Wednesday, 2 July 2014

SET CANTIK ASAS

SET CANTIK ASAS


Assalamualaikum

Setiap orang terutamanya kaum hawa sentiasa teringin memiliki kulit wajah yang bersih, cantik, lembab, tanpa sebarang cela. Saya pun sama. Saya pulak jenis yang sangat malas nak pakai krim itu, krim ini, tonerla, segala bagai.

Mujur saya bertemu SHAKLEE. Istiqomah makan je vitamin ni. INSYA ALLAH

Dalam Set Cantik Asas ni kita ada:

1)Vitamin C
  • Vitamin C adalah anti oksida yang baik.
  • Vitamin C membantu membina kolagen pada kulit, seterusnya memberikan ketegangan pada kulit dan mencerahkan kulit
  • Vitamin C bukan sahaja baik untuk kulit, juga sebagai anti radang yang bagus untuk menentang flu
2)Vitamin E
  • Vitamin E adalah antioksidan yang kuat
  • Membantu memudarkan parut wajah dan meningkatkan kelembapan kulit
  • Juga membantu memelihara kesihatan mata dan sendi anda
Sesuai untuk anda yang inginkan kulit yang cantik sekaligus memelihara kesihatan keseluruhannya. Jika berminat, sila klik link diatas

Selamat Bershopping

Nurul 0187812078

Shaklee Independent Distributor anda

Ujian Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ni dah hari ke 5 kita berpuasa. Dan hari ini juga genap 3 minggu tulang tapak kaki saya patah. Walaupun sakit di tempat patah dan sangat berkurang, tapi kaki kiri saya ni masih tak dapat menapak, manumit pun tak mampu. 2 hari lepas saya berani bukak back slab ni sebab sakit dah kurang. Masya Allah, kesiannya tengok kaki kiri saya. Masih Lebam, biru sana sini, dan merah sana sini. Sakitnya masih terasa dikawasan lain. Kebas-kebas kaki saya ni kekadang tak terasa disentuh.

Ramadhan kali ini ujian untuk abang, suami yang sangat saya cinta. Keadaan saya macam ni buatkan abang kena lakukan semua kerja rumah. Termasuk siapkan anak-anak ke sekolah, memasak, kemas rumah, basuh kain dan lipat kain. Mujur juga ada helper 2 kali seminggu dating. Terima kasih Kak Zara. Abang tak pernah komplen. Lagi terharu rasanya. Cuma memang jelas Nampak abang keletihan. Menjelang malam abang dah semakin penat, letih, hatta nak bersembang-sembang pun tak kuasa. Saya faham keadaan abang. Saya bertekad, selagi mampu, saya akan tolong abang. Kesian tengok abang.

Sekarang kaki dah kurang sakit. Aktif sikit pergerakan saya. Turun naik tanggan dengan sebelah kaki pun senang je bagi saya. Siap dukung Fathin lagi dari atas ke bawah. Bukan berjalan...saya mengesot je. Hehehe. Jadi, saya katakana pada abang, lebih baik saya duduk atas. Duduk di atas mudah saya nak bantu abang. Gosok baju, sediakan baju anak-anak ke nursery, gerak anak-anak bangun dan tolong siapkan diorang, kemas-kemas sikit, dan saya nak berSHAKLEE pun lebih mudah di atas. Alhamdulillah, banyak membantu abang.

Tapi, sekarang saya mula sakit-sakit badan. Saya terlalu tua untuk merangkak dan melompat-lompat. Lutut saya sakit, pinggang saya sakit, kaki kanan saya sakit. Seram sejuk badan rasa. Sakit urat. Duduk macam ni tak kena, duduk macam tu tak kena. Dugaan. Mujur abang faham dan harini, abang bawa naik makanan untuk saya bersahur. Kesian tengok abang turun naik tangga.

Ya Allah..

