit saya makan sarapan sambil perhati anak-anak bermain dengan ayah, mata saya tertumpu pada 1 keluarga mat saleh (omputih) yang baru sampai. Ibu dengan 3 orang anak kecil 2-5 tahun. Apa yang buat saya tertarik, si ibu turut serta dalam setiap aktiviti anak-anaknya. Dan sentiasa memberikan kata-kata semangat dan perangsang pada anak-anaknya. "Very good!!".."Wah!!"...."Good girl!...Si ibu tendang bola bersama. Menjadi 'penjahat' mengejar anak-anak ditaman itu. Kagum saya. Pemandangan yang jarang-jarang saya nampak dengan ibu-ibu disini. Banyak lagi yang perlu kita perbaiki. Dan melihat tingkah si anak-anak, tidak bergaduh, tidak menjerit-jerit tak tentu hala, menyalahkan satu sama lain.

Si anak mat saleh yang paling besar dalam umur 4-5 tahun. Naik buaian punyala lajunya. Si adik yang 2-3 tahun dengan selamba menghampiri kakak. Si ibu cepat-cepat hampiri si adik, dan katakan bahaya berdiri dekat kakak. Tidak pula ibu menjerit pada kakak suruh berhenti. Saya membayangkan keadaan saya pada ketika itu. Mungkin dah menjerit menyalahkan yang lebih tua walhal yang lebih tua tu pun tak cerdik lagi.

Secara psikologinya, kakak yang berumur 4-5 tahun tadi sudah mempunyai perasaan. Tetapi dia masih banyak kekurangan dalam memahami kesan dari perbuatan. Pasti si kakak tidak berniat untuk mencederakan adik yang lalu didepan sedang buainya menghayun laju. Dan pasti kecewa, keliru, sedih, menyalahkan diri jika si ibu menjerit dan memarahinya sedangkan dia tidak melakukan apa-apa. Manakala si adik pula, masih terlalu kecil untuk dimarahi dan disalahkan. Kita mendidik si adik tentang bahaya, disamping memelihara perasaan kedua-duanya. Biarlah semuanya menikmati saat bermain bersama-sama.

Kita perhatikan keadaan kita dirumah. Banyak kali kita terlepas pandang perkara ini. Contoh bila anak-anak kecil bermain, yang lebih tua ingin menyelamatkan, atau membantu adik, tetapi terjadi bahana pula. Lalu kita tanpa fikir panjang terus memarahi si tua. Kita terlupa niat asalnya untuk membantu adik, kita lupa dia terlalu kecil untuk melaksanakannya, kita terlupa betapa besar hatinya untuk mambantu adiknya. Kita dahulukan perasaan si kakak/abang yang pasti sedih kerana tidak sengaja membuat adik menangis, barulah kita pujuk si adik.

Saya juga terlalai membuat kesilapan yang sama. Sehingga saya perasan si kecil mula pandai mengadu dan exagerate tentang setiap perbuatan abang dan kakak. Lalu saya ambil pendekatan menerangkan pada adik, bercakap dengan lembut pada yang lebih tua. Perkara itu sangat memberi kesan pada mereka. Si kakak tidak lagi dengan sengaja menyakat adik. Adik pun tersenyum sahaja bila dia terjatuh bila tidak sengaja dilanggar abang dan kakak. Lainla kalau sakit sangat...:)

Banyak ilmu mendidik anak yang perlu saya terokai. Anda juga. Kita perlu memahami bahasa cinta anak-anak agar kasih sayang kita sampai kepadanya dan kolam cinta anak-anak kita dipenuhi.

Jom kita belajar lagi.

Pagi Sabtu ini saya belajar sesuatu..

Terima kasih Allah

Nur Fathin Hanani

Nur Fathin Hanani binti Shahrul Amin

1 tahun 2 bulan

Mmuah!!

Projek Rumah : Permulaan

Dah 7 tahun...dah 7 tahun kami tinggal di rumah ni..

Alhamdulillah. Rumah milik sendiri. Ikut suka nak buat macam mana. Tentu semua orang pun macam kami. Ada rumah idaman sendiri. Teringinkan rumah yang selesa dan mendamaikan.

Di awal berpindah dulu, langsir pun guna yang 3rd, 4th hand. Buat dulu langsir untuk ruang tamu, berdikit-dikit. Selama 7 tahun la kami guna langsir 3rd, 4th hand di master bedroom.

Awning pulak, teringin yang kayu. Tapi almaklumla, harga kayukan. Simpan dulu impian, berdikit-dikit kumpul duit. Nakkan jugak awning kayu. Nakkan sentuhan ala traditional. Tenang dan mendamaikan.

Bilik tidur, teringin nak buat macam hotel. Bila masuk ada satu perasaan best yang tak tau nak cerita la. Tak pernah terfikir mampu nak membuatnya. Build in wardrobe, lantai kayu, toilet macam hotel, wall paper. Rasa hampir mustahil. Tak terbayang. Cuma bila tengok gambar-gambar di majalah, teringin sekali.

Kami bina impian! Tanam niat. Alhamdulillah. Impian terlaksana. Walaupun berdikit-dikit, satu-satu Allah permudahkan..tq Allah...

Bermulalah projek 'upgrade' rumah Fasa Pertama. Berhabuk, bising, berpeluh, gatal hidung, gatal muka. Tidur menyempit, lantai berdebu. Baru buat bilik tidur kami je. Belum renovate dapur lagi. Tapi, Alhamdulillah, terasa berbaloi bila dah siap. Puas hati, seronok sangat.

Dan..saya dah ada tempat untuk Vision Board saya.

Shaklee!! Yes!

InsyaAllah...

Alhamdulillah

Thursday, 25 September 2014

The Zenith Hotel, Kuantan

Assalamualaikum

Harini nak kongsi pasal Hotel Zenith, Kuantan.

Cuti umum, Hari Malaysia baru-baru ni, kami sekeluarga ke Kuala Terengganu, ada kenduri kahwin sepupu suami saya. Memandangkan Seri Manjung ke Kuala Terengganu teramatlah jauhnya, maka kami buat keputusan untuk terus ke Kuantan selepas makan kenduri. Transitla kira-kiranya. Dah jimat 2-3 jam dah situ. Tambahan pulak, Kuantan tempat abang belajar masa Matrikulasi dulu. Seronok abang mengimbau kenangan di sana.

Menjadi kebiasaan saya, langkah pertama untuk carik hotel, saya akan bukak website halaljakim. Tengok Hotel Zenith antara yang dicertified halal dapurnya oleh Jakim. Buka website Zenith Hotel, emm..menarik. bookingla kami.

Kami tiba di Hotel Zenith dalam 4 petang. Berlainan sekali rupa bandar Kuantan kata abang. Hotel ni berhadapan dengan Parkson Grand...besar mallnya..sesuai sekali. Jalan kaki je boleh sampai.

Lobi hotel ni sangat luas. Tapi simple. Bilik pun cantik, agak luas untuk bilik standard. Toiletnya pun sangat luas. Bilik di hotel ni bercirikan moden, macam kebanyakan hotel. Sangat selesa.

Yang paling best, sarapan pagi disini. Walla!! Beraneka pilihan dan semuanya sedap-sedap. Hotel ni jugak ada swimming pool, seronokla anak-anak saya bermain dan juga Children's Playroom. Tak payah nak keluar jauh-jauh, anak-anak dah sangat seronok walau hanya jalan-jalan dalam kawasan hotel.

Kata abang, kalau ke Kuantan pasti akan menginap di Zenith lagi. Kami sangat rindui makanannya yang sedap, biliknya yang sangat selesa.

Tunggu, The Zenith! We will come back! InsyaAllah

Monday, 22 September 2014

Inside my bag...

Assalamualaikum

Tajuk je gempak dalam Bahasa Inggeris ye..:)

Saya seorang yang sempoi. Kebiasaannya saya pakai bag pack ke tempat kerja. Hand bag tak cukup besar untuk saya. Bila berjalan-jalan dengan keluarga pulak, biasanya saya tak bawak langsung beg, sebab dah ada 'beg tangan' besar yang saya kene kelek. Alololo...

Kenapa saya nak cerita apa isi beg saya ye? Hado kome kesah? Hehehe...saje je. Sebab, ada beberapa penting yang sentiasa ada dalam beg saya. Itupun dalam gambo yang saya letak ni tak berapa lengkap.

Apa dalam beg saya?

1)Purse
2)Handphone
3)Power bank dan soket (soket?!)
4)1 buku atau majalah berkaitan agama
5)Kotak ubat (kotak?!) Hehehe
6)Krim muka (selalunya bawak ajo...tak nyempat nak pakai)

Dari kecil, saya sangat suka membaca. Sampaila ke tua ni. Cumanya dah tua-tua ni saya lebih suka membaca buku-buku agama. Sebab selalu hanyut rasanya. Tapi hakikatnya, masa seolah-olah takde ataupun tak cukup untuk saya membaca. Walaupun sentiasa ada buku dalam beg, nak menghabiskan satu-satu buku tu, MasyaAllah. Namun, kerana cinta ilmu, jadi rasa bersalah kalau tak bawak buku dalam beg. At least..