Kalau nak bandingkan dengan Palestin dan rakyat di negara Islam lain yang teraniaya, apala sangat dugaanku ini. Hanya sikit saja. Permudahkan urusan kami Ya Allah. Murahkan rezeki kami berkat kesabaran kami Ya Allah. Semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah kami lalui. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Amin

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA:SIHAT SEBELUM SAKIT

Assalamualaikum

Haaa...hadith Nabi ni. Rasulullah sangat suruh kita ingat 5 perkara ni sebelum jadi 5 perkara itu.

SIHAT SEBELUM SAKIT
MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SEMPIT
HIDUP SEBELUM MATI

Straigt to the point. Saya nak bercakap tentang SIHAT SEBELUM SAKIT. Betapa Rasulullah suruh kita jaga kesihatan, pelihara kesihatan, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Inilah dia.

Lalu bagaimana kita nak jaga SIHAT SEBELUM SAKIT ni? Kita kenalah amalkan gaya hidup sihat,makan makanan berkhasiat, buat senaman, elak makanan dan gaya hidup tak baik. Mampukah kita? Sempatkah kita?

Haaa.....sebab itula perlunya suplemen. Untuk saya, saya amalkan SHAKLEE. Memang terbukti keberkesanannya. Bila kita sihat, mudah nak beramal, hati pun tenang. Nak sakit pun susah. Tapi ingat, semua dengan izin Allah.

Ikhtiarla untuk jaga SIHAT SEBELUM SAKIT..

SHAKLEE kan ada.

Jom PM saya

Nurul 0187812078

Fb:Nurul Huda Ariza

Senyum

MEALSHAKES untuk anak sembelit

Assalamualaikum

Saya nak kongsi sikit pengalaman saya dengan MEALSHAKES SHAKLEE ni.

Terus terang saya cakap, walaupun saya SID, pada awalnya saya sendiri ragu-ragu..

"Ye ke makan MEALSHAKES boleh hilangkan sembelit anak?"

Tengok iklan bagai dalam facebook tapi tak pernah terbaca testimonial la.

Anak-anak saya memang ada masalah sembelit. Bila nak membuang, bercintala menunggunya..nak..nak time nak pergi kerja. Yang lebihnya kesian. Sakitkan. Kekadang terluka kat situ. Jadi trauma nak membuang.

Usaha? Tak usah cakap. Segala sayur, segala buah yang dikatakan pelawas kami cuba. Anak-anak saya pulak memang makan sayur. Ke keturunan? Heheh.. entahla. Julap dah tentu-tentu tak boleh.

Jadi, ikhtiar seterusnya MEALSHAKES SHAKLEE ni la. Setiap hari saya akan bancuh sesudu kecil MEALSHAKES ni dalam susu anak-anak. Sambil berdoa, moga-moga dengan izin Allah usaha saya berhasil.

Alhamdulillah!

Memang berkesan rupanya. Anak-anak saya dah takde masalah sembelit lagi. Senang hati je nak membuang. Alhamdulillah.

Saya sangat sarankan MEALSHAKES ni pada anda. Kalau boleh pesakit-pesakit saya yang datang mengadu anak sembelit pun saya nak sarankan Mealshakes ni.

Anda mahu MEALSHAKES ni?

PM saya ye
Nurul 0187812078

Fb : Nurul Huda Ariza

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR ANDA

Senyum

Tuesday, 1 July 2014

Saya, Ramadhan dan Shaklee

Alhamdulillah

Ramadhan bertamu lagi dan kita sekali lagi diberi peluang berada didalam bulan yang penuh barokah ini.

Saya..saya sangat teruja sebab ini kali pertama saya berpuasa bersama SHAKLEE. Awal-awal saya dah susun jadual pemakanan vitamin-vitamin saya. Semua dah macam best friend, tak jumpa sehari, tak lengkap hidup rasanya.