Kotak ubat tu..saya taruk vitamin Shaklee kegemaran saya. Ini baru bagi saya. Dan menjadi wajib beg saya diisi dengan kotak ubat ni. Saya panggil bekas vitamin je. Hehehe. Cukup untuk bekalan suplemen saya seharian ditempat kerja. Jika travelling pun, wajib bawa. Mudah. Kalau tak bawa, rasa tak lengkap tau.

Apa vitamin yang saya isi?

1)Set Kesihatan Optimum
2)GLA menyerlahkan rahsia kecantikan anda
3)Alfalfa milk booster dan 'jamu' perapat saya.
4)Lecithin pembakar lemak saya
5)Vitamin E untuk kecantikan kulit dan kesihatan jantung saya
6)Ostematrix untuk tulang yang kuat...takut dapat osteoporosis sebelum tua

Semua diatas ada time makannya. Sukala sejak ada vitamin ni. Jadual makan saya pun lebih teratur.

Haaa...part krim tak tahan. Hehehe...saya ni manusia paling malas pakai krim. Tapi nak cantik, nak cerah, nak kulit bersih. Bawakla jugak krim tu supaya tak rasa bersalah pada diri. Kebanyakan masanya tak sempat pun nak pakai. Tambah-tambah sejak saya amal Shaklee ni. Ada VIVIX, ESP, Mealshakes, Vitamin C, Vitamin E...semua untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Tak pakai krim pun nampak macam pakai. Hehehe. Suami saya kata ye. Bukan saya. Alhamdulillah.

Kesahnya...apa dalam beg saya. Anda pun patut tambah lagi 1 item dalam beg anda.....VITAMIN SHAKLEE. Untuk kesihatan, kecergasan dan kecantikan.

Sesiapa nak Shaklee, mahu cuba ikut kesesuaian anda, jom kita sembang-sembang.

Saya Dr Nurul 0187812078
nurulhudaariza@gmail.com
www.akudoktormuslim.blogspot.com

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR ANDA

Senyum

Sunday, 21 September 2014

Tips Kemas Rumah

Assalamualaikum

Harini saya nak kongsi beberapa tips untuk kemas rumah. Hehehe...itupun nak tips ek..semua orang tau.

Mengemas rumah di satu kepayahan bagi saya yang bekerja. Apalagi anak-anak masih kecil. Nak maintain rumah 24 jam kemas dan rapi tu, tak mandang le. Kadang-kadang, dari depan, dapur, bilik tidur, toilet, semuanya tak rapi. Huhuhu. Balik kerja lewat petang badan pun dah penat. Selesai masak dan uruskan anak-anak, tak dayanya nak mengemas rumah serapi mungkin. Jadilah kuis-kuis apa yang patut.

Selalunya, saya tak tahu mana nak mula. Depan ke? Dapur ke? Teringat pulak bilik tidur..argh! Serabut..

Ini cara saya:

1)Start dengan ruang tamu, ruang yang paling terdedah dengan tetamu.

2)Betulkan atau alihkan apa-apa yang perlu

3)Vacuum

4)Mop

5)Spare satu ruang main untuk anak-anak. Untuk elak anak-anak sepahkan merata tempat, pastikan kita luangkan masa kita bermain dengan mereka. InsyaAllah, tak jauh mereka bawa mainan mereka

6)Jangan bertangguh kemaskan yang siki-sikit bersepah, nanti bertapuk-tapuk, lagi pening

7)Tarik nafas dalam-dalam, jangan serabut, anggapkan ini sebagai senaman untuk kita membakar kalori, kempiskan perut, kuruskan badan.

8)Niat ibadah, botingkek tingkek pahalo

Kalau dulu, saya memang tak mampu melakukan semua ni. Mind setting kene kuat. Katakan BOLEH! Katakan TAK SUSAH! Lepas kerja, selalunya saya akan melepek, cepat tidur, tak menyempat nak kemas rumah. Tapi sekarang tidak lagi. Macam masih ada banyak tenaga berbaki selepas pulang dari kerja sejak saya amalkan SET KESIHATAN OPTIMUM SHAKLEE

1)Vitalea
2)Vitamin Bcom
3)Vitamin C

Alhamdulillah. Kawan-kawan yang saya suggest pun semua rasa kelainan.

Jom, kita kuatkan badan, sihatkan tubuh, dan kemas rumah!

Hehehe..

Saya Shaklee Independant Distributor anda.

Saya sihat, kuat, ceria, gembira dan rasa cantik dengan Shaklee.

Alhamdulillah

PM saya untuk sebarang pertanyaan

Nurul 0187812078
nurulhudaariza@gmail.com

Saturday, 20 September 2014

Kedai best di Ipoh:Nasi Arab satu!

Asalamualaikum

Saya orang Ipoh, tapi sesungguhnya tak berapa tau apa yang best di Ipoh sebab asal balik Ipoh, masakan mak la saya tuntut.

Bila dah kahwin dan duduk di Manjung, seronok jugak recce restoran best-best di Ipoh. Kebetulan adik saya yang bongsu kerja di satu kedai nasi arab di Kinta Riverview, apalagi, try la.

Hadramawt nama kedainya. Bebetul di tepi sungai Kinta di Kinta Riverfront, bersebelahan dengan Hotel Kinta Riverfront. Tak silap berhadapan dengan sekolah.

Macam biasa, kedai Arab, resepi Arab la. Nasi Ayam Mendi, Daging Mendi, khabsa..bla..bla..bla..Tak sempat nak belajar sebab semua adik saya yang order dalam bajasa Arab. Ces!

Saya makan Nasi Ayam Mendi dengan Fresh Orange. Side dishnya pulak apa ke nama, roti dicicah dengan kuah kacang. Haaa...bukan kuah kacang manis macam kita tau. Kacang pedas sikit rasanya. Memula saya pun buat muka pada adik, bila rasa...wallaweh!! Fantastik! Cuma kaki pedas macam saya kene mintak cabai potongla nak taruk dalam kuahnya. Agak kurang pedas..:)

Emm...terfikir pulak saya. Berapa banyak kalori makan sepinggan nasi arab ni ye? Hehehe..boleh tahan la. Nasi penuh sepinggan dengan ayam potong empat. Apalagi, balik rumah saya terus makan Lecithin dan malam pulak saya makan Omega Shaklee untuk burn lemak-lemak yang saya makan tadi, dan lemak-lemak lama yang terpendam.

Cerita pasal Lecithin dan Omega ni, teringat saya pada Alfalfa. 3 kawan baik ni la sangat berjasa pada saya selepas pantang anak ketiga haritu. Baju saya semuanya ketat-ketat jadinya. Agak panik! Nasib baik ada 3 suplemen ni. Alhamdulillah. Pada awalnya cuba diet sendiri, sedikit exercise tapi tak jadi. Bila tambah suplemen yang 3 ni, cepat aje mengempis apa-apa yang patut. Anak-anak pun tak merungut dah ibu buncit. Hehehe..

Berbalik pada Restoran Hadramawt..anda mesti cuba! Memang best! Kalau bulan Ramadhan, lagi berbondong orang ke sana.

Nanti saya update map dan contact number ek...

Saya Shaklee Independant Distributor

Apa2 mau tahu dan mahu cuba Shaklee, PM saya ye.

Nurul 0187812078

Thursday, 18 September 2014

Resepi : Mealshakes Fruitcocktails

Fruitcocktails resepi wajib keluarga saya setiap kali musim perayaan. Ada orang buat puding fruitcocktail, ada orang buat air fruitcocktail, tapi saya 'combine' kedua-duanya. Siapa yang dah cuba, pasti mintak resepi.

Fruitcocktail kaya dengan buah-buahan. Kandungan vitamin yang tinggi. Dan saya tambah dengan keenakan rasa vanilla Mealshakes Shaklee, fuh! Marvellous!

Bahan-bahan:

1 cawan Bird Custard
7 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin fruitcocktail (apa2 brand janji halal)
1 sudu Mealshakes Shaklee
+- longan

Cara buat puding:

1)Campurkan 1 cawan Bird Custard dan 7 cawan air,setengah cawan gula dan setengah cawan susu pekat (sukatan boleh dikurangkan ikut kemanisan yang anda suka)

2)Kacau dahulu hingga sebati kemudian kacau hingga likat diatas api.

3)Sehingga betul-betul likat, tuangkan diatas talam/loyang/tupperware untuk dijadikan puding.