SAHUR

Set Mighty 3 Gem 1 shaker
Vitamin C 1 tablet
Vitamin B 1 tablet

IFTAR

Vitalea 1 tablet
Omega 3 tablet

MOREH

Shaklee Collagen Powder 1 sach
VIVIX 1 sudu kecil
ESP 2 sudu

SEBELUM TIDUR

Ostematrix 4 biji
Vitamin E 1 kapsul

Alhamdulillah. Lengkapo nutrisi harian saya selain makanan dan minuman berbuka puasa.

Berbeza puasa kali ini sebab badan lebih segar, kulit lebih cantik, duit pun masuk.

Terima kasih Shaklee
Lebih-lebih syukur pada Allah

Mari sertai saya dalam keluarga Shaklee saya

PM saya
Nurul 0187812078

Fb : Nurul Huda Ariza

Shaklee Independant Distributor anda

Senyum

Sunday, 29 June 2014

Menyusu dibulan Ramadhan:Cabaran yang boleh diatasi

Assalamualaikum

Hari ini hari kedua berpuasa di tahun 1435H. Dan seperti selalu, kita di Malaysia berpuasa pada musim kemarau, El Nino.

Selepas EBM tadi, teringat pula saya pada ibu-ibu lain yang menyusukan anak. Bagaimana ye keadaan ibu-ibu? Masih terus menyusukan anak atau sudah mengambil rukhsah berbuka puasa kerana bimbang susu akan kurang?

Saya ingin kongsi sikit pengalaman saya menyusukan anak. Sejak ada anak kecil bermula 7 tahun yang lalu, samada saya berpuasa semasa menyusukan anak, atau mengandung. Sebab Alhamdulillah..kedua-dua anak sebelum ni saya berjaya menyusu penuh. Sekarang Fathin Hanani dah nak masuk setahun, Alhamdulillah masih menyusu susu badan ibu sepenuhnya.

Apa yang ibu-ibu risaukan dibulan puasa ni? Susu kurang? Letih yang melampau? Anak tak cukup susu? Jangan risau. Masalah2 yang boleh diatasi dengan persediaan dan tindakan yang betul. Nak kongsikan disini, pengalaman saya, susu badan saya lebih banyak dibulan puasa. Mungkin sebab saya sangat bersedia untuk menghadapinya.

Persediaan. Penting tu. Persediaan yang paling penting untuk ibu-ibu menyusu yang pertama:

MIND SET

Mind set sangat penting untuk mendorong tubuh kita sekaligus mental kita untuk terus kuat menjayakan penyusuan ibu. Siapkan set dalam kepala dari awal yang 'saya akan menyusu anak denga jayanya di bulan puasa ini'. 'Susu badan saya tak akan berkurang apa lagi kering kerana saya berpuasa'. Anda mesti letak keyakinan yang tinggi. Contoh mudah..kita lihat sahaja orang Afrika yang kebuluran, masih tak putus menyusukan anak. Inikan kita. Pasti boleh!!

SAHUR YANG LENGKAP

Dah tertulis dalam hadith, besarnya kifayah bangun sahur ni. Ambillah peluang ni, bukan hanya mengisi perut, tapi juga menambah amal. Ibu-ibu harus pastikan sahur yang diambil mengandungi nutrisi lengkap. Banyakkan serat dan makanan tinggi protein kerana protein akan menyimpan tenaga yang lebih lama dalam badan, manakala serat akan memastikan perut kita sentiasa selesa sepanjang berpuasa. Elakkan makanan yang pedas. Jika saya, saya akan banyakkan minum susu. Susu soya atau apa-apa jenis susu dan juga buah kurma. Ambil air yang secukupnya

EBM 2-3 JAM SEKALI

Bagi ibu bekerja, ibu-ibu perlu teruskan memerah susu macam biasa. Tiada alasan bulan puasa perlu perah kurang dari biasa sebab takut susu habis. No! No! Itu pandangan yang salah. Susu badan kita akan lebih banyak terhasil jika kita lebih kerap mengosongkan payudara kita (EBM). Surirumah juga, perlu meneruskan 'brestfeeding on demand' macam biasa.