4)Sejukkan diluar dahulu sebelum masuk ke dalam peti ais. Sedia untuk di potong dan campur bersama fruitcocktail

Cara buat fruitcoctail

1)Guna periuk bekas kacau puding tadi, masukkan 1 tin susu cair-balance susu pekat tadi dan kacau atas api sehingga mendidih.

2)Apabila mendidih, masukkan 1 tin fruitcocktail tadi dan terus tutup api (untuk kekalkan kerangupan buah).

3)Sejukkan dalam peti ais, selepas kurang panas, masukkan 1 sudu besar Mealshakes Shaklee dan kacau rata.

4)Sedia untuk dimakan bersama puding yang dah sejuk dan dipotong tadi.

Selamat Mencuba!!

Saya Shaklee Independat Distributor anda

Nak sihat, nak cantik, nak bertenaga PM saya ye

Nurul 0187812078

Senyum

Wednesday, 17 September 2014

Siapa saya?Selamat Berkenalan..:)

Assalamualaikum wbr

Nama saya Nurul Huda Ariza binti Abdul Razak. Saya berumur 34 tahun. Saya dilahirkan di Hospital Pulau Pinang pada 18 November 1980 pada jam 12.15 tengahari (panas tu). Saya adalah anak sulung dari 5 beradik dengan seorang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki.

Sekolah rendah saya, Sekolah Kebangsaan Jelapang, Taman Meru, Ipoh Perak. Sekolah Menengah saya Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Saya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dalam bidang perubatan. Sekarang saya bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Seri Manjung, Perak. Saya telah berlhidmat sebagai seorang doktor selama 7 tahun, pelbagai pengalaman yang telah saya lalui.

Saya dah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahayamata setakat ini. Ada rezeki saya nak ramaikan ummat lagi, InsyaAllah.

Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak membuatkan saya selalu rasa untuk berhenti kerja. Saya mahu menjaga suami dan anak dari rumah. Saya mahu saya sendiri menguruskan makan pakai mereka.

Secara peribadinya, saya seorang yang tegas tapi mudah mesra. Jika pertama kali berjumpa, ramai yang kata saya sombong sebab raut wajah saya ni macam orang sombong. Bila dah kenal, menyesal pulak. Haahha..sebab tak berhenti bercakap. Saya sangat setia pada persahabatan. Saya sangat suka menulis namun sejak berkahwin, mood untuk menulis tu selalu ke laut.

Sekarang, demi berusaha mencapai impian saya menguruskan anak dan suami sendiri, saya sertai Shaklee. Teruja dengan seribu-satu kebaikan produk Shaklee, saya juga jatuh hati dengan ahli-ahli Shaklee yang rata-ratanya sangat Islamik dan sangat sesuai dengan jiwa saya. Bukan hanya bisnes semata, tetapi dalam masa yang sama kita membantu orang lain untuk jadi lebih sihat, juga menambah pendapatan keluarga.

Apa tak cukup ke gaji saya sebagai doktor? Bila impian setinggi gunung, pasti tak cukup. Impian saya banyak. Dan kesemuanya untuk berbakti dan membantu. Terutamanya untuk kesihatan. Saya ingin sekali membantu mereka yang susah, bagi ubat free, perkhidmatan kesihatan free, pendidikan kesihatan free daripada saya sendiri.

Saya nampak saya mampu melakukannya dengan Shaklee. Sangat dekat dihati saya bila Shaklee sangat mempromosikan kesihatan dan kecantikan disamping pendekatan spiritual yang buat kita makin hampir dengan Allah.

Sekarang, saya masih seorang doktor. Dan mungkin selama-lamanya saya akan berkhidmat untuk orang ramai, tetapi dimedan yang berbeza, dimana anak-anak saya dihadapan mata saya, segala urusan anak-anak dan suami menjadi tanggungjawab saya. Ewah! InsyaAllah

*Saya tahu ramai diluar sana yang ingin keluar dari kemiskinan, keluar dari kepompong yang menyekat kemajuan diri, jadi jomla sertai saya di Shaklee. Anda mampu berubah! From zero to hero!

Saya Dr Nurul Huda Ariza binti Abdul Razak

Medical Officer
Breastfeeding Peer Counselor
Shaklee Independant Distributor

PM saya tentang apa sahaja yang mendatangkan faedah dan memberi manfaat.

0187812078

Senyum

Thursday, 11 September 2014

Heamorrhoid (Buasir) : Kepentingan Suplemen

Hari ini, jom kita bercerita tentang heamorrhoid. Atau lebih mudah saya katakan buasir. Ramai dikalangan kita ada masalah heamorrhoid. Tapi tak ramai yang nak berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Yela..malu bila doktor nak periksa dikawasan 'tu'.

Ada juga yang mengalami simptom-simptom awal heamorrhoid tapi tidak mengendahkannya. Mungkin kerana kurang pengetahuan, mungkin kerana tidak ambil kisah. Heamorrhoid boleh dikawal dan boleh disembuhkan. Tapi, jika dibiarkan, heamorrhoid pasti sangat menyakitkan dan berkemungkinan memerlukan pembedahan sebagai rawatan akhir.

Simptom-simptom berkemungkinan heamorrhoid termasuk:

-keluar darah fresh selepas buang air besar tanpa kesakitan
-kekadang stain darah fresh bersama najis yang keluar
-ketulan dibahagian anus (tempat keluar najis) ada masanya keluar sewaktu meneran sahaja, ada masanya sentiasa terkeluar
-sakit dibahagian tempat keluar najis
-adakalanya heamorrhoid yang terkeluar tidak boleh dimasukkan kedalam lagi (ditolak dengan tangan) dan membawa kepada kesakitan berterusan

Heamorrhoid boleh berlaku kepada sesiapa terutamanya yang mempunyai sejarah batuk kronik (berpanjangan), pekerjaan berat, dan ibu mengandung. Ramai ibu mengandung dan selepas melahirkan mengalami masalah ini.

Jadi, tentu ramai yang ingin cuba suplemen untuk mengurangkan simptom heamorrhoid ni dan dengan izin Allah tidaklah perlu anda berjumpa doktor atau menjalani pembedahan. Kawalan heamorhoid melibatkan kawalan dari sembelit, penyembuhan luka dalaman dan luaran dan pengecutan salur darah didinding salur najis kita.

Saya sangat menyarankan SET BUASIR SHAKLEE dengan 3 rangkaian vitamin yang bertindak membantu mengurangkan masalah heamorrhoid anda.

OSTEMATRIK - melembutkan najis dan melancarkan pembuangan

ZINC COMPLEX - menggalakkan penyembuhan luka ditempat keluar najis (external heamorhoid) dan didalam salur najis (internal heamorrhoid)

OMEGA GUARD - antiradang yang membantu mengecutkan salur darah yang mengembang dibahagian dinding salur najis (mengecutkan buasir)

Dengan pengambilan yang konsisten dan berterusan, InsyaAllah, tiada buasir lagi. Anda pasti suka hati, tak perlu risau untuk berjumpa doktor lagi.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang buasir dan suplemen shaklee, sila hubungi saya.

Dr Nurul 0187812078
Shaklee Independant Distributor
Id 1067080
Seri Manjung, Perak, Malaysia

Untuk konsultansi kesihatan dan Shaklee

Senyum

Sejenak ku terkenang...

Petang tadi saya merawat seorang pesakit. Pesakit yang datang dengan seribu keluhan. Pesakit yang bukan sahaja mahukan ubat, tetapi lebih pada sokongan untuk meneruskan hidup.

44 tahun, lelaki Melayu. Lebih kurang 2 tahun yang lepas kemalangan jalan raya yang mengakibatkan rosak teruk tempurung lutut kanan dan patah tulang Femurnya. Sejak itu, dia seperti hilang arah. Marah pada takdir, kecewa dengan nasib.

Sepintas teringat saya pada arwah sahabat. Lebih 10 tahun yang lalu, saya kenal seorang sahabat. Secara kebetulan kerana sahabat itu adik ipar jiran mak bapak saya, dan memerlukan rawatan di Hospital Kubang Kerian.

Diduga menghidap kanser hati tahap akhir, pada usia 28 tahun, arwah kelihatan seperti orang hilang pedoman. Dan secara tiba-tiba saya rasa terpanggil untuk membantu arwah.

Tempoh yang singkat saya manfaatkan. Dari tak mengenal sejadah dan kiblat, arwah mula taat pada solat. Tak perlu lagi diingatkan untuk solat. Dahulu, raut wajah yang keruh itu dah semakin berseri. Tidak lagi arwah meratapi nasib diri, tapi terus kelihatan bersemangat untuk meneruskan hidup.

Saya terharu, sedih juga kerana kami sama-sama tahu saat untuk kami terus bersahabat dah hampir habis. Arwah semakin tenat. Namun Alhamdulillah sehingga ke saat akhir hayatnya hanya wudhu dan solat yang arwah ingat.