BERBUKA PUASA DAN SELEPASNYA

Pastikan ibu-ibu merebut setiap peluang pahala yang ada dibulan Ramadhan ni. Mulakan berbuka dengan kurma atau air kosong jika tiada kurma. Jangan keterlaluan semasa berbuka. Adalah lebih baik jika ibu-ibu makan secara sederhana dan ulanginya selepas beberapa jam. Dan bagi saya, bermulalah episod meneguk air sebanyak-banyaknya. Lebih banyak minum susu soya atau susu biasa dan kurma lebih bagus. Pastikan bermula selepas berbuka sehinggalah ke sahur ibu-ibu minum sekurang2nya 2 liter. Saya boleh...kenapa ibu-ibu tak boleh? InsyaAllah

DOA YANG TIDAK PERNAH PUTUS

Kita berusaha Allah menentukan. Rezeki menyusu anak ini juga dari Allah. Tapi dia tak datang dengan miracle. Hanya ibu-ibu yang berusaha sahaja yang akan berjaya. Namun begitu, ada sesetengah keadaan dimana ibu-ibu sangat berusaha untuk menyusukan anak anda tapi tidak berjaya, jangan kecewa, anda sudah membuktikan yang anda adalah ibu yang baik

MENYUSU DAN SUPLEMEN

Ini tambahan dari saya. Menyusukan anak ketiga ini, saya ditemani SET PENYUSUAN OPTIMUM SHAKLEE. Jadi bulan puasa kali ini lebih berbeza bagi saya. Menyusukan anak dengan amalan-amalan pemakanan dan minum seperti yang diatas tadi ditambah dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE. Apa yang berbeza? Badan lebih segar, tidak melampau letih seperti sebelum ini kerana saya tetap EBM amaun susu yang sama malah lebih dibulan puasa ini tanpa perlu saya tidak berpuasa. Suplemen sangat perlu untuk sokong badan kita ibu-ibu. Yang terlalu keletihan kerana banyak kehilangan air semasa berpuasa berbanding orang lain yang tidak menyusukan anak-anak. Vitamin-vitamin dalam badan turut keluar dan tenaga akan berkurang. SET PENYUSUAN SHAKLEE banyak bantu saya.

Hari kedua berpuasa dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE, walaupun sudah jam 3 dan cuaca sangat terik diluar sana, Alhamdulillah badan tidak rasa letih dan lesu. Mata pun belum mengantuk. Tekak pun belum kering. Dibulan puasa ini juga saya mengambil PERFORMANCE DRINK untuk mengekalkan tenaga dan mengelakkan keletihan yang melampau kerana berpuasa dimusim panas, ditambah dengan menyusukan anak sepenuhnya.

Kalau saya boleh, anda pasti boleh. Dan anda perlu dapatkan SET PENYUSUAN OPTIMUM+PERFORMANCE DRINK untuk memastikan badan kita kekal segar dan sihat, walaupun tetap berpuasa sambil menyusukan anak.

Berbeza. Memang berbeza!!

Terima kasih Shaklee
Terima kasih Allah

Alhamdulillah

PM saya jika anda berminat
Nurul 0187812078

Fb:Nurul Huda Ariza

Shaklee Independant Distributor anda

*pembayaran boleh dibuat secara online atau cash deposit ke bank islam/maybank/bsn

Senyum

Slim dengan SHAKLEE

Assalamualaikum

Ramai antara kita yang tak berhenti-henti berusaha untuk kuruskan badan dengan pelbagai alasan dan sebab.

Ada yang dah rasa semput nak nak menanggung berat badan

Ada yang nak fit baju pengantin

Ada yang berpenyakit

Ada yang dah mula sakit lutut

Ada yang nak kelihatan lebih cantik

Dalam SHAKLEE, kita ada rangkaian SET SLIMMING.

Ambil secara istiqomah InsyaAllah

Ada yang susu, ada yang pil bukan itu sahaja, anda dapat konsultasi percuma dari saya

PM saya segera
Nurul 0187812078

Fb : Nurul Huda Ariza

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

Senyum