Dalam tangisan mengiringi pemergian arwah, saya bersyukur, sebuah perjalanan hidup singkat yang sungguh bererti untuk saya dan arwah. Memberi ruang dan peluang untuk lebih mengenal Dia.

Alhamdulillah.

Friday, 5 September 2014

Keahlian Shaklee

Assalamualaikum

Hari ini saya nak cerita sikit tentang keahlian Shaklee. Dan kenapa perlu kita jadi ahli Shaklee.

Pertama sekali suka saya beritahu bahawasanya Shaklee ini adalah MLM (Multilevel Marketing). Dalam Shaklee ada pelbagai rank, upline dan downline. Tetapi apa yang membezakan Shaklee dengan yang lain?

Antara faktor yang menjadikan sesebuah MLM tidak patuh syariah adalah sistem yang diamalkan dimana upline akan semakin goyang kaki jika downline semakin ramai. Upline akan mendapat 'passive' income hanya dengan pendaftaran keahlian baru dan 'sale' yang 'downline' buat. Tetapi tidak di dalam Shaklee. Dalam Shaklee, siapa berusaha dia berjaya. Tempoh tidak menentukan semakin tinggi rank seseorang dan tiada takat tepu dalam Shaklee.

Produk Shaklee disahkan halal oleh America Muslim Society di Amerika, satu badan halal yang mendapat pengiktirafan dari JAKIM. Setiap produk Shaklee mesti melalui kajian dan penapisan yang sangat ketat sebelum dikeluarkan. Shaklee sangat mengambil berat sensitiviti pengguna Islamnya.

Antara lagi 1 sebab yang menjadikan Shaklee MLM patuh syariah adalah keahlian itu sendiri. Hanya perlu membayar RM65 untuk mendaftar, kemudian selamanyalah anda menjadi ahli Shaklee. Dan selamanyalah anda berpeluang menikmati segala diskaun, bonus, insentif dari Shaklee. Tiada syarat pembelian minimum bulanan untuk kekalkan keahlian. Tiada syarat yang menekan ahli untuk membeli tanpa keperluan demi mengekalkan keahlian. Anda beli, anda tak beli, abda jual anda tak jual Shaklee, anda tetap ahli Shaklee seumur hidup. Tidak perlu risau tentang yuran bulanan.

Apa anda dapat dengan RM65?

-keahlian seumur hidup
-peluang dapat bonus
-peluang mengerjakan umrah ditaja sepenuhnya oleh Shaklee
-peluang memiliki kereta sendiri tajaan Shaklee
-peluang melancong ke serata dunia
-starter kit sebagai panduan utnuk anda memulakan bisnes
-bersatu dalam sistem 'mak' 'anak' yang penuh dengan nilai nilai kekeluargaan

Syarat utama..usaha!

Untuk anda yang mahu menjada pendapatan tambahan, membantu ekonomi keluarga, menaiktaraf ekonomi keluarga, melangsaikan hutang, mengisi masa lapang...Shaklee la jawapannya.

Ingin sertai Shaklee bersama saya?

PM saya
Nurul 0187812078
Email nurulhudaariza@gmail.com

Senyum

Thursday, 4 September 2014

Dia yang telah pergi...Al Fatihah

Malam ni entah kenapa saya teringatkan seseorang. Arwah sahabat yang pernah saya kenal, dan perkenalan yang sekejap itu cukup memberi kesan kepada saya dan juga diri arwah.

Tahun 2004...

Ketika itu saya belajar di Tahun 4, di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Ye betul..belajar nak jadi doktorla. Tetiba pada suatu hari mak bagitahu saya Makcik Nor (jiran depan rumah) akan bawak adik ipar dia yang baru tahu dapat kanser hati untuk dapatkan rawatan disini.

Ok. Pertemuan pertama saya dengan arwah bukan disengajakan. Dah tentu saya teruja nak jumpa mak yang ikut teman Makcik Nor sampai ke Kubang Kerian. Itulah kali pertama saya lihat arwah. Dan pada kali pertama itulah saya dapat lihat tanda-tanda orang berputus asa, hilang keyakinan diri, malah hilang kebergantungan diri dengan Allah. Tiba-tiba terselit dihati saya, dia perlukan aku.

Maka bermulalah kisah singkat yang penuh hikmah dalam hidup saya, dalam hidup arwah.

Lecithin Shaklee

Tentu ramai yang biasa dengar Lecithin Shaklee kan. Set Asas Slimming Shaklee terhangat dipasaran!

Saya pun makan Lecithin. Awalnya tak terfikir akan makan Lecithin, tapi bila lepas bersalin terasa terlebih sudah berat badan saya ni, saya pun add on Lecithin dengan harapan bila Lecithin+Alfalfa yang dah memang saya amalkan tu akan membantu saya untuk dapat balik bentuk badan saya yang asal. Idakla ketat sana sini bila pakai baju-baju yang muat sebelum mengandung.

Alhamdulillah, saya amalkan Lecithin+Alfalfa, memang berkesan. Baju tak ketat dah, perut tak buncit, bahagia rasanya. Tapi saya jugak jaga pemakanan dan buat sit up dan berbasikal (exercise bike dalam bilik je). Lebih cepat berat badan kembali ke berat ideal. :)

Saya sangat suka Lecithin. Itupun kerana kesannya yang best tu. Rupa-rupanya Lecithin ni lebih banyak manfaatnya! Bukan untuk pelangsingan sahaja.

1)Lecithin bantu tubuh kita serap vitamin larut lemak

2)Lecithin menghalang enapan lemak dihati, sirosis dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati

3)Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah

4)Lecithin membakar lemak dan memberi kesan pelangsingan

5)Lecithin mencantikkan otot dan kulit. Ia melembabkan dan menghaluskan kulit, melambatkan penuaan

6)Lecithin juga memperbaiki allergi

7)Lecithin menghalang kejadian batu karang yang jenis berlemak

8)Lecithin meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress

9)Lecithin juga membantu meringankan sembelit dengan melembutkan najis

Banyaknye manfaat Lecithin ni! Dalam tak sedar memang saya sedang menikmatinya. Hehehe... Saya sangat sarankan Lecithin untuk anda.

Lecithin Shaklee

1 botol RM52.50
Mengandungi 180 kapsul
Pengambilan 3-6 kapsul sehari

Anda patut cuba!
PM saya
0187812078
Fb : Nurul Huda Ariza

Senyum

Wednesday, 3 September 2014

Indahnya Taman Tasik Taiping

Akhirnya!

Lama dah saya menanti untuk berekreasi di Taman Tasik Taiping. Kalau tak selama ni lalu je la dengan kereta, cik abang tak teringin pun nak menyinggah. Kali ni, saya kata pada abang, nak betul-betul beriadhah di sini. Anak-anak tentu suka.

Yes! Akhirnya. Cruise yang dah lama saya 'tenang-tenang' nak naik. Apa cruise? Ala...bot yang kita kayuh sendiri tu. Hehehe..seronok. Kami pilih Bot B, sesuai untuk keluarga, besar dan selesa. Harganya RM20, ikut suke engkaula nak main berapa lama. (Pengalaman sebelum ni bila berkayak, eksen je nak lama, dalam setengah jam semput dah.) Hehehe.

Anak-anak excited bila pakai baju keselamatan yang warna oren tu. Ibunya pun sama tergedik. Bestnya naik cruise ni. Sesamala saya kayuh dengan abang. Pusing-pusing Tasik Taiping sambil bagi ikan makan. Sekejap datang angin nyaman, sekejap berteduh bawah rimbun buluh, sekejap bergambar, sekejap berehat sambil makan dan minum. Di atas bot kayuh tu la! Best! Best!

Tasik Taiping masih terpelihara kebersihannya. Untungnya warga Taiping. Taman yang bersih, tasik yang indah dan terjaga rapi. Masuk rasa tenang dalam jiwa. Jangan tak tau, kami ber 'cruise' tu jam 12 tengah hari, tapi tak terasa sebab bahagia je rasa.

Lepas 'cruise' kami gi bawak anak-anak main kat Taman Permainan. Sesambil ibu nak pekena laksa gerai tepi jalan. Superb! Tapi RM2.50 alahai...ciput je laksanya. Tapi memang sedap. Kat situ pun ada jual aiskrim pulut yang sedap, dan rojak buah. Sambil lepak-lepas atas rumput, bawah rimbunan pokok-pokok..tengok anak-anak berlari sana sini, oh bahagianya.

Alhamdulillah. Allah bagi nikmat ini. Merasa kehebatanNya, menikmati penciptaaNya. Kami akan kembali lagi. Rasa ketenangan di Taiping. Dah tentu, Taiping..mu tunggu kami datang.